"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Monday, 1 December 2014

Temujanji Ke-4 Di Klinik O&G

Salam..

Harini ada appointment lagi kat klinik pakar O&G Hospital Melaka.. Baby dah 38 minggu. Selagi belum bersalin.. selagi tu la kena g sana setiap 2 minggu.. Mula2 dulu, kena refer sebab uri kat bawah.. lepas uri dah ok, Dr nak pantau tekanan darah pulak.. Ikut je la.. untuk kebaikan ibu dan baby jugak..

Appoinment pukul 9 macam biasa.. masa nak ambik bacaan tekanan darah tu, suspen je, takut naik pulak harini sebab masa checkup kat klinik desa rabu lepas, bacaan naik sikit.. misi pon tulis guna pen merah.. Tapi pagi tadi, bila misi kat check, ok la pulak.. Alhamdulillah.. bacaan 120/70.. normal la tu..  Semalam aku siap buat jus epal hijau untuk minum.. katanya boleh turunkan tekanan darah.. pastu ada petai 2 minggu lepas punya dalam peti sejuk.. dah kering sikit tapi boleh makan lagi.. hehe.. nak turunkan tekanan darah punya pasal..


Bila turn jumpa Dr, Dr kata tekanan darah ok je ni.. Kalau tinggi, kena induce ye.. Dr tu kata lagi.. Hmmm. Yg tu Dr2 sebelum ni pon ada bgtau.. tu yg cuba macam2 nak bagi tekanan darah turun.. huhu. takut kena induce.. Dah 4 kali g klinik O&G, tp keempat2 tu jumpa Dr yg berbeza.. setiap kali tu kena interview lebih kurg soalan yg sama.. 'memang ada darah tinggi sebelum pregnant ke?', 'ada family history ke?', 'dulu bersalin normal ke?', 'yg dulu ikut due date ke?', 'ada ambik ubat darah tinggi ke?'... aku pon jawab la.. macam yg aku jawab kat Dr2 yg check masa appointment sebelum ni..

Bila Dr check perut pulak, dia kata baby senget sikit.. kepala belum masuk.. belum engaged.. so dia ajak g bilik scan.. nak scan perut.. Dr kata senget sikit sebab uri kat bawah belah kanan.. so kepala baby senget sikit kat belah kiri.. Dr kata kat baby, masukla, masukla ye sambil tekan2 perut.. Agaknya baby tu dengar kot.. tak lama lepas tu. Dr kata ok la ni, baby dah masuk sikit.. Eh, aku pulak yg rasa pelik, tadi Dr kata belum masuk, ni dah masuk sikit pulak.. takpela.. Dr tu pakar.. dia taula apa yg dia buat & bgtau kat patient ni..

Dr kata nanti 2 minggu lg datang lg.. kalau masa tu belum bersalinla.. sebab kalau ikut kiraan 2 minggu lg tu, EDD ikut tarikh period.. 15/12/14.. Aku bgtau Dr tu yg aku nak balik bersalin kat Selangor.. Ikut perancangannya, nak ambik cuti seminggu sebelum EDD.. Bila tanya Dr, nak guna EDD period ke atau EDD scan?.. Dr kata tak banyak beza.. 5 hari je pon.. so, dia kata guna EDD period..

Ok..Agak2nya bila baby dlm perut ibu ni nak keluar ye?.. hehe.. tunggu je dengan penuh kesabaran.. Aliff pon dah tak sabar nak jumpa adik dalam perut ni.. Hari2 cium perut ibu.. 'Sayangggg adik', kata Aliff.

Kisah temujanji kat O&G sebelum ni, boleh baca sini:
>Temujanji Pertama di O&G
>Temujanji Ke-2 di O&G
>Temujanji Ke-3 di O&G

No comments:

Post a Comment