"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 5 July 2015

Marine Essence Beauty Bar

Info Marine Essence Beauty Bar

 

Bahan utama

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah


Cara Penggunaan
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.
Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.


Untuk tempahan boleh PM/WA 012-3566421

BB PLUS

Info BB Plus

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.


Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. Selain kolagen ikan bermutu tinggi, BB Plus turut mengandungi ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal dan inulin.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.


Untuk tempahan boleh PM/WA 012-3566421

MINERAL COFFEE

Info 'Mineral Coffee'


Aroma istimewa Hai-O MINERAL COFFEE berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Apa dia GARAM BULUH?.. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam tersebut dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Hai-O Garam Buluh membekalkan lebih banyak bahan mineral (misalnya magnesium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya) dan 200 lebih jenis elemen surih jika berbanding dengan garam biasa. Dengan menggunakan garam buluh yang semulajadi untuk memasak, nilai nutrisi lauk dapat ditingkatkan, lauk juga menjadi lebih enak dan sihat.

Antara kebaikannya Kopi Mineral:

Dah ramai yang mengakui kebaikan kopi ni.. Harganya pun amat berpatutan.. Ada yang kata sangat murah berbanding dengan khasiatnya yang banyak.. Kalau dah cuba sekali, pasti nak lagi..

Untuk tempahan boleh PM/WA 012-3566421

Friday, 3 July 2015

Resepi Kulit Karipap

Ini dia resepi kulit karipap.


Bahan2:
1 kg tepung gandum
2 senduk minyak masak
1 senduk majerin
air garam secukupnya

caranya:
1. Panaskan minyak dan magerine hingga mendidih, sejukkan hingga boleh celup jari dalam minyak tu.

2. Tuang ke tepung dan gaul rata.

3. Tuang air garam sedikit-sedikit ke dalam tepung dan uli hingga jadi seketul doh yang lembut...

4. biarkan doh tersebut rehat 30 minit (tutup dengan kitchen towel), pastu boleh le dicanai, terap, isi intinye.

Nota: klau tepung sekilo ni dapat banyak ketul karipap.. Boleh simpan dalam peti sejuk.. Bila rasa nak makan, boleh goreng panas2..

Untuk resepi inti karipap ni, boleh google2..