"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 5 April 2015

Berani Gak Aku Ni!..

Ni sebenarnya kisah hari jumaat lepas.. sebelum rehat tengah hari tu, PA bos bgtau suruh aku ngan beberapa orang staf lagi untuk standby pukul 3.30 ptg.. ada benda yang bos nak discuss.. so, petang tu jam 3.30 aku pun dah sediala nak naik bilik bos.. tepon PA bos tanya dia ada tak, PA kata belum ada, nanti pukul 4 baru bos sampai.. dia ada hal katanya..

Dalam pukul 4 lebih, PA bos tepon suruh naik bilik bos sebab bos dah ada.. Aku pun naikla, dengan harapan sempat discuss dan setelkan sebelum pukul 5 sebab pukul 5 tu aku nak balik.. memang ramai dah menunggu nak jumpa bos, aku masuk dulu ikut giliran.. tengok2 jam kat HP dah dekat pukul 5, hmmm.. tapi bos belum habis bincang keje ngan ada sorang lagi staf ni.. aku tumpang dengar je la.. bila pukul 5, bos suruh aku keluar jap.. dia kata 5 minit je, nak layan orang penting yang tengah tunggu kat luar tu.. ada kaitan ngan orang kenamaan la tu kot.. katanya dah lama orang tu tunggu.. so, aku keluar dulu, nnti lepas orang tu abis, aku pulak masuk discuss kerja aku ni..

OK, tunggu punya tunggu, dah 5 minit, 10 minit, 15 minit.. dan aku pun tak boleh dah nak tunggu lagi.. tepat jam 5.30 petang, aku balik, tinggalkan bos kecik ngan bos besar aku tu.. bukan apa, anak2 dah tunggu kat bawah tu, sian diorang..itupon dah bagi EOT stengah jam.. sorryla bos2 sekalian, memang kerja tu penting tapi bagi aku famili lagi penting.. cukup2 la tu.. kalau u olls nak keje sampai malam pon i tak kisah, tapi janganla heret orang lain sama.. Berani gak aku ni kan..selamba je lari balik padahal bos2 tengah tunggu dak discuss pasal kerja tu.. huhu

Aku tak kisahla, lepas ni aku kena cop budak tak dengar cakap bos, budak degil ke..apa ke.. yg penting 5.30 mesti kena balik rumah.. esok boleh sambung keje lagi kan.. kalau tak suka cara aku keje, takpe, boleh letgo aku anytime.. or transfer kan aku kan.. 

Siapa yang faham apa yang aku tulis ni, okla, sampai juga mesej aku.. kepada yang takfaham baca cerita ni, takpe, takpenting pun.. saja untuk kenang2an aku..

No comments:

Post a Comment