"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday, 21 October 2015

Karnival Kraf SMK Meru 2015

As salam. Ni dua bulan lepas punya cerita.. Klau ikutkan dah basi dah pun.. Huhu.. baru nk share kat sini. Cerita pasal program karnival kraf di SMK Meru, Klang pada 5 Ogos yang lepas.. Sebelum gambar & kenangan tu lesap, bolehlah dicoretkn Kat sini..

Kalau tahun lepas ada robot Wall-e sebagai tarikan kat booth kitorg (booth la sgt.. Meja je kot.. Ok la tu kan..hehe), tahun ni pulak, suami buat model kereta klasik.. Semua berinspirasikan 'recycle art' ataupun bahasa mudahnya, seni daripada barang2 terpakai/ kitar semula..

Gambar sekitar karnival di SMK Meru. Nama booth kami 'Jom Jadi Kreatif (JJK)'.. Yg kat bawah ni, gambar di booth JJK.







Booth JJK paling 'ganaz' sebab kraftangan yg dipamerkan kebanyakannya berkaitan ngan cerita2 star wars, batman, dll.. Cuma ada la selit2 hiasan bentuk cendawan yg dihasilkn oleh sepasang tangan yg tak berapa nk kreatip ni.. Tapi alhamdulillah, cendawan kecik tu habis terjual jugak.. Hihi.






Karnival tahun ni disertai lebih kurang 40 booth/ pempamer.. Tak sebanyak tahun lepas.. Mungkin juga sebab program ni pada hari bekerja (rabu), ramai yang tak dapat join.

Kebanyakan booth berkaitan dengan Produk kraf.. Nama pun karnival kraf, of course la semua pasal kraf. Sempat gak g jalan2 round booth2 lain.. antara yg sempat disnap gambonye yg kat bawah ni.. Maaf, ada yg gambar candid je..












Selain pameran & jualan kraf, ada juga cabutan bertuah & pertandingan2 yang diadakan.. Antaranya pertandingan menghias kotak tisu.. Ramai yg join tu Cikgu cikgi..


Walau apapun, kami tetap bersyukur dan berpuas hati dengan pengajuran karnival ni. Saje nak kongsi idea dengan pelajar terutamanya supaya dapat memanfaatkan barang2 terpakai daripada dibuang begitu saja. Terima kasih guru2 dan pelajar SMK Meru yang menjayakan karnival ni.. Kalau tahun depan ada lagi, jemputla kami lg.. :)

Tuesday, 20 October 2015

Bolehkah Hamil Walaupun Tidak Datang Haid

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Lamanya tak bukak n update blog ni.. Huhu.

Sambil2 surf internet ni, terfikir pulak nak search pasal kehamilan walaupun tak datang haid.. Bolehkah seseorang wanita tu Hamil walaupun tidak datang haid?.. Sebabnya sejak bersalin Ammar Disember 2014 sampai Sekarang (10 bulan), masih belum datang haid.. Mungkin sebab Ammar masih menyusu badan walaupun tak fully breastfeed.

Masa anak pertama dulu, si Aliff, lepas ceraikan susu badan, baru datang haid balik.. (Selepas Aliff setahun setengah).. Memang masa tu plan nak anak kedua. Alhamdulillah, rezeki kami, tak lama lepas datang haid tu, disahkan hamil lg.. :)

Bila baca artikel Dr Zubaidi ni, 'Bolehkah Saya Hamil Walaupun Tidak Datang Haid',  tiba2 terfikir pulak, kebarangkalian hamil walaupun tak datang2 haid sejak bersalin tahun lepas. Kalau ikut artikel tu, sekiranya tidak datang haid disebabkan menyusu badan, kebarangkalian untuk hamil adalah sangat tinggi!..

Adakah aku hamil lagi?.. Kalau ikutkan, takde pulak simptom2 hamil tu.. Kalau nak confirmkan boleh je guna kit untuk check yang ada dijual kat farmasi.. Setakat ni, belum check lagi..

Monday, 7 September 2015

Sarapan Di Pantai Puteri Lagi..

Hujung minggu adalah hari untuk famili.. Memandangkan pantai puteri ni tak berapa jauh dari rumah, bolehla pagi2 ambik angin laut sambil bersarapan.. Aliff dah siap2 bawak traktor ngan lori dia, nak main korek2 pasir katanya..




Cuma yang aku agak terkejut sikit bila tengok pantai tu dah berubah sejak kali terakhir kitorg datang sini.. Lebih kurang beberapa bulan lepas je, takdela lama mana pun, tapi pasir pantai tu agak kehitaman.. Mungkinkah ada pencemaran, sisa minyak dari kapal2, atau ada sebab lain.. Aku pun tak pasti.. Nak main pasir pun rasa macam tak selesa.. Satu lagi yang aku perasan, pantainya yang dulu landai ke gigi air, rasa macam makin dekat dan dalam.. Andaian aku macam pasir pantai ni dah mengalami hakisan.



Tengah jalan2 tepi pantai tu, terjumpa kulit siput yg comel ni.. Siputnye dah takde.. Jadi tempat tumpangan si umang-umang.. Ada sape tak kenal umang2 ke?.. Tak ambik gambar la pulak.. Takpe boleh je gugel..


Sarapan menu roti ngan tuna je.. Plannya nak belikan Aliff nasi lemak, tapi gerai yg jual nasi lemak dekat2 situ dah abis pulak nasi lemaknya.. So Aliff mkn roti kosong je. Sian dia.. Tapi sebelum tu dia dah dapat makan aiskrim. Ada pakcik jual aiskrim ni saje je parking moto belakang tempat kitorg duduk2, apa lagi.. Memang rezeki Aliff sarapan aiskrim.. Dan rezeki jugak but pakcik tu.. :)



Adik Ammar pulak takut sangat bila kaki pijak kat pasir.. Geli2 kot. Bila acah2 kat air laut, lagi dia jerit.. Nak lari.. haha


Sebelum balik, kita selfie dulu.. :)



Ok.. Nanti bila2 kita datang lagi.. 

Sunday, 23 August 2015

Balik Kampung Yang Tak Dirancang

Ni sebenarnya cerita hari Ahad weekend yg lepas.. Suami ada urusan kat Nilai.. So, alang2 dah sampai Nilai tu, lajakkan sikitla ke kampungku di Banting.. Seronok dapat jumpa Mak ngan Abah walaupun sekejap. Kalau boleh memang nak luangkan masa tapi esoknya dah hari Isnin. hari kerja. Malam tu jugak kitorg balik melaka..




Sempat juga petik buah belimbing ni ngan limau kasturi untuk bawak balik melaka.. Selain tu ada juga bawa daun limau purut ngan daun kunyit.. (Berangan nk rajin masak le tu.. Huhu)




Mak pulak bawakkan buah nangka madu, pisang emas & rambutan.. Alhamdulillah, tu semua rezeki hasil Mak ngan Abah berbudi pada tanah.. Biasa banyak sedekahkan pada saudara mara ngan jiran2 kat kg tu.. :)

Sunday, 2 August 2015

Baju Gigit!

Alkisahnya pg ahad yg redup ni, kitorg jalan2 tengok 'car boot sale' kat bukit katil. Tak ramai pulak yang meniaga hari ni.. Mungkin masih sibuk beraya. Ada beberapa peniaga yang jual baju kanak2, saja je aku tengok2 manatau ada yang berkenan untuk Aliff n Ammar.


Suami nampak baju t shirt yang ada logo batman.. Cantik jugak.. Maka terbelilah baju tu dengan satu lg baju singlet batman.. Lepas round car boot sale tu, kitorang pun balik.. On d way dalam kereta, aku Tanya Aliff, suka tak baju batman tu?.. Pastu dia jawab "mana ada baju batman, ni baju gigit, mulut gigit..".


Aik baju gigit apa pulak? Rupanya dia tengok logo batman tu macam gambar mulut tengah menggigit.. Adoyai anak ibu ni.. Si Aliff ni memang tak kenal batman batman ni, yang dia tau upin ipin, 'cars' ngan 'car poli'.. Huhu

Saturday, 1 August 2015

Beraya Di Kebun

Assalamualaikum..
Masih lagi mood raya.. Satu famili tak berapa sihat sejak balik dari kg minggu lepas.. Demam raya kot, letih berjalan. Seperti kebiasaan, sejak dah berkeluarga ni, aku memang ambik cuti untuk raya panjang sikit.. Ada 2 kampung nak balik kan.. Hehe. So, tahun ni turn balik kg belah suami dulu kat Perak, raya ke4 baru balik kampung di Banting..

Dapat luangkan masa lebih sikit ngan dua2 belah famili.. Masa balik Banting tu, sempat jugak beraya kat kebun.. Bawak hero2 kecik ni.. Kebun ni Abah ada tanam pokok kacang panjang, nangka, kelapa dll. Banyak jugak hasil tuaian kacang panjang hari tu.. Mak bagi sikit2 pada jiran n sedara mara kat kg tu. Rezeki dikongsi bersama kan.. Dapat jugak minum air kelapa muda, fresh petik daripada pokok.. Nyum nyum menyegarkan!

On d way balik nak ke kebun..

Tengokla gelagat hero2 ni masa kat kebun. Nasib baik ada pondok, bolehla berteduh dari panas matahari..

Abang n Adik main..

Menggayakan spek itam..

Aliff tunjuk ape ntah tu.. Ibu sibuk ngan hp

Aliff makan kacang panjang fresh katanya.. Huhu

Aku memang suka ke kebun. Seronok tengok pokok2 hasil tanaman sendiri.. Cuma kalau bawak budak kecik ni, kesian kat diorg sbb nyamuk banyak.. Lain kali kena bawak ubat nyamuk atau buat unggun api untuk halau nyamuk.. :)



Sunday, 5 July 2015

Marine Essence Beauty Bar

Info Marine Essence Beauty Bar

 

Bahan utama

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah


Cara Penggunaan
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.
Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.


Untuk tempahan boleh PM/WA 012-3566421

BB PLUS

Info BB Plus

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.


Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. Selain kolagen ikan bermutu tinggi, BB Plus turut mengandungi ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal dan inulin.

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.


Untuk tempahan boleh PM/WA 012-3566421

MINERAL COFFEE

Info 'Mineral Coffee'


Aroma istimewa Hai-O MINERAL COFFEE berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Apa dia GARAM BULUH?.. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam tersebut dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Hai-O Garam Buluh membekalkan lebih banyak bahan mineral (misalnya magnesium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya) dan 200 lebih jenis elemen surih jika berbanding dengan garam biasa. Dengan menggunakan garam buluh yang semulajadi untuk memasak, nilai nutrisi lauk dapat ditingkatkan, lauk juga menjadi lebih enak dan sihat.

Antara kebaikannya Kopi Mineral:

Dah ramai yang mengakui kebaikan kopi ni.. Harganya pun amat berpatutan.. Ada yang kata sangat murah berbanding dengan khasiatnya yang banyak.. Kalau dah cuba sekali, pasti nak lagi..

Untuk tempahan boleh PM/WA 012-3566421

Friday, 3 July 2015

Resepi Kulit Karipap

Ini dia resepi kulit karipap.


Bahan2:
1 kg tepung gandum
2 senduk minyak masak
1 senduk majerin
air garam secukupnya

caranya:
1. Panaskan minyak dan magerine hingga mendidih, sejukkan hingga boleh celup jari dalam minyak tu.

2. Tuang ke tepung dan gaul rata.

3. Tuang air garam sedikit-sedikit ke dalam tepung dan uli hingga jadi seketul doh yang lembut...

4. biarkan doh tersebut rehat 30 minit (tutup dengan kitchen towel), pastu boleh le dicanai, terap, isi intinye.

Nota: klau tepung sekilo ni dapat banyak ketul karipap.. Boleh simpan dalam peti sejuk.. Bila rasa nak makan, boleh goreng panas2..

Untuk resepi inti karipap ni, boleh google2..

Saturday, 27 June 2015

Resepi Puding Roti Mudah

Assalam.. Lama dah tak bersiaran.. Huhu.. Agak sibuk di bulan Ramadan ni.. Hari cuti camni sempatlah juga masak juadah berbuka. Kalau hari kerja, memang selalu beli kat bazar Ramadan je..

Ada roti gardenia tak habis makan, buatkan jadi puding roti.. Sedap.

Dah masak.. Sedia untuk dimakan

Bahan2:
-8 keping roti (dicarik kecil)
-*500ml susu segar/ susu cair
-*4 sudu besar gula
-*2 sudu besar mentega (dicairkan)
-*2 biji telur
-*1 sudu tepung jagung
-*sedikit esen vanilla
-sedikit kismis hitam

Cara2:
1. Sapukan mentega pada loyang. Susun roti yang dah dicarik dalam Loyang. Selang selikan dengan kismis.
2. Campurkan semua bahan bertanda* Dan tuang dalam loyang yang berisi roti..
3. Biarkan 20-30 minit supaya bahan2 meresap pada roti.
4. Bakar pada suhu 180 C selama 30-40 minit/ sehingga masak. Kalau guna pemanggang ajaib, lebih cepat dan perlu terbalikkan supaya masak dengan rata.
5. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sebelum dimasak

Yang ni dah masak.. Terlebih masak sudah.. :)