Untuk peringatan sendiri.. Esok jangan lupa potong kuku..
1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah amalan sunah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”

2. Cara Dan Alat Untuk Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya dan dimulai dari jari kelingking lalu sampai pada ibu jari,
kemudian tangan kiri dari jari kelingking ke ibu jari. Sementara alat untuk memotong kukunya dapat menggunakan gunting, pisau atau
benda khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari seperti alat
pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan dengan air.
Ini karena jika seseorang itu menggaruk anggota badan, dikahawatirkan akan
menyebabkan penyakit kusta. Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku, mencabut
bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih
daripada empat puluh malam.”
“Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunah
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersiwak, memakai wewangian, berpakaian rapi sebelum pergi ke
masjid untuk mengerjakan shalat Juma’at,” (Hadis riwayat Muslim)
4. Menanam Potongan Kuku
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihhi wasallam, karena beliau menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.

Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram
mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak
bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu
diperbuat dari benda najis karena akan menghalang daripada masuknya air saat
berwudhu.
sumber: http://www.islampos.com
No comments:
Post a Comment