Semalam, kebetulan Mak tengah nak buat kuih ni.. Aku pun tolong2 la buat sementara budak kecik berdua tu masih tido. Yang ni resepi Mak.. Guna tepung gandum.. Ada jugak orang buat gunakan tepung beras. Tapi kalau tepung beras, adunan tu kena masak dulu bagi pekat sikit sebelum dibungkus.
Bahan2:
-Tepung gandum
-Pisang masak (potong2 kecik)
-Santan
-Gula
-Sedikit kapur masakan
-Sedikit garam
-Air
-Daun pisang untuk bungkus
Cara2:
-Campurkan semua bahan2 dan bungkus dengan daun pisang.. Cara bungkus tu dipanggil 'tum'.. Sebab tu nama kuih ni tuntuman pisang.. Lepas dah dibungkus, bolehlah dikukus lebih kurang 15-20 minit.
Adunan tuntuman |
Bungkus macam ni. |
Dah siap dibungkus |
Kukuskan |
Dah masak. Potong sikit daun tu bagi kemas |
Apa lagi.. Bolehla dimakan.. Nyam nyam |
No comments:
Post a Comment