Sempena musim cuti sekolah ni, biasala Melaka jadi tempat
orang bercuti.. Banyak tarikan pelancong kat Melaka ni.. Walaupun dah 2 tahun
kat sini, sebenarnya banyak lagi tempat yang belum dilawati..
Dulu nak jalan2 bawak Aliff, dia kecik lagi, tak paham apa
yg berlaku.. bila dah besar sikit ni, seronokla kalau bawak jalan2..
Ibu suruh tengok kamera, Aliff menjeling ke mana plak tu?.. |
Baru2 ni,
tetiba tanpa dirancang, kitorang g Taman Rama-Rama kat Ayer Keroh.. Lalu jalan
nak ke UTEM..
Dalam pukul 10 pagi kitorg sampai (Hari Sabtu), tak ramai
orang pon, tp lepas kitorang abis pusing2 dalam tu lebih kurang 1.5 jam, ada la
beberapa kete ngan 1 bas pelancong dari China. Berdasarkan analisis (sempat
pulak beranalisis), ada beberapa kemungkinan kenapa tempat ni tak ramai berbanding dgn tempat2 pelancongan lain kat Melaka:
1.
Masih awal pagi, orang belum sampai.
2. Tengah bulan.. belum gaji lg.
3. Tempat ni kurang promosi.
3. Tempat ni kurang promosi.
4. Tempat ni agak jauh dari tempat pelancongan lain kat Melaka ni.
Rama-rama tengah menjamu selera.. |
Kalau nak ikutkan, tempat ni agak menarik.. selain
rama-rama, ada gak haiwan2 lain macam burung, haiwan2 reptilia, ikan.. dll..
buaya pon ade..Aku cadangkan pihak pengurusan bagi diskaun harga tiket
untuk pemegang MyKad.. untuk tarik ramai pengunjung ke taman rama-rama ni.
No comments:
Post a Comment