Sejak saya tanam Pokok tin awal tahun ni, mmg bercita2 nk petik & merasa sendiri keenakan buah tin yg diperkatakan orang ni.. Alhamdulillah bulan puasa baru2 ni, buah tin mula masak ranum & dah boleh dipetik.. Happy sangat.. Haha
|
Pokok tin sebelum pindah dalam pasu besar |
Tempoh masa dari buah mula berputik sehingga buah masak lebih kurang 3 bulan.. Rasa macam lama pulak ek.. Sbb x sabar nak rasa buah yg masak. Hihi.. Akhirnya penantian tu berbaloi bila dapat petik sendiri & rasa buahnya yg lemak manis..
|
Pokok dah dipindahkan dalam pasu besar (culvert) & buah dah masak.. :) |
Pokok tin tu dari jenis BTM6.. Tu Pokok tin pertama yg saya beli.. Sekarang dah mula tambah koleksi Pokok tin variati lain.. Antara yg saya dah ada sekarang ni jenis Conadria, TGF jumbo, Chinese Purple, IBG.. In Sha Allah akan tambah lagi nanti..