Kat Malaysia ni memang banyak nama-nama tempat yang unik dan kadang2 pelik bila kita dengar.. Kalau kat Melaka ni, antara nama tempat yang unik:
1. Duyong : Mungkin sejarahnya tempat ni ada orang jumpa ikan duyong kot.
2. Bukit Katil : @ Bed Hill. Best kalau tido kat sini.
3. Bukit Baru : Dalam banyak2 bukit, ni bukit yang paling baru dijumpai.
4. Semabok : Ada kaitan dengan mabuk ke?
5. Kandang : Asalnya banyak kandang kat sini sebelum orang buat penempatan.
6. Ujong Pasir : Pasir paling hujung kat situ?
7. Bukit Godek : Rasanya takde bukit kat sini.
8. Chin Chin : cincin ke? or ni dari bahasa Cina?
9. Paya Datok : Paya tu ada datok yang punya agaknya..
10. Paya Rumput : Dalam Paya banyak rumput..
11. Batu Berendam : Batu duk dlm air?.. airport ada kat sini.
12. Durian Tunggal : Tak banyak pokok durian kat situ masa mula2 org buka tempa ni.
13. Durian Daun : Ada pokok durian, tapi buah xde. ada daun je kot.
14. Tedong : Tempat ni dulu mungkin banyak ular..
15.Ayer Keroh : Airnya keroh?
16. Ayer Limau : Orang sini suka minum air limau ke?
17. Rim : yang pasti takde kene mengena dgn rim kereta..
18. Taman RKSK @ RumahKu SyurgaKu : Siap ada nama singkatan lagi ni..
19. Melaka Pindah : Nak pindah mana pulak ni..
20. Kampungku Sayang : Org kat sini mmg syg kg diorg ni.. (Aku pun sebahagian dr org kg ni)
Ok, ada banyak lg nama yg unik, tak dpt nak senaraikan semua.. kalau ada yang nak tambah, silakan.. TQ
Duyong pun ada Melaka ya..ingat ke kat Terengganu je..
ReplyDeleteHaah.. Duyong ni tempat Hang Tuah tinggal masa zaman dulu2... Ada perigi Hang Tuah & Perkampungan Hang Tuah kat situ.. oo, saya pon tak tau kat Terengganu pon ada Duyong jugak ye.. hehe
ReplyDelete