"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 15 February 2015

Cendawan Goreng Tepung

Sesekali dapat makàn cendawan ni sedap jugak ye.. Senang je nak buat cendawan goreng.. Bàhan2 nya, cendawan tiram, telur, tepung goreng ayam/ tepung goreng serbaguna dan minyak untuk menggoreng.

Basuh dulu cendawan tu, pastu celup dalam telur sebelum disalutkan tepung. Goreng sesedap rasa.. Aku tak suka goreng terlalu lama or garing sangat sebab nanti hilang rasa cendawan yang Segar tu.

cendawan
Dah siap digoreng..

Tepung goreng tu beli yang dah siap je.. Ada macam2 jenama tapi aku guna cap Nona yang dalam kotak kecik.. Yang ni kurang masin berbanding tepung2 goreng ayam/ serbaguna yang lain. kena kurangkan masin2 ni, elakkan darah tinggi.. :)

'Hot & Spicy'.. tapi tak pedas pon..

No comments:

Post a Comment