"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday 23 August 2014

Baby Girl ke Baby Boy?..

Dah scan ke belum?.. agak2 baby girl ke baby boy?... ni la soalan2 yang orang dah mula tanyakan.. Sebenarnya skarang ni baru 23 minggu.. lebih kurang 5 bulan kandungan.. kalau nak scan tengok jantina boleh je.. tapi kalau boleh, kali ni nak surprise.. masa baby keluar tu nanti baru tengok..

Tak kisah kalau keluar nanti lelaki or perempuan.. yang penting sihat.. dan dipermudahkan proses kelahiran nanti.. Masa mengandungkan Aliff dulu, 5 bulan dah scan, doktor nampak jelas baby boy masa tu... barang2 baby pon kitorang beli yg boy punya...

ni gambar Aliff masa baru lahir..

Ada juga orang kata boleh ramalkan jantina anak ni.. berdasarkan tanda2 semasa mengandung, kadar denyutan jantung bayi, dan gunakan scan... rasanya kaedah scan yang paling tepat walaupon tak seratus peratus tepat.. cerita terperinci berkenaan kaedah ramalan2 tu boleh search kat internet...

Tapi ada satu lagi kaedah yang baru terbaca kat internet ni iaitu menggunakan Jadual Jantina macam kat bawah ni..


Kaedah2 tu ramalan je.. semuanya atas kuasa Allah..

No comments:

Post a Comment