Kuala Lumpur: “Terdapat satu atau
dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17
terhempas,” demikian data terbaru yang diperoleh Perunding Keselamatan Udara di
Russia.
Menurut laporan portal Russia Today
(RT.com), data terbaru itu menunjukkan pesawat tentera dikesan di udara sebelum
pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.
Ketua Pegawai Eksekutif Perunding
Keselamatan Penerbangan Sergey Melnichenko berkata, gambar dengan bacaan
diambil sebuah stesen radar yang terletak berhampiran sempadan Ukraine
menunjukkan terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat
Malaysia itu. “Data itu jelas menunjukkan pada
masa insiden itu berlaku dan selepas itu terdapat kapal terbang bergerak ke
arah utara perjalanan pesawat.
“Kemungkinan besar, itu adalah kapal
terbang tentera, kerana tempat itu sangat rapat antara satu sama lain, dan
dapat dirumuskan itu adalah pesawat tentera,” katanya. Melnichenko berkata, pesawat tentera
itu berada di sebelah kiri MH17 dan terdapat beberapa bukti gambar dari kawasan
kejadian itu yang menunjukkan bahagian kiri kokpit MH17 itu rosak, suatu
senario yang konsisten dengan kemungkinan ia diserang kapal terbang tentera
itu.
“Lebih mengukuhkan ia adalah pesawat
tentera berikutan menara kawalan tidak mendapat apa-apa respons atau signal
daripada kapal terbang bergerak itu. “Berbeza dengan pesawat komersial
yang sentiasa berkomunikasi dengan menara kawalan, manakala pesawat tentera seperti
transponder dimatikan atau ditutup,” katanya.
Kenyataan itu juga dilihat selari
dengan Ketua Penyiasat Pendakwa Kebangsaan Belanda Fred Westerbeke sebelum ini
yang memberitahu majalah mingguan Jerman Der Spiegel pada Oktober yang mereka
tidak menolak teori pesawat lain menembak jatuh MH17.
Dalam kejadian 17 Julai itu, semua
298 penumpang di dalam MH17 termasuk 15 anak kapal terbunuh selepas pesawat
milik MAS itu ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine.-Lapor HMetro
Kuala
Lumpur: “Terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas,” demikian data
terbaru yang diperoleh Perunding Keselamatan Udara di Russia.
Menurut laporan portal Russia Today (RT.com), data terbaru itu
menunjukkan pesawat tentera dikesan di udara sebelum pesawat Penerbangan
Malaysia MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine.
Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan Penerbangan Sergey
Melnichenko berkata, gambar dengan bacaan diambil sebuah stesen radar
yang terletak berhampiran sempadan Ukraine menunjukkan terdapat satu
atau dua pesawat perang di udara berdekatan pesawat Malaysia itu.
“Data itu jelas menunjukkan pada masa insiden itu berlaku dan
selepas itu terdapat kapal terbang bergerak ke arah utara perjalanan
pesawat.
“Kemungkinan besar, itu adalah kapal terbang tentera, kerana tempat
itu sangat rapat antara satu sama lain, dan dapat dirumuskan itu adalah
pesawat tentera,” katanya.
Melnichenko berkata, pesawat tentera itu berada di sebelah kiri MH17
dan terdapat beberapa bukti gambar dari kawasan kejadian itu yang
menunjukkan bahagian kiri kokpit MH17 itu rosak, suatu senario yang
konsisten dengan kemungkinan ia diserang kapal terbang tentera itu.
“Lebih mengukuhkan ia adalah pesawat tentera berikutan menara
kawalan tidak mendapat apa-apa respons atau signal daripada kapal
terbang bergerak itu.
“Berbeza dengan pesawat komersial yang sentiasa berkomunikasi dengan
menara kawalan, manakala pesawat tentera seperti transponder dimatikan
atau ditutup,” katanya.
Kenyataan itu juga dilihat selari dengan Ketua Penyiasat Pendakwa
Kebangsaan Belanda Fred Westerbeke sebelum ini yang memberitahu majalah
mingguan Jerman Der Spiegel pada Oktober yang mereka tidak menolak
teori pesawat lain menembak jatuh MH17.
Dalam kejadian 17 Julai itu, semua 298 penumpang di dalam MH17
termasuk 15 anak kapal terbunuh selepas pesawat milik MAS itu ditembak
jatuh di Donetsk, Ukraine.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9243#sthash.3CGJ5flR.dpuf