Sambung cerita pasal taman.. Nak tanam pokok apa selain rumput..
Amaran: 5PS (Cerita Pokok Sahaja)…
pokok pandan ni ambik kat rumah Mak kat Kanchong Tengah |
Dalam salah satu siri kartun Upin Ipin ada cerita pasal pertandingan taman antara kelas2 kat Tadika Upin Ipin.. tak ingat plak tajuk siri tu.. yang dia guna barang2 terbuang untuk deko taman kat Tadika tu.. Ni semua pengaruh daripada Aliff.. ntah berapa kali ulang tayang.
salah satu taman dalam cerita tu (yg cikgu kelas dia lelaki pakal baju sukan tu), diorg tanam KAKTUS.. “senang jaga, tak payah siram!”, kata cikgu tu… haha, betuk gak tu.. Ok.. kalau pokok kaktus, memang dah banyak dah kat rumah mak.. aku biakkan dari zaman sekolah lagi.. Cuma, kalau nak tanam kat taman, agak kurang sesuai.. lagi2 plak ada si budak kecik yg gatal tangan ni..
Selepas mengelilingi rumah mak beberapa kali, dapatla beberapa pokok yg aku ambik untuk tanam kat taman.. kononnya nak buat lanskapla.. hehe. Masa balik rumah mak mentua pon sama, mintak 2-3 pokok bunga bawak balik banting..
Sekarang ni masih lagi dalam proses mencari2 dan menambah koleksi pokok bunga.. Terima kasih kat Mak ngan Abah sebab tolong tanamkan pokok kelapa pandan ngan pokok tebu kat laman tepi rumah..
No comments:
Post a Comment