"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday, 30 November 2014

Kek Epal Hijau..

Salam petang ahad..

Petang2 camni teringin pulak nak makan kek.. bukak peti sejuk, nampak epal hijau.. ada banyak lg.. tgh hari tadi dah buat air epal.. apa kata kita buat kek pulak.. belum pernah rasanya buat kek epal hijau ni..

Bahan2 : 
  • 3 biji epal hijau 
  • 1 cawan minyak 
  • 1 cawan gula 
  • 3 biji telur 
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak) 
  • sedikit parutan kulit limau

Caranya :

1. Cuci buah epal, potong dadu bersama kulitnya sekali (2 biji epal diblender bersama minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. 1 biji lg potong dadu je).
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit2 sambil
dikacau sebati. Masukkan epal yg dipotong dadu dan hirisan kulit limau.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.*
4. Bakar pd suhu 170'c selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.*

*(aku guna pemanggang ajaib je.. mudah & cepat..dlm 20-30 minit dah masak, guna api kecik)

ni la kek yg dah masak..

Aliff tukang rasa kuih eksperimen ibu dia.. :)
Sedap makan panas2.. lain kali kalau buat lg, nak tambahkan kacang walnut.. meriah gitu...

Saturday, 29 November 2014

Tarikh Jangka Bersalin.. EDD

Harini dah lebih kurang 38 minggu baby dlm perut ni.. bila2 je dah boleh bersalin.. Kalau ikut tarikh akhir period, EDD pada 15/12/14, kalau ikut scan masa mula2 mengandung, EDD nya 20/12/14.. beza 5 hari.. tapi yg latest punya scan, lupa nak tanya Dr, berapa haribulan pulak..

Masa mengandungkan Aliff dulu, EDD ikut tarikh period pd 12/06/12, EDD scan pulak 10/06/12.. akhirnya Aliff keluar pada 11/06/12.. hehe.. lebih kurang tepatla EDD ikut period ngan scan masa tu..

Cuma masalahnya sekarang ni tengah pening bila nak start ambik cuti.. Masa Aliff dulu, ambik cuti awal 2 minggu sebab masa tu anak pertama, belum ada pengalaman.. takut terbersalin awal.. tapi dalam 2 minggu tu menunggu saje, takde plak rasa baby nak keluar.. dia nak ikut due date jugak.. kalau boleh taknak bersalin kat Melaka.. takda sape kat sini.. nak balik Selangor siap2.. Bersalin anak Selangor.. hehe..

Untuk baby yg ni pulak, rasa nak ambik cuti seminggu sebelum due date scan tu.. kalau due date ikut scan 20/12/14.. mungkin nak start cuti 15/12/14.. kalau belum bersalinla masa tu.. huhu.. sekarang ni, kadang2 dah rasa contraction sikit2.. Baby dah tak sabar nak keluar tu.. Isnin depan ni ada appointment lagi kat O&G, nak tanya pendapat Dr, guna EDD yg mana satu.. Tapi kalau ditakdirkan tak sempat balik Selangor, terpaksalah bersalin kat Melaka.. jadi anak Melaka..

Kejohanan Powerboat F3000 Melaka 2014..

Sebenarnya pagi ni plan nak g Pantai Klebang, nak tengok Kejohanan Powerboat F3000 Melaka 2014.. Dalam pukul 9 lebih dah sampai kat Klebang.. terawalla la pulak.. sebab program ni mula pukul 10 pagi.. Bot2 memang dah ada kat situ, tapi belum sedia nak berlumba..

Disebabkan cuaca pagi ni agak panas, matahari pon memancar terik.. kitorg pusing2 tengok bot2 kat tempat parking bot2 tu, pastu balik.. malas nak tunggu sebab panas dia lain macam.. mungkin petang nanti hujan.. kebelakangan ni, cuaca kat Melaka camtu.. pagi panas terik, petangnya hujan lebat.. ada gakla ambik gambar bot sikit buat kenang2 ngan..


powerboat melaka


kren pon ada.. dia nak angkat bot masuk dlm laut kot..


Acara ni mula semalam dan berakhir esok.. Dalam pukul 10 pagi kitorang dah gerak balik.. taknak tunggu lama sebab nanti jalan jem.. almaklumla, Melaka ni kalau cuti sekolah camni, trafik jam dengan pelancong2.. hehe.. takpe, bagi peluang kat diorg menikmati percutian kat Melaka ni..

Tak Suka Bau Rokok!

Salam..

Nak cerita pasal pagi kes geram pg tadi.. kes pakcik sorang ni yg merokok kat tempat awam.. pagi tadi kitorg g sarapan kat gerai makan dekat ngan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.. tengah kitorg sedap2 makan roti canai, tetiba ada sekeluarga ni, 3 orang, suami, isteri ngan anak dara dia sorg.. pakcik ni pon dah berumur.. Duk sebelah je ngan meja kitorg ni..

Dengan tanpa rasa bersalah ke apa, dia selamba je isap rokok kegemaran dia, pastu asap rokok tu nak taknak sampai gak la kat kitorg ni.. takkanla dia tak perasan ada budak kecik kat meja sebelah, ada ibu mengandung. bini ngan anak dia pon buat taktau je.. tegurla sikit.. kalau takde org lain takpela.. isapla banyak mana pon..

jangan merokok 

Kitorg pon makan cepat2.. pastu blah... tak sanggup nak berkongsi asap rokok pakcik tu.. takda kesedaran sivik.. dia ingat semua orang suka bau rokok tu ke ape..

Sunday, 23 November 2014

Cameron Highlands.. Apa Dah Jadi?

Baru2 ni kita dikejutkan dengan berita banjir lumpur di Cameron Highland (CH).. Ini bukannya kali pertama kejadian camni berlaku kat CH.. sampaikan meragut nyawa manusia.. Aku pon sebenarnya memang sedih dengan CH sekarang ni.. CH ni salah satu tempat yang aku suka pegi sebab pemandangannya cantik, sejuk, banyak pokok2 bunga yang boleh diborong.. haha..

banjir lumpur
sumber: Berita Harian

banjir lumpur
sumber: Berita Harian

Seingat aku, sejak kecik sampaila ke usia sekarang ni dah lebih 5 kali aku g sana.. Kali terakhir pergi masa sebelum bulan puasa baru2 ni (Entry kat sini).. Dulu, kalau pegi CH, memang puas hati, rasa taknak balik.. haha.. tapi bila pergi baru2 ni rasa kecewa sikit, sebab pemandangan bukit-bukau yang dulu menghijau, dah banyak berubah.. makin banyak kawasan2 lereng bukit yang diteroka untuk kawasan pertanian baru dan untuk pembangunan baru.. Suhu kat CH pon dah tak sesejuk beberapa tahun dulu.. Bau baja pon agak kuat, mencemarkan udara bersih kat situ..

Gambar kat CH.. tahun lepas

Ni pon gambar tahun lepas.. Aliff baru setahun

Berlakon je lebih mamat bunga ni.. :).. Aliff 2 thn

Tengok ladang teh.. ni masa pegi bulan 6 baru ni..

Sebelum keadaan jadi semakin teruk, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas.. 'Jangan dah terngantuk, baru terngadah'... betul ke peribahasa ni.. huhu.. tapi kejadian yang berlaku baru2 ni pon bukan kali pertama.. Makin banyak kawasan yang diteroka tanpa kawalan, menyebabkan hakisan tanah dan akhirnya, bila hujan lebat, terjadilah banjir lumpur macam yang berlaku  baru2 ni..

Makin byk lereng bukit yang diteroka (sumber: Berita Harian)

Rasanya dalam masa terdekat ni.. memang takde plan nak g CH lagi bila tengok keadaan sekarang ni.. Harap2 lepas ni, keadaan kat CH boleh kembali kepada keadaan macam 5-10 tahun dulu.. hmm.. kalau bolehla.. baru rasa teruja nak datang lagi..

Bawah Jambatan..

Lokasi kegemaran Aliff kat Melaka ni, salah satunya kat bawah Jambatan.. Dekat ngan Jeti Parameswara, Banda Hilir.. Aliff suka datang sini sebab boleh tengok bot ngan feri.. Kadang2 ada kapal persiaran (cruise ship) berlabuh jauh kat tengah laut, nanti ada beberapa bot yang akan ambik penumpang dari cruise tu untuk singgah di Melaka..


Biasanya cruise ni dari Singapura menuju ke Penang..

Kapal cruise tu teramatlah besar, muara sungai ni cetek dan tak sesuai untuk kapal tu datang dekat, so, kena ada bot yang ambil n hantar penumpang tu.. biasanya pelancong dari luar negara.. Kalau sape2 nak pegi ke pulau-pulau kat perairan Melaka ni, boleh jugak ambil bot dari Jeti Parameswara..

jeti parameswara

jeti parameswara
feri kuning tu ambil pelancong dari cruise

Feri ni ulang alik ke Indonesia.. Dumai kalau tak silap..

Pemandangan kat jeti

Ni macam bot nelayan..

yang kat seberang sana tu, jeti baru & CIQ Melaka

Dalam seminggu, mesti dua tiga kali Aliff lepak kat sini.. Ada jugak anak2 ikan kat sungai tu.. ikan tembakul pon ada..

Tetamu Hujung Minggu.. Mioww.

Semalam lepas balik dari sarapan & jalan2 jap tengok bot, ada seekor kucing ni kat depan rumah.. bila panggil dia, terus dia datang dekat.. Aliff memang suka mioww mioww ni.. Perut kucing tu menggelebeh macam baru lepas beranak.. Makin lama makin dekat dia datang.. Lapo agaknye tu.. Nak bagi makan ape ek..

Sian dia lapar..

Kat dapur ada nasi sikit tp lauk takde.. Aku ambil keropok ikan sikit, hancur2 kan pastu gaul dengan nasi.. Kucing tu makan dengan berselera sekali .. ibu menyusukan anak ni, memang cepat lapar.. hehe..

sedapnya nasi panas ngan keropok ikan ni...

Mesti anak2 dia comel2.. dah lepas makan tu, dia tunggu lagi.. rupanya nak minum pulak.. ambilkan air dalam bekas bagi kat dia.. lepas dia minum & cuci2 tangan gaya mioww, dia pon pergi.. pegi tengok baby2 dia kot.. huhu

Saturday, 22 November 2014

Warung Lempeng..

Pagi tadi asalnya nak g sarapan kat tempat biasa tu.. Warung Pak Enal.. memang gerai tu tempat wajib kitorang kalau hujung minggu camni.. Disebabkan lewat sikit keluar rumah pagi tadi, dlm pukul 8 camtu, makanan kat kedai tu kebanyakannya dah abis.. termasuklah nasi lemak kukus kegemaran Aliff.. agaknya sebab sekarang ni dah start cuti sekolah, tu yg ramai sgt pelancong datang Melaka ni..

Warung Pak Enal ni memang terkenal di kalangan driver2 bas yang bawak pelancong..Awal2 pagi biasanya dah banyak bas2 pelancong kat gerai ni.. rezeki Pak Enal.. So, kitorang pon cari tempat makan lain yang berdekatan.. Ada satu gerai ni.. lain daripada yang lain.. Dia jual lempeng.. Orang kampung cam aku ni memang suka makan lempeng.. haha.. Apa kata kita cuba.. Kat area Duyong, namanya Warung Caun.. Selalu lalu je, kali ni nak cuba makan kat situ..

Warung ni kecik je, tapi ramai gak orang makan kat sini

Ada beberapa jenis lempeng kat sini..

Ada lempeng O, lempeng pisang, lempeng kelapa, lempeng bawang, lempeng balak.. lempeng balak tu taktaula camne rupa dia.. lupa nak tanya.. Sebenarnya nak buat lempeng bukan susah pon, boleh je buat sendiri, tapi sebab pagi tadi dah plan nak makan kat luar, tu yg tersinggah kat kedai ni.. huhu.

Aliff tengah tunggu lempeng.. dah siap pegang sudu..

Ok.. Lempeng pisang dah sampai..

Ngapp.. Aliff makan dengan penuh perasaan
Selain lempeng, kat sini ada jugak menu lain spt cekodok roti, nasi lemak ngan mee rebus jawa.. Ramai gak orang yg order mee jawa tu, sedap kot.. Lain kala kalau datang lagi, nak try mee jawa dia pulak.. Harga makanan kat sini pon amat berpatutan..

Askar Ikan Aliff..

Salam Sabtu..

Ni citer malam tadi.. Ikan-ikan dalam 'Amusing Fish Game' tu sekarang dah bertukar jadi askar pulak.. Masa Aliff tengah main tu, tetiba panggil ibu dia yg duk khusyuk berinternet.. huhu (sian Aliff main sorang2)..

Taknak pakai baju.. panas katanya..

Aliff : Bu, lori askar, lori askar
Ibu: Mana askarnya?
Aliff: Ni ha, askar fish
Ibu: Ooo.. (Bila masa plak Aliff train fish tu jadi askar),, Lori askar tu nak pegi mana?
Aliff: Pegi pasar..
Ibu: Nak buat apa pegi pasar?
Aliff: Beli sayur.. fish..
Ibu: OK.. pegila.. :)

Askar fish naik lori..



Nanti main ngan adik ye, bila adik dah kluar..  Adik girl ke boy, ibu pon belum tau lagi.. :)

Friday, 21 November 2014

Kerja Hari Sabtu?



Masa kat ofis siang tadi, aku terpikir kalau esok rajin,aku nak g ofis kejap.. banyak kerja nak siapkan.. minggu ni banyak kerja luar ofis,, ada kursus, mesyuarat sana sini, so masa yg tinggal untuk siapkan kerja kat ofis sgtla terhad..

Bila mengenangkan aku bakal bercuti lama bulan depan, lagila aku desperate nak siapkan kerja yg ada.. taknak susahkan orang yang kena tanggung keje aku nanti.. Tapi bila mengenangkan Aliff plak, terus pikir 2 kali..

Dahla keje 5 hari seminggu, 2 hari je cuti & dpt luangkan masa sepenuhnya ngan famili, terus aku cancelkan niat aku nak g ofis esok..Family First!.. Pasal keje tu, nntila pikir camne.. Cuti sabtu ahad ni, nak relax2 je ngan famili.. yeahh.. Lepas tu, hari senin nanti, biorla aku pening balik.. huhu

Kaedah Pengapungan Terkawal Untuk RON95 & Diesel


Putrajaya: Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.

Menurutnya, ini bermakna subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan."Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983.

"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.-Lapor HMetro

Putrajaya: Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.
Menurutnya, ini bermakna subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan.
"Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983.
"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10695#sthash.4y1B2TCc.dpuf

Monday, 17 November 2014

Temujanji Ke-3 Di Klinik O&G

Dah 2 minggu berlalu sejak temujanji kat klinik pakar O&G yg lepas.. entry boleh baca sini.. Pagi tadi appoinment pukul 9.00.. tapi macam biasa, kul 8 lebih dah sampai Hospital.. saja datang awal.. boleh duduk rehat jap.. sambil baca surat khabar.. pelik pulak, biasa ramai kat klinik O&G ni, tapi pagi ni, agak kurang orang.. kerusi pon banyak yg kosong..

Macam biasa, mula2 check tekanan darah, berat badan ngan air kencing dulu sebelum Dr panggil untuk check perut.. Kali ni agak terkejut sikit bila misi yg check tekanan darah tu tanya.. 'Memang selalu tekanan darah puan ni rendah ke?'.. dia siap check 2 kali takut tersalah baca kot.. bacaan first tu rendah tapi dia tak cakap plak berapa, tp bacaan yg kedua tu dlm 110/80.. aku pon jawabla.. biasanya tinggi.. jarang2 sekali bacaan tu rendah.. aku pon pelik jap.. Sebab aku kena datang O&G harini pon, salah satunya sebab bacaan tekanan darah tu tinggi sejak aku bukak buku pink tu..

Adakah sebab aku makan petai semalam?, atau aku minum air teh hijau?.. atau aku makan epal hijau?.. atau sebab minum minyak kelapa dara?.. mungkin salah satu sebab jugak.. sebab kalau ikutkan kajian aku la, makanan2 tu boleh menstabilkan tekanan darah.. cuma nak makan tu kena hati2, takut ada kesan pada baby dalam perut.. petai ngan epal hijau rasanya takde kesan pada baby, berdasarkan kajian aku sendiri la.... tapi bau petai tu.. agak2 baby bau tak dlm tu.. huhu, sian baby.. sorryla, ibu suka makan petai..

Tapi kalau teh hijau ni, ikutkan kajian aku la ye.. berdasarkan bacaan2 kat intenet ni.. dia boleh menggangu kadar penyerapan asid folik dan zat besi dari makanan yg kita makan, nanti ada kebarangkalian pembesaran janin tak normal.. so, tak boleh banyak2.. Aku minum sekali je sehari.. baru je pon dalam minggu lepas.. itupon bukan lepas makan.. jarakkan beberapa jam lepas makan. Teh hijau ni memang banyak khasiatnya terutamanya untuk menyahtoksid dalam badan... tapi untuk ibu2 mengandung tak digalakkan minum banyak sebab takut ganggu pembesaran janin. Untuk lebih maklumat, boleh baca kat link ni : http://www.babycenter.com.my/a1052971/bolehkah-saya-minum-teh-hijau-semasa-hamil

Bila Dr check bacaan tekanan darah tu, dia kata, semua ok dah ni.. takde masalah.. tapi still kena datang lagi 2 minggu. Agaknya kalau dah sekali kena refer ke O&G ni, sampai bersalin nak kena follow up kot.. sebab setiap 2 minggu temujanji tu.. atau mungkin tengok case by case kot.. ikut je la apa kata Dr.. diorang lebih pakar.. OK..terima kasih Dr.. Nanti 2 minggu lagi saya datang ye..

Tiada 'Monday Blues' Untuk Aku..

Salam..

Harini ialah hari isnin yg sibuk.. takde istilah monday blues untuk kerja di ofis.. sebab kerja banyak, tak boleh nak ber'blues'2..  memang kerja kat ofis banyak, dengan mesyuarat sana sini.. ke aku yang tak pandai urus masa.. haha.. tinggal sebulan je lagi sebelum cuti panjang (cuti bersalin).. bolehlah rehatkan minda masa tu..


Sebenarnya jadual harini agak padat.. harini je ada 3 mesyuarat.. mesyuarat belah pagi dah mintak orang gantikan sebab pagi tadi ada temujanji kat klinik pakar O&G, takut habis lewat.. petang pulak ada 2 lagi mesyuarat.. ada orang kata, orang keje gomen ni mesyuarat sana sini tapi hasilnya tak nampak pon.. aku tak setuju yg tu.. well, they can say whatever they want..

Dr kat O&G tu siap offer nak bagi MC tapi aku taknak sebab mengenangkan kerja ngan dah janji ngan bos nak g mesyuarat petangnya.. (komited la sgt kan.. huhu).. takpela, lagipon nanti nak cuti panjang.. hehe.. babaila semua kerja2 ofis ni nnti.. buat sementara je la..

Jadual hari ni.. 8.00 pagi dah keluar g Hospital Melaka.. tak masuk ofis, mintak 'time slip' je kat Dr.. Tengah hari masuk ofis kejap.. siapkan barang nak g mesyuarat.. pukul 2.00 petang gerak g mesyuarat kat pej SUK.. Mesyuarat pukul 2.30 ptg sampai kul 6 lebih.. ada 2 mesyuarat.. lama betulla.. Nak dekat magrib baru sampai rumah..

Esok pun hari yg sibuk gak.. Sediakanlah diriku untuk hari esok.. datang awal.. buat yg terbaik.. haha.. mood memotivasikan diri sendiri.. lalala..

Sunday, 16 November 2014

MH17: Ada Pesawat Lain Waktu Insiden

Kuala Lumpur: “Terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas,” demikian data terbaru yang diperoleh Perunding Keselamatan Udara di Russia.

Menurut laporan portal Russia Today (RT.com), data terbaru itu menunjukkan pesawat tentera dikesan di udara sebelum pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.

Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan Penerbangan Sergey Melnichenko berkata, gambar dengan bacaan diambil sebuah stesen radar yang terletak berhampiran sempadan Ukraine menunjukkan terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Malaysia itu. “Data itu jelas menunjukkan pada masa insiden itu berlaku dan selepas itu terdapat kapal terbang bergerak ke arah utara perjalanan pesawat.

“Kemungkinan besar, itu adalah kapal terbang tentera, kerana tempat itu sangat rapat antara satu sama lain, dan dapat dirumuskan itu adalah pesawat tentera,” katanya. Melnichenko berkata, pesawat tentera itu berada di sebelah kiri MH17 dan terdapat beberapa bukti gambar dari kawasan kejadian itu yang menunjukkan bahagian kiri kokpit MH17 itu rosak, suatu senario yang konsisten dengan kemungkinan ia diserang kapal terbang tentera itu.

“Lebih mengukuhkan ia adalah pesawat tentera berikutan menara kawalan tidak mendapat apa-apa respons atau signal daripada kapal terbang bergerak itu. “Berbeza dengan pesawat komersial yang sentiasa berkomunikasi dengan menara kawalan, manakala pesawat tentera seperti transponder dimatikan atau ditutup,” katanya.

Kenyataan itu juga dilihat selari dengan Ketua Penyiasat Pendakwa Kebangsaan Belanda Fred Westerbeke sebelum ini yang memberitahu majalah mingguan Jerman Der Spiegel pada Oktober yang mereka tidak menolak teori pesawat lain menembak jatuh MH17.

Dalam kejadian 17 Julai itu, semua 298 penumpang di dalam MH17 termasuk 15 anak kapal terbunuh selepas pesawat milik MAS itu ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine.-Lapor HMetro
Kuala Lumpur: “Terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas,” demikian data terbaru yang diperoleh Perunding Keselamatan Udara di Russia.
Menurut laporan portal Russia Today (RT.com), data terbaru itu menunjukkan pesawat tentera dikesan di udara sebelum pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.
Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan Penerbangan Sergey Melnichenko berkata, gambar dengan bacaan diambil sebuah stesen radar yang terletak berhampiran sempadan Ukraine menunjukkan terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Malaysia itu.
“Data itu jelas menunjukkan pada masa insiden itu berlaku dan selepas itu terdapat kapal terbang bergerak ke arah utara perjalanan pesawat.
“Kemungkinan besar, itu adalah kapal terbang tentera, kerana tempat itu sangat rapat antara satu sama lain, dan dapat dirumuskan itu adalah pesawat tentera,” katanya.
Melnichenko berkata, pesawat tentera itu berada di sebelah kiri MH17 dan terdapat beberapa bukti gambar dari kawasan kejadian itu yang menunjukkan bahagian kiri kokpit MH17 itu rosak, suatu senario yang konsisten dengan kemungkinan ia diserang kapal terbang tentera itu.
“Lebih mengukuhkan ia adalah pesawat tentera berikutan menara kawalan tidak mendapat apa-apa respons atau signal daripada kapal terbang bergerak itu.
“Berbeza dengan pesawat komersial yang sentiasa berkomunikasi dengan menara kawalan, manakala pesawat tentera seperti transponder dimatikan atau ditutup,” katanya.
Kenyataan itu juga dilihat selari dengan Ketua Penyiasat Pendakwa Kebangsaan Belanda Fred Westerbeke sebelum ini yang memberitahu majalah mingguan Jerman Der Spiegel pada Oktober yang mereka tidak menolak teori pesawat lain menembak jatuh MH17.
Dalam kejadian 17 Julai itu, semua 298 penumpang di dalam MH17 termasuk 15 anak kapal terbunuh selepas pesawat milik MAS itu ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9243#sthash.3CGJ5flR.dpuf

Saturday, 15 November 2014

Gaya Tido Aliff..

Awal pulak Aliff tido malam ni.. Baru pukul sepuluh mlm.. Semalam bukan main payah nak tido.. tadi lepas makan nasik, aktif sgt, lari sana, lari sini.. tu yg penat sgt agaknya.. takyah suruh tido, dia sendiri yang cari bantal..


Tu la gaya tido dia.. tangan terbukak kat atas.. kaki bersilang.. tido kat ruang tamu.. nnti ayah angkat masuk bilik ye.. ibu dah tak larat nak angkat Aliff. Bukan sebab Aliff berat sgt tp sebab tengah bawak adik dalam perut.. huhu..

Wednesday, 12 November 2014

MH370: Kapten Tidak Bersalah

Kuala Lumpur: Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu. 

Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan. Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan dilakukan.

Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator penerbangan. Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat - komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik udara. “Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.

Exner menyatakan semua sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk pengesanan.“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa. 

“Sesiapapun dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.-Lapor Hmetro
Kuala Lumpur: Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu.
Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8451#sthash.Lrh5zutn.dpuf
Kuala Lumpur: Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu.
Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan.
Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan dilakukan.
Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator penerbangan.
Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat - komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik udara.
“Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.
Exner menyatakan semua sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk pengesanan.
“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa.
“Sesiapapun dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8451#sthash.Lrh5zutn.dpuf
Kuala Lumpur: Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu.
Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan.
Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan dilakukan.
Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator penerbangan.
Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat - komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik udara.
“Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.
Exner menyatakan semua sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk pengesanan.
“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa.
“Sesiapapun dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8451#sthash.Lrh5zutn.dpuf