"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Thursday, 26 June 2014

Cameron Highland Pun Panas

Minggu lepas kitorg sekeluarga bercuti kat Cameron Highlands. Nak lari sekejap dari kepanasan kat Melaka.. hehe.. suhu kat Cameron agak sejuk pada malam, awal pagi dan petang.. tapi bila tengah hari, cuaca kat sana boleh tahan panas jugak.. dah tak sesejuk dulu2.. Bau baja yang agak kuat menambahkan pening kepala yg belum hilang akibat lalu jalan bengkang bengkok dari Tapah keCameron Highlands.

kat depan hotel
excited kat taman rama2
mat bunga..
tengok ladang teh
kaktus
cantik kaktus2 ni.. warna warni
halau nyamuk
dapat gak beli pokok ni.. untuk halau nyamuk


Satu lg, yg agak menyedihkan kat sini bila tengok bukit2 yg dulunya menghijau dengan hutan semulajadi, dah ditarah untuk buat kebun/ rumah hijau & tak terkecuali pembangunan2 komersial, hotel & perumahan baru. Mungkin juga ni salah satu faktor suhu kat situ tak sesejuk beberapa tahun dulu.

Apa2 pon, dah sampai, kenalah habiskan masa dengan melawat tempat2 menarik kat sini.. Lupakan sekejap cuaca panas kat Melaka..

Thursday, 12 June 2014

Birthday Aliff.. Makan Sate

Semalam genap umur Aliff 2 tahun.. Sekejap je masa berlalu.. nak belikan kek tapi ibu dia ni tak suka makan kek.. so, kita makan sate jela.. kedai pon tak jauh dari rumah..




'Dappp'.. kata Aliff.. sampai comot2 makan sate tu..  Tak susah nak cari sate kat Melaka ni.. dekat area Bukit Piatu ni je, ada 3-4 kedai yg jual sate.. antara yg paling terkenal kat sini Gerai Mustafa Yatim kat Jalan Bukit Piatu.. tapi kitorg tak makan kat situ sbb masa tu, sate kat kedai tu dah abis..memang terlajak laris.. haha..

Saturday, 7 June 2014

MH370: Ganjaran US$3 Juta Kepada Pemberi Maklumat

KUALA LUMPUR - Hampir tiga bulan selepas kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), waris penumpang dari beberapa negara akan melancarkan kempen pendanaan orang ramai (crowd-funding) untuk mengutip US$5 juta (RM16 juta) pada Isnin melalui laman web Indiegogo.

Daripada jumlah itu, RM$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu. Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu. Kempen yang dikenali sebagai “Reward MH370: The Search for the Truth”, adalah usaha bersama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India kerana kecewa dengan kekurangan makluamat dan bukti yang kukuh tentang pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.

Sarah Bajc, seorang warganegara Amerika Syarikat dimana teman lelakinya, Philip Wood, 50, merupakan salah satu penumpang yakin bahawa “seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.” “Kami mengambil initiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbarUSA Today.

Guru pengajian perniagaan yang berpangkalan di Beijing berkata ganjaran US$2 juta adalah untuk perkhidmatan penyiasatan “tidak akan pergi jauh” tetapi berkata ahli keluarga akan mengambil pendekatan yang berbeza daripada pasukan carian antarabangsa.“Jelas sekali, mereka sudah menghabiskan US$100 juta dolar dan masih tidak temui apa-apa. Tetapi kita tidak akan pendekatan menggunakan bot di lautan, kita mengambil pendekatan menggunakan kecerdasan manusia.

“Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu. Jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ini tidak akan selesai,” katanya. Sementara itu, waris penumpang di Malaysia meminta satu mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang H370 Datuk Hamzah Zainuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai aspek-aspek tertentu yang ditugaskan kepada jawatankuasa itu.

“Kami ingin tahu dengan jelas tentang pelan khusus Jawatankuasa itu dan tindakan berterusan dalam membantu kami untuk melalui masa yang sukar ini. “Kami juga ingin berbincang dengan Hamzah tentang aspek yang kami memerlukan bantuan dan juga satu taklimat oleh beliau atau bersama Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengenai maklumat terkini berhubung dengan misi pencarian MH370,” kata kumplan itu dalam satu kenyataan media.

Pada Rabu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Husseinberkata Malaysia akan menghantar delegasi ke Canberra, Australia dalam masa terdekat bagi membincangkan maklumat terkini operasi pencarian pesawat MAS MH370, termasuk kos, di lokasi baharu. Delegasi itu akan diketuai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan disertai tiga lagi timbalan menteri yang mengetuai jawatankuasa peringkat kementerian masing-masing berkaitan operasi mencari pesawat berkenaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 ‘berakhir di selatan Lautan Hindi’-lapor Astro Awani.

Wednesday, 4 June 2014

Sorok Crayon Aliff..

Pening kepala pulak dari siang tadi sampaila ke malam ni... Maybe penat sangat harini, site visit dari pagi sampai petang.. tp pening2 pon, sempat jugak surf internet sekejap.. sambil melayan Aliff 'menconteng'.. opps..'mewarna' coloring book dia tu.. hehe..

Sekejap je Ibu terlepas pandang, habis sofa Aliff tu dia 'warnakan'.. kena sorok dulu crayon dia buat sementara waktu ni.. adehh..

Seronoknya Cuti Sekolah..


Sekarang ni musim cuti sekolah.. seronoknya kalau dapat cuti jugak.. tula, kenapa dulu taknak jadi cikgu.. haha.. Takpela, nnti lepas cuti sekolah habis nanti, Ibu ambik cuti ye Aliff.. kita g jalan2.. kalau nak jalan2 waktu cuti sekolah ni, mesti org ramai.. sabo dulu ye..




MH370: Wanita Warga Britain Dakwa Lihat MH370

PHUKET,4 Jun- Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

Katherine Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius. “Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. “Itulah yang saya fikir ia adalah,” katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: “Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila… Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia.” Ketika kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu suaminya selepas melihat kejadian itu.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini. Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing,-lapor Sinar Harian.

Sunday, 1 June 2014

Perahu Naga!

Pagi tadi berkesempatan tengok pertandingan perahu naga kat dataran Sungai Melaka.. dari semalam lagi acara ni berlangsung tapi baru tahu malam tadi.. so, memang plan nak keluar awal pagi nak tengok perahu naga ni.. kalau lewat, panas pulak..

perahu naga




perahu naga


dah penat tengok perahu naga.. duk lepak tepi sungai..