Assalam..
Rajin pulak aku menulis di tengah2 minggu ni.. Biasanya hujung minggu je baru aku rajin tulis blog n ada idea nak menulis (menaip la..).. Alkisahnya, pagi tadi kat ofis, kena tegur dengan bos.. aku pun tak pasti samada dia marah kat aku ke.. gaya macam marah sebab dia cakap secara serius dan takde senyum sikit pun.
Ada satu laporan ni dah lama dia minta tapi aku tak sempat nak siapkan sebab ada tugasan lain yang aku rasa lebih penting daripada laporan yang bos mintak tu.. Bagi aku kalau banyak sangat kerja, kita kenalah beri keutamaan pada yang lebih penting.. sebab tu aku tak siapkan lagi laporan yang dia nak tu, aku dah explain tapi dia asyik ulang perkataan ni.. "Its all about attitude" (Sikap).. bila dia dah cakap camtu, aku diam je la.. Aku iyekan je apa yang dia cakap.. Bila aku cakap aku cuba siapkan laporan tu segera.. dia cakap tak boleh cuba, mesti kena buat.. Aduhh.. Malas dah aku nak cakap lagi.. Betul ke "Boss is Always Right".. this time, I don't think so.. Sorry boss.. Aku rasa aku lagi betul.. (haha, taknak kalah jugak ni)
Mula la aku rasa tak best duk kat ofis ni.. Cepatlah aku dapat 'pink form'.. boleh rasa environment baru.. Sebenarnya aku akui memang bos sepatutnya tegur kalau dia ada tak puas hati ngan aku, cuma cara dia je yang aku rasa tak berkenan.. ke aku ni yang terperasan lebih.. teremosi lebih..Haha..
Aku rasa aku dah buat yang terbaik.. Tapi masih lagi ada kekurangan.. Teguran bos tu aku ambik sebagai pendorong untuk aku kerja dengan lebih baik lagi.. Terima kasih. Kalau2 bos ada terbaca nukilan aku ni, aku minta maap.. sama2 lah kita muhasabah diri.. Sekadar meluahkan perasaan di sini. :)
Tema kerja minggu ini : "It Is All About Attitude!".. peace.. nasiblah tinggal sehari je kerja esok, sebelum cuti panjang (4 hari je pun cuti.. Ok la tu).. tenangkan pikiran kejap.. jangan stress2.. huhu
Wednesday, 29 April 2015
Sunday, 26 April 2015
Orkid Pertamaku!.
Selama aku hidup dan bercucuk tanam ni, inilah kali pertama aku nak cuba tanam pokok orkid.. Pokok2 bunga lain dah biasa tanam. Lebih kurang sebulan lepas, aku ada terbeli anak pokok orkid ni.. Pokok n bunganya kecik2 comel je.. Beli Kat pasar tani Kat Wisma Negeri, MITC..
Masa beli tu, aku ada beli baja orkid ni sekali.. Tapi aku tertinggal kat gerai yang jual bunga tu.. Dah sampai rumah, baru perasan baja tu takde.. Bukan rezeki aku agaknya. Takpelah, nanti cari lain.
Mak ngan abah kat kampung memang peminat orkid.. Aku ni tak berapa minat asalnya sebab orkid ni agak manja berbanding pokok2 lain.. Tapi bila aku terpandang pokok orkid ni masa kat pasar haritu, aku jatuh hati la pulak.. Haha. Macam bercinta pulak bunyinya.. Aku akan cuba jaga pokok ni elok2..
Masa beli haritu, bunganya ada banyak.. Tapi lepas dah sebulan ni, bunganya dah banyak layu. Sekarang tinggal 3 kuntum je bunganya.. Harap2 dia tak jemu nak berbunga lagi.. :)

Lawatan Ke Muzium Kapal Selam Kali Ke....
Muzium Kapal Selam kat Klebang, Melaka.. Minggu lepas jalan2 bawak Aliff ngan Ammar g sini.. tak ingat dah kali berapa ke sini..sebelum ni memang pernah datang sini, masa tu Aliff kecik lagi. Kali ni tak plan pun, balik dari Pantai Puteri, kitorang singgah tengok kapal selam..
Kapal Selam SMD QUESSANT ni dah tak digunakan lagi.. disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2012. Dah 3 tahun diletakkan kat Klebang ni.. antara salah satu tarikan pelancongan kat Klebang.
Sempat lagi berselfie kat bawah kapal selam tu.. Panas terik, sejuk sikit duk kat bawah kapal.. Nampak bahagian ekor kapal pun jadilah.. haha
Tiket murah.. RM3 je.. Aliff ngan Ammar free.. kat dalam kapal selam ni kena bukak kasut.. pegang je la kasut tu sepanjang kat dalam kapal.. :)

'Blogger' Hujung Minggu Je..
'Blogger' hujung minggu?.. akulah orangnya.. buat masa ni.. masih lagi menulis dalam blog ni tapi di kala aku tak kerja la,.. hari cuti.. sebabnya, kalau hari kerja, balik rumah dah sibuk melayan anak2, otak pun dah penat.. tak sempatlah nak berblogging, takde idea nak menulis.. Kalau hari cuti, ada sedikit kelapangan & idea.. barulah boleh menaip2 ni.. itupun kalau tak keluar berjalan2 ngan famili..
Sejak aku berkecimpung dalam dunia blog blog ni, baru aku tahu, ada beberapa jenis blogger.. Ada yang sepenuh masa sebagai blogger, dan ramai juga yang 'part time' blogger.. aku ni pun kategori part time gak la..hehe.. Ada yang bersungguh2 dengan blognya, hasilnya tak kurang lumayan, dapat tambah pendapatan dengan hasil bayaran iklan/ review produk n perkhimatan.. Tahniah kepada mereka..
Aku, belumlah sampai ke tahap tu.. Blog yang aku tulis ni, lebih kepada untuk kenang-kenangan, sebagai pengajaran, sebagai panduan untuk aku sendiri.. dan kalau ada sesiapa yang baca dan kalau ada yang bermanfaat untuk orang lain, silakan kalau nak 'share'..
Sibuk layan budak berdua ni.. :) |

Pekan Sehari Lambor..
Tengah duk belek2 gambar dalam hand phone ni, ada gambar masa g pekan sehari kat Lambor.. Masa tu balik kampung Bota.. jom tengok apa ada kat pekan sehari tu..
Pagi tu, kitorang beli nasi lemak, apam balik, kuih muih untuk sarapan.. Aliff beli bola kecik kat gerai '1 barang, 1 ringgit...'.. Secara keseluruhannya, apa yang dijual di pekan sehari ni tak jauh beza dengan pasar2 kat tempat lain.. Aku je yang poyo, ambik2 gambo.. macam pelancong gitu.. Sesekali balik Bota, cenggitu la jadinya.. huhu
Papan Tanda Lambor Kanan |
Sayur longgok2 |
hasil kampung.. batang keladi dan lain2 |
kuih-muih sedap2 belaka |
Kuih 3 biji, RM1.00.. lempeng pisang pun ada.. sedap |
Ikan sepat kering, comel2 je |
Apam balik pun ada |
Tau Fu Fah.. betul ke ejaan ni?.. huhu |
Pilih2 nak air mana satu.. |
Soya Panas |
Lupa pulak ni apa.. Ayam percik kot.. |
Jeruk maman.. sejenis sayur yang dijerukkan |
tilam bayi |
1 barang, 1 ringgit.... |
Projek Pokok Cili
Macam mana nak tanam pokok cili sendiri?. Ini adalah eksperimen untuk mengisi masa lapang.. hehe.. cili padi ni aku beli kat pasaraya.. memang guna untuk masak la kan.. ambik biji cili tu, masukkan dalam bekas dan gaul2 ngan garam sikit.. biarkan beberapa hari supaya biji2 tu betul2 kering..
Lepas dah betul2 kering, taburkan biji cili tu dalam pasu yang dah diisi dengan tanah.. tanah ni boleh beli kat kedai bunga/ nurseri. Tutup sikit biji cili tu ngan lapisan tanah.. tutup nipis je.. lepas tu siramkan. Lepas beberapa hari, Alhamdulillah biji2 cili tu mula bercambah.. seronok tengok..
Pasu ni aku guna bekas kitar semula je.. Bekas Nata de Coco ni.. buatkan lubang sikit kat bahagian bawah untuk pengudaraan dan aliran air.. kan dah jimat.. tak payah beli pasu.. Kita tunggu dia membesar dan mengeluarkan buah..
Kalau pokok2 ni keluarkan buah nanti, barulah eksperimen ni berjaya.. kita tungguuuuuuuu

Big Bad Wolf Books Sale Melaka 2015..
Assalam.. Ini cerita semalam.. lebih kurang setahun berlalu sejak kitorang g Big Bad Wolf Books Sale 2014 kat MITC, Melaka.. Tahun lepas, Adik Ammar belum lahir lagi.. tahun ni adik Ammar dapat join sekali.. yeaah..
Kitorang sampai awal.. belum pukul 10 dah sampai. dapat parking kereta dekat ngan pintu masuk MITC tu.. masa dewan tu baru buka, masih belum ramai orang datang, dapatla tengok2 buku2 tu, tapi makin lama makin ramai pulak.. berlanggar2 ngan orang ramai kat situ.. So, strategi kita adalah berpecah.. haha. Aliff ikut ayah cari buku, adik Ammar ikut ibu..
Banyak beli buku untuk Aliff ngan Ammar je.. ada gak beli buku2 masakan.. tapi ntah bila nak apply.. haha.. beli dulu.. tak lama pun dalam tu, sebab makin ramai orang.. susah dah nak belek2 buku. Adik pun dah penat duk dalam stroller.. dalam pukul 11 lebih, kitorang pun balik.. Seronok dapat beli buku banyak.. Lebih seronok lagi sebab harganya murah sangat!.. Haha

Sunday, 19 April 2015
Lagu Sha Na Na
Lirik Lagu Sha Na Na -Amy Mastura
Kenapa, mengapa, usah ditanya
Kemana, di mana ohh tiada bezanya
Hatiku ceria bagai sang suria
Hari minggu hari bergembira
Hilangkan rasa rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha na na na na
Esok kerja, jadi hari ini
Kita berjumpa dengan
Si dia yang tercinta
Hilangkan segala
Duka dan nestapa
Mari bergembira
Dengan lagunya
Sha na na na na
Na na na na
Na na na na
Kemana, di mana ohh tiada bezanya
Hatiku ceria bagai sang suria
Hari minggu hari bergembira
Hilangkan rasa rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha na na na na
Esok kerja, jadi hari ini
Kita berjumpa dengan
Si dia yang tercinta
Hilangkan segala
Duka dan nestapa
Mari bergembira
Dengan lagunya
Sha na na na na
Na na na na
Na na na na
Ros Jepun Kuning
Assalam.. Pagi ahad ni memang tak ada ke mana-mana. duk rumah je.. Hari ahad adalah hari mengemas rumah.. Bukan hari lain tak kemas rumah tapi hari ahad ni kena lebihkan kerajinan mengemas rumah..haha. Sempatlah siram2 pokok bunga kat luar tu..
Sebelum ni pernah cerita pasal pokok ros jepun yang aku tanam. Beli dari makcik cleaner kat ofis.. lama dah. dah lebih setahun la jugak aku tanam pokok ni.. Alhamulillah masih hidup dan masih mengeluarkan bunga2nya, walaupun pernah hampir mati kelayuan dek kerana ditinggalkan beberapa lama masa balik kampung cuti bersalin haritu..
Kali ni aku ambik gambar bunga yang warna kuning.. sekali tengok macam warna kuning, tengok kali kedua macam warna oren cair.. tak kisahlah, yang penting bunga ni tetap cantik dan comel.. Bila kena cahaya matahari pagi, bunganya akan berkembang mekar.. nanti dah tengah hari sikit, dia kuncup balik. sebab tu ada orang panggil bunga ni bunga pukul sepuluh or in english 'ten-o'clock flower'.. :)..hehe

Saturday, 18 April 2015
Pentingnya Menjaga Emosi Ibu Hamil
Assalam..
Tengah baca artikel2 online ni, terbaca satu artikel kat akhbar Utusan berkenaan pentingnya menjaga emosi ibu yang tengah hamil.. Wajib untuk ibu2 dan bapak2 sekalian untuk tahu perkara ni.. Aku ringkaskan sikit untuk panduan aku juga bila ada rezeki untuk mengandung lagi nanti. Sekarang ni kena rehat dulu.. kata Doktor, kalau nak mengandung lagi, sebaik2nya tunggu Ammar 2 tahun..
Pentingnya Menjaga Emosi Ibu Hamil
1. Masa paling kritikal untuk diri seseorang itu bukanlah setelah dia lahir, tetapi sebelum dia lahir lagi. Semasa di dalam kandungan adalah masa yang sangat kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar. Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu masih dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung.
2. Apabila si ibu yang mengandung melalui renjatan emosi, ia boleh memberi kesan buruk kepada anak yang di dalam kandungan, terutamanya dari segi kestabilan emosi anak itu apabila lahir dan membesar nanti.
3. Pentingnya seorang ibu itu mengawal emosinya dan bantuan orang di sekelilingnya juga penting. Oleh itu para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung.
4. Ibu yang mengandung banyak ragamnya, tetapi tidak perlulah diturut semua kerana yang penting ialah melayan emosi dengan baik.
5. Bagi isteri yang dikasari atau sedang mengalami renjatan emosi, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan:

- Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan dan terlindung daripada renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang dilalui.
- Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia.
- Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda atau sesiapa juga yang menyinggung perasaan atas keburukan tingkah-lakunya.
- Banyak bersolat hajat dan membaca al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang.
- Setiap hari apabila berdoa dan selepas berdoa, ambil masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah tangga anda.Gambarkan yang baik-baik.
Berkelah Di Pantai Puteri..
Dah lama rupanya tak g berkelah kat tepi pantai... Pagi tadi kitorang g Pantai Puteri.. dekat Tg Kling, Melaka.. tak jauh dari Pantai Klebang.. pukul 7.30 pagi ah gerak dr rumah.. tak jauh pun.. tak sampai setengah jam dah sampai.. rehat2 kat tepi laut.. sarapan sambil menikmati udara dan angin pantai.. Tak ramai pulak pagi2 ni.. biasanya hari cuti camni, ramai orang.. Air pasang pagi ni, ombak pun kuat.. kitorang main kat tepi pantai je, tak mandi pun.. huhu
Dapat snap2 gambar sikit untuk kenang-kenangan.. :)
Pantai Puteri ni cantik jugak.. kebersihan pun terjaga. Dekat kawasan sini banyak peniaga2 ikan segar.. Nampak banyak bot nelayan..mungkin ikan2 tu hasil tangkapan nelayan2 kat sini.. Tapi kitorang tak beli ikan pun, sebab balik dari pantai nanti, nak singgah2 tempat lain, kang ikan tu masak dalam kereta.. huhu. Lain kali la ye..
Dapat snap2 gambar sikit untuk kenang-kenangan.. :)
Friday, 17 April 2015
Tempe Melaka Pun Sedap!
Tempe ni salah satu makanan yang orang jawa suka makan.. Aku salah sorangnya.. Selera orang jawa.. Orang bukan jawa pun suka jugak makan tempe.. Tapi ada juga yang tak dapat terima rasa tempe ni. Ohh, ruginya tak rasa nikmat tempe ni. Huhu..
Bila dah bermastautin Kat melaka ni, tak sangka sini pun senang nak cari Tempe.. Sama je rasa tempe ni Kat mana2.. Sebab resepinya sama, cuma orang yang buat je berbeza.. Kalau g pasar malam Kat sini, haruslah beli tempe ye.. Tak reti nak buat sendiri, so, beli je yang dah siap..
Disebabkan menu malam ni adalah tempe goreng, tu yang saja je tulis post pasal tempe ni.. Goreng ngan tepung goreng ayam pun sedap.. Cicah ngan sos cili.. Nyam nyam..
Mari berpantun tempe.. Hehe
Tempe sinonim dengan orang jawa,
Dari kacang soya asal jadinya,
Siapa makan bertambah lawa,
Siapa tak suka, diam-diam saja ye..

Tuesday, 14 April 2015
Nasi Lemak Kukus Lagi
Memang favorite kitorang sekeluarga.. Nasi lemak kukus Kat warung Pak Enal ni.. Sedap.. Aliff kalau dapat makan nasi lemak ni, memang berselera sangat. Pernah cerita pasal Warung Pak Enal ni dalam entry tahun lepas kot.. Boleh baca sini
Hujung minggu lepas, pertama kali bawa Adik Ammar makan nasi lemak pak enal tu.. Adik tak makan pun, dia tengok je.. Haha. Baru 4 bulan, susu je la ye yang Adik boleh makan.. Eh bukan makanla, minum.. Susu tu kan cecair.. Huhu.. Sabar ye Ammar, nanti 2 bulan lagi dah boleh makan.
Nasi lemak ni ada sayur kangkung.. Dulu ada telur mata tapi sekarang dah tukar telur rebus pulak.. Senang sikit nak masak kot kalau telur rebus ni.. Makan 2 pinggan nasi lemak, air teh ais ngan air Milo, baru RM7.00.. Taktaula kedai ni masuk skali gst ke tak.. Tapi bagi aku, harga ni masih berpatutan sebab nasi lemak kukus kat sini sedap.. Alhamdulillah.

Sunday, 5 April 2015
Berani Gak Aku Ni!..
Ni sebenarnya kisah hari jumaat lepas.. sebelum rehat tengah hari tu, PA bos bgtau suruh aku ngan beberapa orang staf lagi untuk standby pukul 3.30 ptg.. ada benda yang bos nak discuss.. so, petang tu jam 3.30 aku pun dah sediala nak naik bilik bos.. tepon PA bos tanya dia ada tak, PA kata belum ada, nanti pukul 4 baru bos sampai.. dia ada hal katanya..
Dalam pukul 4 lebih, PA bos tepon suruh naik bilik bos sebab bos dah ada.. Aku pun naikla, dengan harapan sempat discuss dan setelkan sebelum pukul 5 sebab pukul 5 tu aku nak balik.. memang ramai dah menunggu nak jumpa bos, aku masuk dulu ikut giliran.. tengok2 jam kat HP dah dekat pukul 5, hmmm.. tapi bos belum habis bincang keje ngan ada sorang lagi staf ni.. aku tumpang dengar je la.. bila pukul 5, bos suruh aku keluar jap.. dia kata 5 minit je, nak layan orang penting yang tengah tunggu kat luar tu.. ada kaitan ngan orang kenamaan la tu kot.. katanya dah lama orang tu tunggu.. so, aku keluar dulu, nnti lepas orang tu abis, aku pulak masuk discuss kerja aku ni..
OK, tunggu punya tunggu, dah 5 minit, 10 minit, 15 minit.. dan aku pun tak boleh dah nak tunggu lagi.. tepat jam 5.30 petang, aku balik, tinggalkan bos kecik ngan bos besar aku tu.. bukan apa, anak2 dah tunggu kat bawah tu, sian diorang..itupon dah bagi EOT stengah jam.. sorryla bos2 sekalian, memang kerja tu penting tapi bagi aku famili lagi penting.. cukup2 la tu.. kalau u olls nak keje sampai malam pon i tak kisah, tapi janganla heret orang lain sama.. Berani gak aku ni kan..selamba je lari balik padahal bos2 tengah tunggu dak discuss pasal kerja tu.. huhu
Aku tak kisahla, lepas ni aku kena cop budak tak dengar cakap bos, budak degil ke..apa ke.. yg penting 5.30 mesti kena balik rumah.. esok boleh sambung keje lagi kan.. kalau tak suka cara aku keje, takpe, boleh letgo aku anytime.. or transfer kan aku kan..
Siapa yang faham apa yang aku tulis ni, okla, sampai juga mesej aku.. kepada yang takfaham baca cerita ni, takpe, takpenting pun.. saja untuk kenang2an aku..

Subscribe to:
Posts (Atom)