Donetsk (Ukraine): Kumpulan pembeontak pro-Russia menyerahkan dua
kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 kepada pegawai
Malaysia di sini, hari ini.
Mereka juga mengisytiharkan gencatan senjata di zon 10 kilometer
mengelilingi lokasi nahas umtuk membolehkan pasukan penyiasat
antarabangsa memasuki kawasan itu dengan selamat.“Kami membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar
Malaysia,” kata perdana menteri Donetsk People’s Republic Alexander
Borodai.
Kumpulan pakar Malasia dan puak pemberontak menandatangani protocol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan. “Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan Donetsk Republic kerana menyerahkan dua kotak hitam ini yang
hak milik Malaysia,” kata seorang ahli kumpulan Malaysia.
“Kotak hitam ini dalam keadaan baik dan hanya mempunyai sedikit kerosakan sahaja,” katanya. Kotak
hitam ini dipercayai dapat membantu dalam siasatan nahas penerbangan
MH17 yang dikatakan ditembak jatuh pluru bepandu, Khamis lalu.
Ia mempunyai rakaman perbualan dalam kokpit semasa penerbangan serta maklumat penerbangan lain. - AFP
No comments:
Post a Comment