"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday, 25 October 2014

Keria Ungu..

Pagi tadi beli barang kat Giant.. teringat nak beli keledek nak buat keria.. tp cuma ada keledek warna ungu je.. biasanya buat keria guna keledek yg oren tu.. keledek ungu ni mahal sikit tapi rasa dia lebih kurang je.. bolehla daripada takde kan.. huhu.

Misi membuat keria pon bermulalah petang tadi.. Aliff pon tengah tido.. bolehla buat dengan aman..

Adunan keria yang siap dibentuk..

Yang ni baru lepas digoreng..

dah sira.. sedia untuk dingappp..
Alhamdulillah..puas makan.. kenyang sampai ke malam.. resepi boleh tengok sini.. 

Wednesday, 22 October 2014

Jompot Pisang..

Menu malam ni.. Jemput2 pisang je.. sebenarnya tu untuk minum petang tapi Aliff tido ptg tadi sampaila ke Magrib baru nak bangun.. liat betul bila nak suruh bangun.. Pastu bangun2 je, mintak 'aisla' (aiskrim).. tu belum part nak suruh mandi lagi.. sabo je la.. Nasib baik ayahnya ada, senang sikit nak ajak dia mandi.


Nanti lepas makan jompot tu, makan nasik pulak ye..

Bila Aliff Demam..

Semalam aku ambik cuti sebab Aliff demam.. badan dia panas. kesian pulak nak tinggalkan dia g kerja. satu malam tu dia tido tak lena, bila pakaikan coll fever, marah2 dia suruh bukak.. tapi akhirnya dia tak perasan, tengah mamai2 tu, berjaya jugak pakaikan cool fever tu kat dahi ngan belakang badan.. Pagi2 , badan dia masih panas, tapi dah tak sepanas malam.. Tapi memang dah nekad taknak g keje, nak temankan Aliff kat rumah.. So, dapatla cuti 2 hari semalam ngan harini (cuti Deepavali).

Orang tua2 kata jangan mandikan kalau budak demam, takut badan tu terkejut katanya.. tapi kalau tak mandi, macam mana suhu badan nak turun.. so, Aliff ni walaupon demam, mandikan jugak macam biasa.. kalau ibu dia ni suruh mandi, mmg macam2 alasan, taknak je, tapi kalau ayah dia ajak, bukan main laju ke bilik air, sebab ayah dia suka layan main air kat dalam tu.. dengan ibu ni, jgn harapla ye..  hehe.

Lepas tu, pernah gak terbaca, kalau budak demam, bagi makan aiskrim vanilla, biar tekak tu sejuk je.. so, semalam gak, kitorg g Famili Store, cari aiskrim.. nak bagi Aliff makan, tapi sebenarnya, ibu ngan ayahnya yang lebih melantak.. huhu.. Ada lagi beberapa petua untuk kanak2 kecil yang demam panas.. antaranya bagi minum banyak air dan susu, bagi makan bubur, sentiasa pantau suhu badan anak, tuam badan dan kepala dengan air paip dll.

Yang paling penting sebagai ibu bapa, sentiasa berada di sisi anak kita kalau anak tak sihat.. ambikla cuti untuk jaga anak. Kerja kat ofis tu sampai bila pon tak habis2.. Doa mintak pertolongan Allah supaya disembuhkan dan supaya dipermudahkan segala urusan untuk kita besarkan anak2.

Alhamdulillah, hari ni Aliff dah sihat balik.. sape tak risau kalau anak tak sihat.. dah bersepah balik dah mainan dia kat ruang tamu.. kalau tak sihat, mmg dia takde mood nak main.. takpe, Ibu tak kisah rumah bersepah, yg penting Aliff sihat.. nnti dah main, tolong ibu kemas ye.. :)

Persiapan Untuk Bersalin

Dah 32 minggu.. barang2 untuk bersalin & sambut baby baru pon dah start cari sikit2.. baju baru untuk baby ada la beli beberapa helai je sebab baju Aliff pon masih elok.. nanti adik dia boleh pakai. Cuma mengandung kali ni, saje taknak tahu jantina lebih awal, nak surprise masa keluar nanti..

Baby Lelaki atau perempuan tak kisah. Sebab tu masa beli baju baby, cari warna yg tak mengarah ke mana2 jatina.. Tapi apa salahnya pon kalau pompuan pakai baju biru & lelaki pakai baju pink.. haha.. Aku sebagai pompuan ni pon, suka baju warna biru.. tak salah pon.

Beg untuk bawak g hospital untuk bersalin pon dah siap. Itupon sebab misi kat klinik yg ingatkan.. takut terbersalin awal.. sape tahu kan. GL?.. minggu lepas dah mintak bos sign, bos pon terkejut.. dia tanya awak ni dah nak bersalin ke?.. haha, takdela bos, saja siapkan awal2.. walaupon, tarikh jangka bersalin 2 bulan lagi.. Bos tanya lagi, nanti nak ambik cuti berapa bulan?.. dah bgtau dia siap2, mungkin ambik 3 bulan.. hmmm, 3 bulan tu pon rasa macam sekejap je berlalu.. Apakan daya, Saya Yang Menurut Perintah... kalau keje sendiri or suri rumah sepenuh masa alangkah bahagianya.. (mood verangan sekejap)..

Sambil2 surf internet ni, ada jumpa blog yang senaraikan keperluan2 bersalin yang agak lengkap.. salah satunya blog ni,http://rabiasensei.blogspot.com/2013/11/senarai-barang-keperluan-bayi-dan-ibu.html
Bagus untuk rujukan terutamanya bagi yang bersalin anak pertama.. anak kedua & seterusnya pon boleh gak.. macam aku ni yg dah lupa walaupon baru 2 tahun lepas bersalinkan Aliff.. huhu

Sunday, 19 October 2014

Pelajar Politeknik Diculik Bersama 7 Kanak-Kanak

DUNGUN, 18 Okt – Seorang pelajar politeknik di Johor mendakwa dia diculik bersama tujuh kanak-kanak berbangsa Cina, India dan Melayu di Johor Bahru selepas berjaya melarikan diri, di sini, pagi ini. Mangsa berusia 20 tahun yang tinggal di rumah sewa di Pasir Gudang berkata, dia diculik ketika sedang membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar membeli makanan, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan langsung tidak sedarkan diri dan apabila tersedar mendapati dirinya sudah berada dalam lori yang tertutup bersama tujuh kanak-kanak terbabit termasuk yang paling muda berusia lima tahun.

Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri selepas bertindak terjun dari lori terbabit yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen berhampiran Hospital Dungun kira-kira jam 7.05 pagi tadi lalu mendapat bantuan seorang penjual akhbar yang berada kira-kira 200 meter dari stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa tidak sempat mengecam nombor pendaftaran lori terbabit kerana melarikan diri dalam keadaan ketakutan dan bimbang disedari oleh penculik terbabit. Seorang penduduk yang secara kebetulan berhenti membeli akhbar di situ turut membantu dan membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Dalam laporan polis, mangsa mendakwa penculik terbabit terdiri daripada tiga lelaki Melayu dan semua mangsa akan dibawa ke Kelantan sebelum dibawa masuk ke Thailand untuk dijual. Sebelum tiba di Kelantan dan memasuki Thailand, mangsa mendakwa penculik akan membuat pertukaran kenderaan yang akan dilakukan di Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu. Katanya, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada IPD Pasir Gudang untuk siasatan lanjut dan pihaknya telah memaklumkan kepada semua balai polis daerah dan negeri yang bersempadan untuk pemantauan-lapor Berita Harian.

Sunday, 12 October 2014

MH17: Ada Mangsa Ditemui Pakai Topeng Oksigen

THE HAGUE, Belanda 10 Okt. - Mayat salah seorang mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lalu ditemui dalam keadaan memakai topeng oksigen.

Penemuan yang disahkan oleh Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans dan pengesahan yang diberikan oleh seorang pendakwa raya menguatkan lagi kemungkinan bahawa beberapa penumpang mengetahui bahawa pesawat berkenaan akan terhempas.

"Anda tahu ada beberapa mayat penumpang ditemui memakai topeng oksigen dan mempunyai masa untuk berbuat demikian," kata Timmermans dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen tempatan kelmarin.

Seorang pendakwa raya dari Belanda mengesahkan perkara itu semalam bahawa mereka sedang melakukan siasatan selepas beberapa topeng oksigen ditemui tersangkut pada leher mangsa nahas.

"Waktu sebenar dan bila topeng itu dipakai oleh mangsa tidak diketahui". "nstitut Forensik Belanda telah memeriksa topeng oksigen (yang ditemui) bagi mengesan cap jari, air liur dan DNA mangsa tetapi keputusan daripada siasatan tersebut tidak didedahkan," kata pendakwa raya. - AFP

Saturday, 11 October 2014

Uri Bawah?.



Terkejut jugak bila kali pertama scan perut, doktor kat Klinik Kesihatan (KK) kata uri kat bawah.. masa tu baru kandungan baru 13 minggu. Doktor kata jangan risau sebab masih awal lagi, nanti kandungan 28 minggu, scan lagi tengok camne..

Awal bulan baru ni, g scan untuk 28 minggu, doktor kat KK tu kata uri masih kat bawah tapi tak pasti type berapa.  So, dia refer ke Klinik Pakar O&G Hospital Melaka, sebab kat sana scan lebih detail dan ada doktor2 pakar. Tarikh temujanji  9/10/14, hari Khamis lepas cuti Raya Haji. 

Pagi2 Khamis tu dah siap nak g appointment kat hospital Melaka tu. Masa tu baru pukul 8 pg tapi dah ramai dah orang kat klinik O&G tu.. nasib baik ada lagi kerusi kosong. Bolehlah duduk sementara tunggu giliran. 

Bila scan kat situ, dokctor kata uri memang kat bawah tapi jangan risau sebab masih ada peluang untuk uri tu ‘bergerak’ naik sikit. Memangla risau sebab sekarang  dah masuk 30 minggu, uri masih kat bawah. Doktor tu kata ni uri bawah Type I, InsyaAllah boleh bersalin normal. Doktor nasihatkan jangan angkat benda2 berat, jangan lasak sangat, kalau ada bleeding, cepat2 g hospital. Setakat ni, tak pernah bleeding.. Doktor pon suruh doa banyak2. Lepas 3 minggu nanti doktor akan scan balik.. Harap2 uri boleh ‘naik’ lagi. Lega sikit bila doktor cakap camtu.

Macam biasa, internet jadi sumber rujukan. Bila baca pengalaman ibu2 kat internet, macam-macam cerita ada. Rupa-rupanya,Uri Bawah ni ada 4 jenis. Type I sampai Type IV. Uri bawah juga dipanggil Placenta Previa..Boleh baca selanjutnya kat sini (http://www.babycenter.com.my/a1037916/plasenta-previa) dan sini  (http://drzubaidi.com/blog/uri-bawah-low-lying-placenta-atau-placenta-previa/.). Kalau Type III & IV, biasanya kena masuk wad lebih awal untuk bedrest & pemantauan, dan kena bersalin secara pembedahan..

Jenis2 Uri Bawah/ Placenta Previa

>>temujanji di O&G selepas 3 minggu.. boleh baca sini

Muzium Pengangkutan Pulak..

Muzium Pengangkutan Melaka...Muzium ni 'open muzium' atau muzium terbuka.. maksudnya barang2 yang dipamerkan tak diletakkan dalam bangunan yg tertutup.. yela, nak letak kapal terbang ngan keretapi tu.. besaula pulak kalau nak letak dalam bangunan. So, memang sesuaila konsep terbuka ni kan.. Salah satu tempat kegemaran Aliff untuk bersiar2 kat Melaka ni. Lokasinya dekat je ngan Taman Bunga Merdeka dan Dataran Pahlawan..







Selain kapal terbang tentera, kenderaan bomba Jab. Penerbangan Awam ngan keretapi, ada jugak meriam ni.. Tengokla Aliff tu.. gaya nak tembak.. berlakon je lebih Aliff ni.. huhu.

 
Apsal tak meletop ni.. patutla, pelurunya takdo..
Lupa plak nak citer.. masuk pon free je. takde bayaran...Ok.. ada banyak lagi muzium yg belum dilawati kat Melaka ni.. nnti bosan2, kita g ye Aliff..

Resepi Kek Oren Mudah

Minggu lepas berkesempatan buat kek oren.. teringin pulak nak makan kek oren. kebetulan ada buah oren dalam peti sejuk.. bahan2 pon mudah je.. pakai blender je pon..



Bahan-bahan:
  • 1 setengah biji buah oren (buang kulit dan potong2, buang putih yang kat tengah tu dan bijinya sekali)
  • 1/2 cawan gula (kurangkan sikit kalau tak suka manis)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • hirisan kulit limau (daripada sebiji oren)

Cara-cara:
  1. Kisar buah oren bersama minyak, gula, susu pekat, telur sehingga halus. Guna blender pon boleh kalau takde mixer.
  2. Tuang bahan2 kisar ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. campurkan sekali hirisan kulit limau.
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah digris dengan minyak/ margerin. (Aku guna pemanggang ajaib je. senang dan cepat masak).
  5. Bakar sehingga masak. kalau pakai oven, dalam 40 minit hingga 1 jam. Kalau pakai pemanggang ajaib, 20-30 minit dah masak, tapi kena balikkan kuali pemanggang ajaib tu nak bagi masak rata.
Inilah hasilnya..sedikit terhangus di situ.. tp yang hangus tu yg sedap.. hehe.


Bajet 2015..

Semalam dah dibentangkan Bajet 2015.. Just nak share infografik dari MyMetro..

sumber: myMetro

Sebagai kakitangan awam, bersyukur jugakla sebab dapat bonus tahun depan.. rejeki adik Aliff ni.. :)

Friday, 10 October 2014

Bila Aliff Dapat Pen!

Bila Aliff dapat pen.. Ibu menulis, dia pon sibuk nak menulis..


Kecik benor lukisannya.. Aliff kata dia tulis huruf 'A'.. tapi nampak macam siput ngan ikan je.. hehe


Takpela.. ikut Aliff la nak lukis ape.. imaginasi si kecik..

Buah Kedondong Ke Buah Ambra?..

Lepas beraya kat Bota, kitorang balik kg Banting sekejap sebelum balik Melaka.. Pagi rabu masa tengah bersiap2 nak balik Melaka, ada tetamu datang rumah mak. Cikgu Bedah.. cikguku masa tadika dulu..  Walaupon cikgu bedah duk jauh kat Bera, dia rajin datang rumah mak. Mungkin sebab hubungan rapat ngan famili kitorang masa cikgu mengajar kat tadika dulu, tu yg sampai sekarang bila dah pencen pon, dia masih ingat lagi kat mak sekeluarga..

Cerita pasal cikgu plak ye.. sebenarnya nak cerita pasal kedondong.. hehe, cikgu bedah la yg bawak buah kedondong ni.. terima kasih ye cikgu.. dia kata tanam sendiri kat rumah. banyak dia bagi, katanya, nnti mak boleh buat jeruk.. sedap tu.. Alang2 ada banyak tu, akupon bawak la setangkai dua balik ke Melaka ni.. Makan gitu je pon sedap.. kalau ada sambal kicap lagi sedap..tak sempat jadi jeruk.


Baru dengan nama buah ambra ni.. tu pon sebab bergaduh manja ngan en suami.. kita panggil buah kedondong, dia plak panggil buah ambra.. yang mana satu betul?.. ke dua2 ni memang buah yg sama?.. kadang2 ikut tempat, nama tu lain, tapi buahnya sama..tak kisahla ye.. makan je.

Jus kedondong asam boi pon sedap.. lagi2 kalau sejuk.. hmm, terliur la pulak..

Aliff Masak Lemang..

Salam Jumaat.. Dah beberapa hari tak buka blog ni.. lama bercuti kat kampung.. takde masa nak tulis kat blog.. haha.. iyela tu.. raya haji haritu, kitorang balik Bota.. macam biasa, lemang menjadi kemestian.. Aliff ngan ayah sibukla membako lemang tu.. sedap, makan ngan rendang ayam masakan mak mentua..

sampai terteleng2 Aliff tengok ayah masak lemang tu..

nyam2.. yang ni dah sedia untuk dimakan..

Aliff berdua ngan ayahnya makan lemang habis sebatang.. '"Dapp", kata Aliff.. memang sedap pon.. kalau makan yang orang jual tepi2 jalan tu, kadang2 tak puas hati.. ada yg terlebih masak, keras, macam2 lg la.. baik buat sendiri.. tapi nak cari buluh pulak yang leceh.. hehe. OK, tunggu raya lagi kalau nak masak lemang camni..

Wednesday, 1 October 2014

Harga Terkini Petrol RON95 & Diesel

Dah heboh kat media sosial, cerita pasal harga minyak naik. betuk ke ni?.. Hmmm.. betulla tu kot. Dikhabarkan, antara sebabnya adalah untuk memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh dan untuk tampung BRIM...

KPDNKK pon dah buat pengumumam rasmi kenaikan harga bahan api petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter mulai 12.01 pagi 2 Oktober 2014. Harga terkini :

  • RON95: RM2.30 per Liter (kenaikan RM 0.20)
  • Diesel : RM2.20 per Liter (kenaikan RM 0.20)

Bagi golongan marhaen macam kami ni, lepas ni kena jimat2.. kurangkan berjalan2 menggunakan kereta ye.. mesti mlm ni ramai orang beratur kat stesen minyak, penuhkan tangki.. huhu.