"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday, 28 February 2015

Aliff Yang Menunggang..

Ni dulu masa Aliff umur setahun.. Naik kereta ngan sepupu dia si Hanna. Aliff ketakutan duk kat belakang tu.. hehe

Kredit to my Brother, Hakim for the picture..:)

Yang ni plak bila Aliff dah besar.. Aliff bawak sepupu dia si Deeja pulak jalan-jalan. Seronok betul budak berdua ni.. Masa ni Hanna takde kat rumah nenek, bolehlah budak berdua ni bersuka ria.. Kalau Hanna ada, memang berebutla 3 orang budak ni nak naik basikal tu..




Macam2 gaya Aliff ngan Deeja ni ye..

Friday, 27 February 2015

Cuaca Panas Datang Lagi..

Musim panas dah mula melanda negara kita. Biasala, memang tiap tahun pon akan datang musim panas ni.. tapi takdela sampai takde hujan langsung, cuma suhunya lebih tinggi daripada biasa.. Negara kita ni kan Hujan dan Panas sepanjang tahun.. hujan masih ada cuma lebat tak lebat je la.. Dijangkakan cuaca panas ini akan berlaku sehingga akhir Mac 2015 nanti..

Nak kongsikan info dan nasihat daripada Kem. Kesihatan berkenaan cuaca panas ni.. silalah baca ye. untuk panduan semua.

panas


Kitorang pon duk kat rumah je.. kurangkan aktiviti luar rumah.. panas kat luar tu.. huhu. Bila dah penat main.. Aliff tido.. Sekarang ni kalau dia ngantuk, tak payah disuruh.. dia yang akan kemas mainan2 dia, pastu mintak bantal.. 'abang ngantuk' katanya.. pandai dah..


Adik Ammar pulak, bila bukak baju camni baru dia nak tido.. Panasla katakan.. Tengokla badannya yang semangat tu.. :)



Monday, 23 February 2015

Kembang Putih Berseri..

Masih lagi di laman rumah mak kat kampung.. kali ni gambar bunga2 yang berwarna putih.. putih berseri.. perkataan 'kembang' dalam bahasa jawa maksudnya 'bunga'.. So, maksud tajuk kat atas tu.. bunga putih berseri..

ok.. jom layan kembang putih berseri..

bunga ???.. seri pagi ke?

bunga keladi
bunga keladi

bunga ros

bunga kiambang kot..kat dalam kolam ikan

bunga kertas
bunga kertas

Cantik kan bunga bunga putih ni... Sape lagi yang tanam kalau bukan mak ngan abah..  :)

Jus Epal Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Disebabkan kes tekanan darah aku yang agak tinggi.. sejak aku buka buku pink mengandung haritu, setiap minggu, 2 kali aku kena ambil bacaan tekanan darah.. kadang kadang ok, kadang2 tak ok.. sampai kena refer kat Klinik Pakar O&G masa ngandung.. Bacaan BP tu haruslah kurang dari 140/90 ye baru dikatakan normal..

Alhamdulillah tekanan darah masa mengandung tu terkawal walaupon kadang2 misi tulis pakai pen merah (tinggila maksudnya) dan aku selamat bersalin secara normal.  Dah lepas bersalin pon, bacaan tu masih kat sempadan.. so, setiap 2 minggu kena jumpa Dr.. dan last sekali minggu lepas..

Aku memang dah survey kaedah2 yang boleh turunkan tekanan darah ni.. salah satunya minum jus epal hijau.. tengok bacaan BP sebelum ngan selepas minum jus epal hijau ni..

Sebelum:

BP sebelum: 136/87

Selepas:

BP selepas:116/80


Cumanya, aku dapati kesannya sekejap je.. maksudnya lepas minum jus epal tu, memang BP turun tapi nnti esoknya, bacaan tu macam biasa balik, maksudnya kalau tinggi, dia kembali tinggila.. so, amalkanlah minum jus buah2an setiap hari.. Termasuklah epal hijau ni.. Tapi taktahula, kalau minum jus epal ni hari hari ada side effect ke?..

Perginya Seorang Sahabat..

Hari Sabtu lepas, aku terima berita yang menyedihkan.. seorang sahabat di MRSM dan UKM dulu telah meninggal dunia akibat kanser hati.. Selepas 4 bulan didiagnosis menghidap penyakit itu, selepas beliau melahirkan anak ketiganya.. Dalam tempoh yang singkat sel2 kanser merebak ke organ2 lain.

Umurnya masih muda.. baru 32 tahun dan meninggalkan 3 orang anak.. 6 tahun, 3 tahun dan 6 bulan.. sedih mengenangkan anak2 yang masih kecil. Yang pergi takkan kembali, yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.. Ya Allah, Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..

Sepanjang perkenalanku dengan Arwah, beliau seorang yang baik, seingat aku, tak pernah dia menyakiti sesiapa.. cakap pun lembut je.. selalu ada senyuman di bibirnya.. Al-Fatihah untuk Arwah sahabatku.. Moga tenang di Sana..  'Dari Allah Kita Datang, Dan KepadaNya Jua Kita Kembali'..

Tak siapa dapat menduga bila ajal akan tiba.. sebab itu, kita kena sentiasa bersedia..ni peringatan untuk aku sendiri sebenarnya dan orang-orang yang masih hidup ni.. huhu.. perbanyakkan ibadah.. amal makruf nahi mungkar.. ajal tak mengenal usia.. bayi, remaja, orang tua, orang sihat... sesiapa saja.




Sunday, 15 February 2015

Cendawan Goreng Tepung

Sesekali dapat makàn cendawan ni sedap jugak ye.. Senang je nak buat cendawan goreng.. Bàhan2 nya, cendawan tiram, telur, tepung goreng ayam/ tepung goreng serbaguna dan minyak untuk menggoreng.

Basuh dulu cendawan tu, pastu celup dalam telur sebelum disalutkan tepung. Goreng sesedap rasa.. Aku tak suka goreng terlalu lama or garing sangat sebab nanti hilang rasa cendawan yang Segar tu.

cendawan
Dah siap digoreng..

Tepung goreng tu beli yang dah siap je.. Ada macam2 jenama tapi aku guna cap Nona yang dalam kotak kecik.. Yang ni kurang masin berbanding tepung2 goreng ayam/ serbaguna yang lain. kena kurangkan masin2 ni, elakkan darah tinggi.. :)

'Hot & Spicy'.. tapi tak pedas pon..

Friday, 13 February 2015

Tak Bagi Adik Duduk Situ!

Kerusi tempat baby tu memang dulunya untuk Aliff baring/ duduk masa dia kecik.. Sekarang bila dia dah besar, tempat tu untuk Adik dia lah pulak.. Si comel Ammar.. Tapi Aliff ni tak bagi Adik duk situ.. Dia nak jadi baby besar.. Nak duk Kat kerusi dia tu.. Walaupon kaki dah panjang n tak muat duk situ.. Dah bagitau dia tempat tu untuk Adik tapi dia tetap taknak mengalah..


So, Adik Ammar Ibu pangku je la Kat tempat duduk belakang.. Kalau penat pangku, baringkan je kat beg tidur n letak atas seat kereta.. Letak bantal Kiri kanan.. Sebenarnya bahaya camtu kalau break mengejut/ kecemasan.. Perlu ke carikan satu lagi tempat duduk yang sesuai untuk Aliff biar dia tak berebut angan Adik dia?.. Selalunya dia duk Kat kerusi kereta je, pakaikan seat belt.. OK je pun.

Wednesday, 11 February 2015

Koleksi Bougainvillea Mak..

Dulu Mak memang suka betul tanam pokok bougainvillea ni.. Biasanya orang panggil pokok bunga kertas.. Siap cantum cantum pokok lagi.. Berpasu2.. Sekarang ni pon masih ada lagi pokok bunga kertas ni kat rumah Mak cuma takdela sebanyak dulu dulu. Sementara tengah banyak bunganya ni, baik ambik gambar buat kenang-kenangan.. Hehe

bunga kertas
Warna merah jambu pekat

Warna putih

Warna ungu cair

Warna merah jambu cair

Warna ungu terang

Warna Oren/ peach

Ada macam2 warna bunga kertas ni. Kalau nak buat bunga rampai pon cantik..

Tuesday, 10 February 2015

Bunga Tinggal..

Ada ke nama bunga tinggal.. Takdela.. Aku panggil bunga tinggal sebab selalu kena tinggal.. Pokok2 bunga yang aku tanam Kat laman rumah tu sengaja aku tanam terus Kat tanah.. Biar akar pokok tu dapat merayau cari air kalau aku tak sempat siram.. Kalau dalam pasu takut dia cepat kering.

Ni sebahagian dari bunga2 yang masih hidup.. Ada jugak yang dah mati.. Kejam kan, tanam pokok tapi tak jaga elok2. Pokok rumput karpet tu pun dah kering sebab dah lama tak ujan Kat situ..









Apa Nasib Pemandu Lori Tu?

Ini cerita malam semalam.. Dalam perjalanan balik dari Perak ke Ampang, kitorang melalui detik2 mencemaskan.. Tak jauh lepas keluar di tol jalan duta, kitorang ternampak sebuah Lori treler Kat lorong sebelah.. Ada api Kat bahagian bawah kepala Lori tu.. Mungkin dekat dengan bahagian enjin lori. Kat bawah tempat duduk pemandu.

En suami bunyikan hon nak bagi alert pemandu Lori tu tapi dia macam tak dengar je. Tingkap tempat pemandu tu pon tutup rapat, pastu berlangsir lagi.. Laju je dia bawak lori tu. Kitorang ni takut Lori tu terbakar je or meletop tiba2 kat atas jalan raya.. Api pulak makin besar..

Yang aku ni tak bagila en suami drive dekat2 ngan Lori tu takut jadi apa2.. Tapi dia kata ni tanggungjawab kita untuk bantu pemandu lori tu. Kitorang hon lagi Kat lori tu.. Hon banyak kali. Pastu aku bukak tingkap kereta n lambai2 Kat pemandu Lori tu sambil tunjuk2 ke arah bahagian bawah Lori..

Tak lama lepas tu, Lori tu berhenti Kat tepi dekat dengan susur keluar.. Masa tu asap dah makin banyak keluar Dari bahagian bawah Lori tu.. Mungkin pemandu Lori tu baru perasan Lori dia terbakar.. Bila dia stopkan Lori tu, dia cepat2 keluar..

Kereta kitorang pulak dah agak jauh meninggalkan Lori tu.. So, taktaula apa nasib dia.. Harap2 pemandu lori tu selamat.. Cuma yang aku pelik sikit, kenapa kereta2 lain buat taktau je.. Patutnya sama2 la bagi alert Kat Lori tu.. Bunyikan hon ke apa.. Biar pemandu lori tu sedar ada yang tak kena.. Or mungkin semua driver kereta2 lain yang lalu kat situ tengah sibuk n khusyuk sangat memandu sampai tak nampak ada api kat lori.. Nyawa manusia tu.. Nyaris2 je kan..

Apa Jadi Dengan Tamanku?

Setelah sekian lama tak g rumah Kat Banting tu, hujung minggu baru2 ni sempat g kejap.. Bersihkan rumah ngan laman rumah. Sekali sekala balik, tu la kerjanya. Biasanya Mak ngan Abah yang tengok rumah tu sebab kitorang ni kan merantau jauh.

Entah bila dapat duduk Kat rumah tu.. Sejak beli rumah tu 5 tahun dulu sampai sekarang memang tak pernah sewakan Kat orang.. Sayang takut rosak Sana sini.. Tapi sebenarnya kalau sewakan pon elok jugak.. Ada orang tolong jaga ngan bayarkan sikit ansuran bulanan. Rosak sikit2 tu biasala kan.

Ni sebenarnya nak cerita pasal pokok yang aku tanam dulu.. Hidup lagi ke pokok2 tu.. Huhu.. Alhamdulillah, mereka masih bernyawa.. Hehe. Pokok tebu yang Abah tanam kat laman tepi rumah pon sihat membesar.. Dah boleh buat air tebu tu.. Rumput karpet tu je ada yang dah kekuningan.. Kering sebab dah lama tak hujan.





Pokok pandan pulak makin sihat.. Dah menjalar sampai nak ke tengah laman. Nak cantas sikit tapi tak bawak parang.. Lain Kali kalau datang lagi kena bawak peralatan secukupnya.. Sementara masih ada cuti ni, bolehla datang selalu..





Sunday, 8 February 2015

Gemuknya Pandan..

Mula-mula tanam dulu ada serumpun je.. tengoklah apa dah jadi.. Setelah sekian lama tak jengok rumah kat Banting ni. Dah gemuk berumpun-rumpun.. Dah boleh buat pantun 'pulau pandan jauh ketengah'.. Huhu. Ni kalau dibiarkan memang boleh jadi sebuah pulau ni..




Nak kena buang sikit ni.. Kalau tak habisla satu laman tu dia jajah.. Laman dahla tak beso mana.. Sape nak?, bole bagi free je.. :)


Friday, 6 February 2015

Pisang Goreng.. Kegemaran Aliff

Menu minum petang hari ni.. Pisang goreng je.. pisang goreng ni kegemaran Aliff.. Asalkan namanya pisang, memang Aliff suka..

pisang bawak dari kampung.. sedang2 elok untuk digoreng

selepas digoreng.. siap untuk dingapp..

Gaya Aliff menikmati makanan kegemaran dia..

Adik Ammar tido lama petang tadi, sempatlah menggoreng pisang.. itupon ada lagi pisang lebih sikit tak goreng.. esok boleh buat jompot pisang kalau dah masak sangat..

Thursday, 5 February 2015

My Little Heroes..

Salam.. Tengokla tajuk kat atas tu.. In english la pulak ye.. Saje je.. cerita pasal pagi tadi.. 2 orang hero kecik Ku bermalas malasan nak bangun pagi.. Masing2 bergolek2 suka hati. Waktu tido malamnyà, si abang yang lasak ni memang conquer satu katil.. Sian Adik dia kena tendang.. Tapi Adik buat taktau je. Huhu.. Biasanya kalau waktu pagi camtu, sorang bangun, yang sprang lagi masih tido, tapi pagi tadi, dua2 dah bangun sama2 dengan wajah ceria gitu..




Bila tengok balik gambar2 ni, terasa cepatnya masa berlalu.. Bulan 6 nanti Aliff dah 3 tahun.. Dah besar dah anak ibu ni.. Boleh tolong jaga Adik.. Tapi setakat ni Aliff tolong kacau adela.. Huhu.. Adik Ammar nak tido pun tak senang..Sebenarnya Aliff ni tak sabar nak tunggu adiknya besar sikit.. Nak ajak main..

Tapi kan nanti bila masing2 dah besar panjang, mesti aku rindu saat2 diorang kecik n membesar ni.. Rindu nak cium bau wangi baby.. :)



Monday, 2 February 2015

MH370: MAS Maklum Keluarga Sebelum Pengumuman



KUALA LUMPUR,  01 Feb 2015: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa syarikat penerbangan negara itu tidak memaklumkan kepada waris mangsa tragedi pesawat MAS Penerbangan MH370 berhubung pengumuman khas oleh kerajaan mengenai kehilangan pesawat itu. 

MAS berkata, syarikat itu telah menghubungi semua waris di Malaysia dan di seluruh dunia memaklumkan kepada mereka tentang pengumuman oleh kerajaan pada 29 Jan.

"Sebelum pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (pada 29 Jan), semua waris telah dimaklumkan melalui panggilan telefon dan dalam keadaan tertentu menerusi pesanan teks apabila panggilan tidak dijawab.

"Ini dijalankan sendiri oleh Pusat Sokongan Keluarga, penjaga atau wakil dari pejabat serantau penerbangan itu," katanya dalam kenyataan di sini. Ia menambah waris di China dimaklumkan melalui pesanan teks oleh Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga di Beijing.

Kenyataan itu juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat penerbangan itu akan terus menganjurkan sesi perjumpaan dengan anggota keluarga bersama-sama kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkaitan pengisytiharan itu.

"Malaysia Airlines terus komited untuk menyediakan kebajikan kepada anggota keluarga mangsa MH370. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mereka," kata kenyataan itu.

Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban. Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Lapor Bernama

MH370: MAS maklum keluarga sebelum pengumuman

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa syarikat penerbangan negara itu tidak memaklumkan kepada waris mangsa tragedi pesawat MAS Penerbangan MH370 berhubung pengumuman khas oleh kerajaan mengenai kehilangan pesawat itu.
MAS berkata, syarikat itu telah menghubungi semua waris di Malaysia dan di seluruh dunia memaklumkan kepada mereka tentang pengumuman oleh kerajaan pada 29 Jan.
"Sebelum pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (pada 29 Jan), semua waris telah dimaklumkan melalui panggilan telefon dan dalam keadaan tertentu menerusi pesanan teks apabila panggilan tidak dijawab.
"Ini dijalankan sendiri oleh Pusat Sokongan Keluarga, penjaga atau wakil dari pejabat serantau penerbangan itu," katanya dalam kenyataan di sini.
Ia menambah waris di China dimaklumkan melalui pesanan teks oleh Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga di Beijing.
Kenyataan itu juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat penerbangan itu akan terus menganjurkan sesi perjumpaan dengan anggota keluarga bersama-sama kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkaitan pengisytiharan itu.
"Malaysia Airlines terus komited untuk menyediakan kebajikan kepada anggota keluarga mangsa MH370. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mereka," kata kenyataan itu.
Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27853#sthash.eR4MU1RD.dpuf

Sunday, 1 February 2015

Nak Shopping Jugak!

Salam hujung minggu.. Hari ni nak g shopping la.. Adik Ammar nak ikut shopping jugak.. Sebenarnya ibu dia ni yang beria2 nak g jalan2.. so, budak kecik ni mestilah kena ikut.. Haha.. Setakat ni Ammar dah ikut g shopping kat Econsave, Billion ngan Aeon Big. Umur belum sampai 2 bulan, dah ikut2 ibu g shopping.. Huhu. Yelah, takkan nak tinggal Kat rumah.. Sian dia..



Ammar tido je pun kat dalam troli.. Tido dalam sleeping beg dia tu.. Si Aliff yang sibuk shopping.. Nak buku, nak mainan, nak coklat, nak gula2.. Hmmm. Sabo jela.. Belikan jugak coklat untuk dia.. Buku tu memang dia dah ambik, tapi masa nak bayar, kitorang letak balik.. Buku2 yang Ada kat rumah pun dia belum khatam lagi..