"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday, 29 March 2014

HTC (Hang Tuah Center)

Selamat Datang ke HTC

Awal2 pagi lagi Aliff dah bangun.. Alang2 dah bangun tu, mandikan terus dan siap2 nak berjalan.. Cadangnya nak g Pet Expo tp memandangkan masih awal (baru jam 7.30 am), kitorang g cari sarapan dulu kat Warung Pak Enal.
Lepak kat tepi sg duyong. Aliff main cak cak

Pukul 8.30.. mana nak pegi ek?. Abang ajak g Hang Tuah Center (HTC) @ Perkampungan Hang Tuah kat Duyong.. ok gak tu.. x jauh pon dari Warung Pak Enal.. Sampai HTC baru 8.40 am.. So, kenela tunggu pukul 9 baru dapat masuk.. Lepak dulu kat tepi Sg Duyong tu sementara nak tunggu pukul 9.

Tugu 5 bersaudara

Keris JAWA DEMAM..

Apa yang menarik kat HTC ni?
1. Menempatkan enam bangunan iaitu Pusat Hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat.
2.  Pusat Hang Tuah berfungsi sebagai pusat informasi pahlawan Hang Tuah dan para sahabatnya manakala rumah lima sahabat pula mempamerkan semua barang milik Hang Tuah dan sahabatnya serta barang- barang antik semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
3.  Kat sini ada gelanggang silat terbesar di dunia.
4.  Kawasan ni cantik dan ramai orang buat sesi fotografi kat sini. biasanya pengantin baru la..
5. Boleh belajar silat secara interaktif.. (guna video).. baju silat disediakan..

Siapa yg minat sejarah, sesuaila dtg tempat ni.. tiket RM5 je utk dewasa..

No comments:

Post a Comment