"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 23 August 2015

Balik Kampung Yang Tak Dirancang

Ni sebenarnya cerita hari Ahad weekend yg lepas.. Suami ada urusan kat Nilai.. So, alang2 dah sampai Nilai tu, lajakkan sikitla ke kampungku di Banting.. Seronok dapat jumpa Mak ngan Abah walaupun sekejap. Kalau boleh memang nak luangkan masa tapi esoknya dah hari Isnin. hari kerja. Malam tu jugak kitorg balik melaka..




Sempat juga petik buah belimbing ni ngan limau kasturi untuk bawak balik melaka.. Selain tu ada juga bawa daun limau purut ngan daun kunyit.. (Berangan nk rajin masak le tu.. Huhu)




Mak pulak bawakkan buah nangka madu, pisang emas & rambutan.. Alhamdulillah, tu semua rezeki hasil Mak ngan Abah berbudi pada tanah.. Biasa banyak sedekahkan pada saudara mara ngan jiran2 kat kg tu.. :)

Sunday, 2 August 2015

Baju Gigit!

Alkisahnya pg ahad yg redup ni, kitorg jalan2 tengok 'car boot sale' kat bukit katil. Tak ramai pulak yang meniaga hari ni.. Mungkin masih sibuk beraya. Ada beberapa peniaga yang jual baju kanak2, saja je aku tengok2 manatau ada yang berkenan untuk Aliff n Ammar.


Suami nampak baju t shirt yang ada logo batman.. Cantik jugak.. Maka terbelilah baju tu dengan satu lg baju singlet batman.. Lepas round car boot sale tu, kitorang pun balik.. On d way dalam kereta, aku Tanya Aliff, suka tak baju batman tu?.. Pastu dia jawab "mana ada baju batman, ni baju gigit, mulut gigit..".


Aik baju gigit apa pulak? Rupanya dia tengok logo batman tu macam gambar mulut tengah menggigit.. Adoyai anak ibu ni.. Si Aliff ni memang tak kenal batman batman ni, yang dia tau upin ipin, 'cars' ngan 'car poli'.. Huhu

Saturday, 1 August 2015

Beraya Di Kebun

Assalamualaikum..
Masih lagi mood raya.. Satu famili tak berapa sihat sejak balik dari kg minggu lepas.. Demam raya kot, letih berjalan. Seperti kebiasaan, sejak dah berkeluarga ni, aku memang ambik cuti untuk raya panjang sikit.. Ada 2 kampung nak balik kan.. Hehe. So, tahun ni turn balik kg belah suami dulu kat Perak, raya ke4 baru balik kampung di Banting..

Dapat luangkan masa lebih sikit ngan dua2 belah famili.. Masa balik Banting tu, sempat jugak beraya kat kebun.. Bawak hero2 kecik ni.. Kebun ni Abah ada tanam pokok kacang panjang, nangka, kelapa dll. Banyak jugak hasil tuaian kacang panjang hari tu.. Mak bagi sikit2 pada jiran n sedara mara kat kg tu. Rezeki dikongsi bersama kan.. Dapat jugak minum air kelapa muda, fresh petik daripada pokok.. Nyum nyum menyegarkan!

On d way balik nak ke kebun..

Tengokla gelagat hero2 ni masa kat kebun. Nasib baik ada pondok, bolehla berteduh dari panas matahari..

Abang n Adik main..

Menggayakan spek itam..

Aliff tunjuk ape ntah tu.. Ibu sibuk ngan hp

Aliff makan kacang panjang fresh katanya.. Huhu

Aku memang suka ke kebun. Seronok tengok pokok2 hasil tanaman sendiri.. Cuma kalau bawak budak kecik ni, kesian kat diorg sbb nyamuk banyak.. Lain kali kena bawak ubat nyamuk atau buat unggun api untuk halau nyamuk.. :)