"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Thursday, 29 January 2015

ABC Comel Untuk Aliff


Comel comel huruf huruf ni.. Masa jalan2 Kat kedai DIY Kat Billion Sri Iskandar haritu, ternampak mainan ni.. Huruf diperbuat daripada kayu Dan belakangnya Ada magnet.. Cantik dan comel sebab warna ngan coraknya yang warna warni. Selalu jalan Jalan Kat DIY Kat melaka tapi tak pernah nampak pulak mainan ni. Dah abis stok agaknya.


Beli kat DIY. Murah je

Aliff pon suka main lekat2 huruf ni Kat tin biskut 'bas oreo'. White board untuk lekat lekat magnet takde, tin pon jadila.. Sambil main boleh belajar kenal huruf.. Walaupon baru 2 tahun, aliff dah banyak kenal huruf.. Cuma huruf kecik je dia belum berapa lancar..


Tuesday, 27 January 2015

Aliff Main Bola..

Asyik cerita pasal si Adik je.. Jeles Aliff ye.. Petang tadi aliff main bola Kat laman rumah nenek Perak.. Kg belah suami.. Nangis2 taknak masuk rumah sebab nak main bola kat luar.. Masalahnya, hari da lewat petang.. Nyamuk pon banyak, tu sebab ibu dia ni bising suruh masuk dalam rumah.






Aliff ni ada bakat nak jadi pemain bola sepak.. Haha.. Jaguh kampung teluk bakong.. Apalah aku ni.. Tak mendorong langsung.. Eloklah kalau rajin bersukan.. Sukan menyihatkan badan.. Aku ni je yang dah berkurun tak bersukan.. Nanti bila baby Ammar dah besar sikit, nak rajin2 g joging.

Comel Je Beg Tido Ni..

Beg tido ni atau omputih panggil 'sleeping beg' ni memang comel sangat.. comel sebab yang ni khas untuk baby.. Kecik je pon..




Yg ni nenek Ammar belikan untuk dia. Terima kasih nek.. Memang nyenyak Ammar tido bila diletakkan beg tu.. Kat belah tepi Ada zip boleh bukak tutup.. Sesuailah untuk si Ammar yang tak suka dibedung.. Huhu

Saturday, 24 January 2015

Geram Tengok Pipi Dia..

Pipi siapa?.. Pipi si kecik ni la. Ammar.. Hasil ketekunannya minum susu Segar ibu.. Dah kenyang, tido je la kejenya.. Senang ibu dia ni nk but keje.. Termasuk update blog.. Hihi.



Dah 45 hari.. Cepatnya masa berlalu.. Cuti pon tinggal separuh je lg.. Huhu

Friday, 23 January 2015

3 Pusar..

Masa Aliff lahir dulu, memang terkejut tengok kepala dia ada 2 pusar.. tapi bila baca kat internet, memang ada ramai yang ada 2 pusar ni.. orang kata kalau pusar lebih dari 1, orangnya degil/ keras kepala.. itu orang yang kata ye, bukan aku.. huhu..

Kepala Aliff.. Ada 2 pusar

Ada yang kata pusar lebih dari 1 ni, akalnya banyak, bijak la tu.. Ada jugak yang kata pandai bela binatang.. tu semua mungkin andaian je, orang dulu2.. wallahu a'lam.. Allah lebih tahu. Kita sebagai ibu ni doa yang baik2 je untuk anak2 kan.. of course la..

Bila Ammar lahir pulak, mula2 tu tak perasan dan takdela terpikir nak tengok kepala dia.. tapi bila tengok betul2, macam ada 3 pusar.. mak ai.. lagi banyak dari abang dia.. Tapi Ammar ni kecik lagi, baru sebulan lebih, kot2, nanti dia besar sikit, baru nampak jelas pusar dia tu ada berapa..

Ibu ngan Ayah masing2 ada 1 pusar je.. huhu. tak kisahla 1 pusar ke, 2 pusar ke, 3 pusar ke, yang penting sihat walafiat.. jadi anak yang baik, anak yang soleh, yang menyenangkan ibu & ayah.. :)

Thursday, 22 January 2015

Encik Kura2 Nak Ke Mana Tu?

Satu hari tu, dalam perjalanan dari klinik lepas checkup baby Ammar nak balik rumah mak, kitorang terserempak dengan seekor kura-kura.. ini pon nak cerita ke?.. haha.. takpela.. tajuk blog pon 'Apa Saja'.. ceritalah apa saja.. kura2 tu kat tepi jalan.. takut plak kalau2 kereta terlanggar nanti. So, en cik suami berhentikan kereta jap, pastu angkat kura2 tu, alihkan jauh sikit dari jalan.. letak dekat dengan parit..

 
Kura2 adalah antara haiwan yang jangka hayatnya panjang.. ada kura2 yang hidup lebih 100 tahun.. yang kitorang jumpa ni besar jugak saiz dia.. panjangnya lebih kurang 1 kaki.. taktau la umur dia berapa.. kitorang pon taktau kura2 tu nak g mana.. dia pon tak cakap..nak lintas jalan ke?.. nak cari sungai ke?.. sesat ke?.. takpela, yg penting, buat masa ni, dah selamat daripada menjadi korban jalan raya.. huhu.

kura2 babai ucap selamat tinggal la tu..

Patutnya nak ambik gambar Aliff ngan kura2 ni, tapi dia tengah sibuk makan coklat kat dalam kereta.. So, gambar kura2 sorang je la.. Selamat tinggal kura2.. Teringat cerita Si Arnab Dengan Kura-Kura.. :)

Wednesday, 21 January 2015

Cari Kambing?..

Orang kata kalau ada 2 pusar kat kepala, pandai bela kambing.. hehe.. betul ke?.. Aliff memang ada pusar.. ada orang kata plak kalau 2 pusar ni degil sikit.. ntahla.. harap2 Aliff jadi anak yang baik, dengar kata ibu ayah..

Cerita pasal kambing ni, minggu lepas Aliff pegi cari kambing ngan ayahnya.. untuk buat akikah adik Ammar.. tu gambar kat kandang.. seronok dia jumpa kawan.. anak si tuan kambing.. (maaf ye tuan punya kandang ni sebab post gambar ni tak mintak permision dulu.. huhu).

jumpa kawan baru..

Aliff pon sibuk nak bagi makan kambing..
 
embekk..

Kandang ni kat Kanchong Darat, Banting. Kalau sape2 nak cari kambing untuk akikah boleh g sini, kambing golek pon ado.. nyam nyam sedapnya.. ni laman web dia : http://nasmenz.blogspot.com/  .. no contact ada kat bawah ni. meh saya tolong promote..


Terima kasih kepada Nasmenz Agrofarm.. dapat gak cari kambing untuk akikah ni.. siap potong lagi.. sedia untuk dimasak.. harga pon berpatutan..

Friday, 2 January 2015

Apa Saja 2014..

Tahun 2015 dah pon menjelma, meninggalkan tahun 2014 dengan seribu kenangan.. huhu. seribu ke?.. banyaknya.. Tahun 2014 ni tahun aku mula berblogging.. saja mengisi masa lapang kat Melaka sebab dah taktau nak buat aktiviti apa.. kebanyakan tempat2 menarik kat Melaka ni dah dilawati sepanjang tempoh 3 tahun bermastautin kat Melaka.

Sebenarnya bagus jugak ada blog ni sebab apa yg berlaku sepanjang tahun ni ada yang aku tuliskan dlm blog ni.. kalau tak, kemungkinan besar dah hilang dari kotak memori aku yang semakin tua ni.. huhu. Tahun 2014 diisi dengan aktivitiku sefamili berjalan2.. mana lagi?.. Melaka mmg dah tentulah.. Sempat jugak g jalan2 kat Cameron Highland.. Join En Suami bukak booth di Karnival Kraf di Meru, Klang.. g  Big Bad Wolf Books kat MITC, tengok perbarisan Hari Kemerdekaan kat Dataran Merdeka n banyak lg..

Bulan julai 2014 jugak, aku sekeluarga berpindah rumah sewa kat melaka.. tak jauh dari rumah yg asal.. nak rasa persekitaran baru.. tukar angin.. hehe.. dahlah bulan puasa masa tu.. baby plak dah ada dlm perut.. dan penutup tahun 2014 adalah lahirnya baby Ammar yang comel.. Syukur Alhamdulillah. Kami dah berempat sekarang..

Semoga tahun 2015 lebih baik dari sebelumnya.. Aku pon nak jadi lebih baik.. jadi hamba Allah, anak, menantu, istri, ibu, pekerja, jiran, kawan dll yg lebih baik.. huhu.. Semoga tahun ni aku dapat ditukarkan semula ke KL.. dan supaya urusanku sekeluarga dipermudahkanNya.. Aminn.


Lelaki Rupanya!.. Alhamdulillah

Salam Jumaat.

Memang dah agak lama tak update blog ni.. Sibuk melayan baby ngan Abang Aliff.. Akhirnya terjawab sudah jantina baby dalam perut ni.. hehe. Sebab sepanjang kehamilan, tak pernah scan baby untuk tgk jantina.. memang nak surprise.. (baca sini untuk entry pasal ramalan jantina baby).. Alhamdulillah. 11.12.2014, lebih kurang jam 4.20 petang, lahirlah anak keduaku.. Seorang bayi lelaki yang comel.. mirip muka abangnya, si Aliff, cuma kulitnya sedikit cerah dan matanya sepet sikit.

Baby Ammar.. Hari ke-24

Pengalaman bersalin nnti aku kongsikan dalam blog ni. Malas pulak nak mengarang sekarang..Hari Rabu 10.12.2014 tu masih lg kat Melaka. Pagi tu ada checkup kat KD Semabok, petangnya lepas asar, gerak balik Banting. ingatkan sempatla weekend tu nak balik rumah kat Ampang nak tengok barang2 ngan baju baby yg Aliff punya dulu, tapi rupanya baby dah tak sabar nak keluar hari Khamis tu.. So, kat Hospital Banting la jawabnya.. Awal 4 hari dari due date 15.12.2014.. Berat sikit je dari abang dia.. 2.86 kg. Nama diberi, Muhammab Ammar Rasydan.. :)