Proses menurunkan Peranti mencari bawah permukaan laut.. |
Ketua Agensi Pusat Penyelarasan Bersama (JACC), Angus Houstan berkata, towed pinger locator itu digerakkan dengan kapal pertahanan Australia, HMAS Ocean Shield yang mencari di kawasan seluas 240 kilometer bersama kapal hidrografik British, HMS Echo.“Kawasan yang mempunyai kemungkinan paling tinggi di mana pesawat itu berakhir adalah kawasan pencarian sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Isnin ini adalah hari ke-30 sejak pesawat itu hilang komunikasi dan hilang dari radar sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sonar akan membantu mengesan kotak hitam pesawat dan rekorder data yang kini menjadi kunci utama untuk mengesan apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat itu.
Kotak hitam itu dilengkapi dengan isyarat ping. Bagaimanapun, ia hanya dapat dikesan sehingga jangka hayat bateri kotak hitam itu tidak habis selepas 30 hari. -Lapor Harian Metro
No comments:
Post a Comment