Tahun 2015 dah pon menjelma, meninggalkan tahun 2014 dengan seribu kenangan.. huhu. seribu ke?.. banyaknya.. Tahun 2014 ni tahun aku mula berblogging.. saja mengisi masa lapang kat Melaka sebab dah taktau nak buat aktiviti apa.. kebanyakan tempat2 menarik kat Melaka ni dah dilawati sepanjang tempoh 3 tahun bermastautin kat Melaka.
Sebenarnya bagus jugak ada blog ni sebab apa yg berlaku sepanjang tahun ni ada yang aku tuliskan dlm blog ni.. kalau tak, kemungkinan besar dah hilang dari kotak memori aku yang semakin tua ni.. huhu. Tahun 2014 diisi dengan aktivitiku sefamili berjalan2.. mana lagi?.. Melaka mmg dah tentulah.. Sempat jugak g jalan2 kat Cameron Highland.. Join En Suami bukak booth di Karnival Kraf di Meru, Klang.. g Big Bad Wolf Books kat MITC, tengok perbarisan Hari Kemerdekaan kat Dataran Merdeka n banyak lg..
Bulan julai 2014 jugak, aku sekeluarga berpindah rumah sewa kat melaka.. tak jauh dari rumah yg asal.. nak rasa persekitaran baru.. tukar angin.. hehe.. dahlah bulan puasa masa tu.. baby plak dah ada dlm perut.. dan penutup tahun 2014 adalah lahirnya baby Ammar yang comel.. Syukur Alhamdulillah. Kami dah berempat sekarang..
Semoga tahun 2015 lebih baik dari sebelumnya.. Aku pon nak jadi lebih baik.. jadi hamba Allah, anak, menantu, istri, ibu, pekerja, jiran, kawan dll yg lebih baik.. huhu.. Semoga tahun ni aku dapat ditukarkan semula ke KL.. dan supaya urusanku sekeluarga dipermudahkanNya.. Aminn.
No comments:
Post a Comment