"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 9 November 2014

Sedapnya Petai!..

Menu tengah hari ni.. simple je.. nasi putih, ikan kembong goreng, sambal tumis ikan bilis petai, ngan ulam kacang botol.. takde bende nak buat, so, kul 11.30 pagi dah siap masak.. Minggu lepas ada akak ofis bawak petai. petai tu dari pokok kat rumah dia.. terima kasih ye kak, nnti kalau ada lagi, bawakla ofis lg ye.. hehe.

Sebenarnya nak cerita pasal petai.. memang favourite la petai ni.. masuk dalam sambal ikan bilis atau sambal udang, kalau makan fresh camtu je pon sedap, buat ulam ngan sambal belacan.. cuma bau dia kuat.. kalau dah makan confirmla nafas ngan kencing berbau.. Banyak khasiat petai ni.  saintis2 pon dah banyak buat kajian.. bukan dalam negara je, malah saintis luar negara pon sama..


Ni haa antara khasiatnya:
  • Kemurungan Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.
  • PMS Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual (PMS).   
  • Anemia : Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah. 
  • Tekanan Darah Tinggi : Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah menyenaraikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.
  • Sembelit: Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar.
  • Keletihan: Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.
  • Pedih ulu hati :Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.
  • Saraf :Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.
  • Berat badan yang berlebihan: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.  Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.
  • Ulser: Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.
  • Kawalan suhu: Petai dianggap "penyejuk"  dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.
  • Merokok: Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh. Kalium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan.  Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.
  • Tekanan perasaan (stres): Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
  • Mengatai masalah cacing dalam badan: Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.
  • Merawat demam kuning: Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.
  • Strok: Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

Iklim kat negara kita yang sesuai untuk tanam petai ni perlu kita manfaatkan.. So, janganla segan2 ye nak makan petai sebab memang banyak khasiatnya. Tapi kalau terlebih makan pon tak elok jugak..sebab kadar asid amino yang tinggi boleh mengakibatkan komplikasi pada ginjal.

2 comments:

  1. yes..betul tu.. janna pon baru2 ni je suka mkn petai.. sejak try mkn kt kg kedah rasa nya... kena paksa mkn sbnrnya mula tu.. pastu mkn2 sedap plak.. wat sambal udang klu x buh petai mmg kurang sedap dh skrang... huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan.. petai ni membangkitkan selera.. bau je yg kureng.. haha

      Delete