Assalamualaikum & salam sejahtera.. Lamanya tak bukak n update blog ni.. Huhu.
Sambil2 surf internet ni, terfikir pulak nak search pasal kehamilan walaupun tak datang haid.. Bolehkah seseorang wanita tu Hamil walaupun tidak datang haid?.. Sebabnya sejak bersalin Ammar Disember 2014 sampai Sekarang (10 bulan), masih belum datang haid.. Mungkin sebab Ammar masih menyusu badan walaupun tak fully breastfeed.
Masa anak pertama dulu, si Aliff, lepas ceraikan susu badan, baru datang haid balik.. (Selepas Aliff setahun setengah).. Memang masa tu plan nak anak kedua. Alhamdulillah, rezeki kami, tak lama lepas datang haid tu, disahkan hamil lg.. :)
Bila baca artikel Dr Zubaidi ni, 'Bolehkah Saya Hamil Walaupun Tidak Datang Haid', tiba2 terfikir pulak, kebarangkalian hamil walaupun tak datang2 haid sejak bersalin tahun lepas. Kalau ikut artikel tu, sekiranya tidak datang haid disebabkan menyusu badan, kebarangkalian untuk hamil adalah sangat tinggi!..
Adakah aku hamil lagi?.. Kalau ikutkan, takde pulak simptom2 hamil tu.. Kalau nak confirmkan boleh je guna kit untuk check yang ada dijual kat farmasi.. Setakat ni, belum check lagi..
No comments:
Post a Comment