Batu Pahat – Seorang kanak-kanak lelaki
berusia 8 tahun maut selepas dihempap tiang gol yang tumbang di
sebuah padang permainan di Parit Besar di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang
itu, mangsa, Ahmad Ilham Fikri Ahmad Zaki dibawa bapanya ke padang
permainan itu bersama dua lagi adik beradiknya untuk beriadah.
Gambar Hiasan |
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten
Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa bersama abangnya
berusia 10 tahun sedang bermain sementara bapanya membawa adik lelaki
mangsa berusia setahun mengelilingi padang menaiki basikal.
Menurutnya, dalam tempoh 10 minit selepas itu mangsa dihempap tiang
gol yang secara tiba-tiba tumbang tepat mengenai bahagian lehernya
menyebabkan pendarahan di kedua-dua telinga dan mangsa tidak sedarkan
diri.“Kejadian itu disaksikan abang mangsa yang sedang bermain dengannya sebelum segera memberitahu kepada bapanya yang berada di padang itu juga. “Mangsa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro di sini, sebentar tadi, lapor myMetro.
No comments:
Post a Comment