"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 18 May 2014

Pokok Halau Nyamuk

 halau nyamuk
                                                       Nama Botani : Pelargonium radula
                                                       Famili: Geraniaceae


Pokok jeremin atau lebih dikenali dengan nama pokok halau nyamuk ni merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang dan memerlukan siraman air secara berjadual, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari untuk memastikan ianya tidak menjadi layu.

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.

Selain pokok jeremin ni, ada beberapa jenis pokok lagi yang mampu menghalau nyamuk. Contohnya Bunga Lavender, Bunga Rosemary, Citrosa Mosquito, Mintrosa of Lady Diana, Marigold, Bunga Kantan, Zodia, Serai wangi dan Akar Wangi.

No comments:

Post a Comment