"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 24 May 2015

Penangan Kuih Keria Limbongan!

Ini kisah semalam.. En Suami kata teringin nak makan kuih keria gula melaka yang terkenal tu.. aik, macam mengidam pulak ye.. layankan jela.. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil kat Limbongan, Melaka.. Limbongan??.. ye, nama tempat kat Melaka ni.. tak jauh dari Pantai Klebang.. Kalau orang Melaka, dah biasala dengar nama tempat ni, tapi kalau orang luar, mungkin macam pelik sikit bunyi nama tempat ni..

Lepas solat zohor, terus gerak g Limbongan. Kenapa kena pergi waktu camni, kan panas kat luar tu.. Sebabnya, kalau tak salah aku, kedai tu start jual keria pukul 2 petang.. So, disebabkan takut terlewat dan takut tak dapat kuih keria tu, kitorang pun sanggup keluar tengah hari camni.. huhu. Tengok budak dua orang tu tengah tido lena.. angkut jugakla.. sebabnya, si ibu ni ngada-ngada nak ikut g skali, huhu. pantang dapat berjalan.. Bukan jauh pun Limbongan ngan rumah kitorang ni.. dalam 15-20 minit dah sampai..

Sampai2 je, terus borong kuih keria tu.. Selain kuih keria gula melaka yang cukup terkenal ni, ada juga kuih2 lain dijual kat sini. Ada pisang goreng, keropok lekor, kuih bom, getuk ubi dan lain2. Laksa pun ada gak.. Laksa kat sini pun boleh tahan sedap jugak.. mujurlah, aku baru lepas makan nasi, kalau tak, mahu aku borong laksa jugak tu.. huhu.. nafsu nafsu..


Alhamdulillah. dapat gak lepas kempunan. Dah lama sangat kot tak makan kuih ni. Beli lebih sikit, makan sampai malam.. hmmm, kalori pun lebih jugak ni.. huhu. Aliff tido daripada pergi sampai balik rumah, masih tido lagi.. Adiknya, Ammar plak, masuk kereta, bukak mata tapi termenung je tak larat.. ngantuk lagi la tu.. Sian dia, balik rumah sambung tido balik.. Si Ibu dan Si Ayah makan kuih tu kat dalam kereta lagi.. tak menyempat sampai ke rumah.. huhu. Dalam kereta dah habis separuh keria yang dibeli.. Inilah penangan kuih keria Limbongan.. siapa pernah makan, mesti akan teringat2 rasa dia yang lembut dan sedap..

>Resepi Keria

Resepi Bergedil Mudah Dan Sedap

Assalam. Hujung minggu macam ni, terasa rajin nak ke dapur, main masak2.. harini teringin pulak nak makan begedil.. Bahan2 pun mudah je..


Bahan2:
-500g kentang (rebus dan hancurkan)
-rempah sup bunjut (digoreng dan ditumbuk halus)
-1/2 cawan bawang goreng
-2 tangkai daun sup (dipotong)
-2 tangkai daun bawang (dipotong)
-1 sudu teh lada sulah
-1 sudu makan tepung jagung
-garam secukup rasa
-2 biji telur
-minyak untuk menggoreng

Cara2:
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur. Boleh rasa, nak tambah garam/ lada sulah.
2. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan dalam telur yang dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak dengan api sederhana. Angkat dan toskan.

*Siapa yang suka bergedil daging atau ayam, bolehlah tambahkan daging/ayam cincang dalam adunan tu ye..mesti lebih sedap..

Bergedil kentang saja pun sebenarnya dah cukup menyelerakan.. Kalau makan memang tak cukup kalau sebiji je.. nak makan ngan nasi boleh, nak makan camtu je pun boleh.. mulut masing2 kan.. huhu.


Aku guna rempah dalam sup bunjut ni.. Nak bagi begedil ni rasa rempah.. Goreng ngan bunjut tu sekali, lepas tu, bukak dan tumbuk rempah ratus tu sampai halus ye.



Sunday 17 May 2015

Tak Jemu Datang Ke Sini!.


Tak pasti ini kali ke berapa datang ke Muzium Pengangkutan ni.. Tempat kegemaran Aliff. Memang tak jemu Aliff ke sini. Kali ni bawak adik Ammar sekali.. Adik tak faham pun tengok benda2 ni tapi takpe.. Kita jalan2 je dik.. Ambik angin.






Muzium ni sebelah Taman Bunga Merdeka & Dataran Pahlawan..  Budak2 macam aliff ni memang seronok kalau tengok benda2 ni.. Eh, tapi kalau budak pompuan aku tak pasti plak seronok ke tak bagi diorang.. Huhu. Belum ada anak pompuan lagi..

Bangunan Merah Yang Bersejarah!

Cuaca pagi tadi redup. Sesuai sangat kalau nak berjalan2 kat melaka ni. Lepas bersarapan, kitorang g jalan2 kat Bangunan Merah.. atau dikenali juga sebagai The Stadhyus..


Bangunan ni warna merah.. Sebab tu ia lebih dikenali sebagai bangunan merah di kalangan penduduk tempatan. Pagi2 dah ramai pelancong, dari dalam dan luar negara. Masing2 sibuk ambik gambar buat kenang2an.. Kitorang ni pun lagak macam pelancong jugak, padahal rumah beberapa KM je dari sini. Hehe..







Stadhyus ni dahulunya adalah kediaman rasmi gabenor Belanda ketika zaman pemerintahan Belanda di Melaka. Sekarang dah dijadikan muzium. Memang bersejarah.. Dibina sekitar tahun 1640-1650an.. Binaan strukturnya masih kukuh sehingga sekarang. 



Tempat ni adalah salah satu lokasi yang wajib untuk pelancong2 yang datang je melaka. Walaupun dah duk sini lebih 3 tahun, baru harini dapat jalan2 sekitar tempat ni.

Aiskrim Puding Mangga!

Assalam.. Konon aiskrim la ni.. Bentuk aiskrim tu dah ada, tapi rasanya, nyam nyam.. Hehe. boleh tahan jugak.. Cuma tak semanis aiskrim yang kita beli kat kedai sebab gula letak sikit je.. Guna rasa manis semulajadi buah mangga yang masak ranum..


Ni sebenarnya eksperimen kat dapur.. Masa buat puding mangga minggu lepas, tercetuslah idea nak buat aiskrim ni.. Guna acuan aiskrim yang dibeli di DAISO.. Panas2 mmg nikmat kalau dapat makan benda2 sejuk camni.. Resepinya guna resepi puding mangga tu je.

Bila dah sejuk dan mengeras, memang teksturnya agak lembut.. Sebab kejadian asalnya adalah puding.. Memandangkan eksperimen kali ni berjaya, lepas ni nak cuba buat guna buah2 lain pulak.. Walaupun rasanya kurang manis dan kurang berkrim macam aiskrim2 kat kedai, aku suka sebab lebih menyihatkan..


Wednesday 13 May 2015

Tunggu Sampai Tertido..

Assalam. Harini temujanji Kat Klinik untuk checkup Adik Ammar 5 bulan.. Buat appointment petang sebab pagi banyak urusan kat ofis.. Pukul 2 dah terpacak depan Klinik walaupun pintu Klinik tu tak bukak lagi.. Nak dapat no giliran awal punya pasal.. Hehe. Bila misi bukak pintu je, cepat2 la masuk ambik no. Itupun dapat no giliran yang ke4. Ok la tu kan.

Adik memang waktu tido dia petang2 camtu. Bila timbang ngan ukur panjang dia jaga lg, tapi masa nak tunggu misi tu panggil untuk cucuk, dia tido plak. Tido duduk plak tu.. Dah ngantuk sangat. Tak boleh tahan dah tu.. Tangan ayahnya jadi bantal..


Masa misi panggil nk cucuk tu, ammar masih tido, misi suruh kejutkan.. Misi sapu muka ammar ngan air sejuk, terkebil2 si ammar.. Hehe. Masa kena cucuk kat peha tu, takde plak dia nangis2.. Cuma muka je berkerut sikit.. Anak Ibu ni memang kuat.. Ke masih mamai sebab baru bangun tido.. Huhu. Bulan depan kita datang, kena cucuk lagi ye dik..

Monday 11 May 2015

Pecal..

Assalam. Harini teringin pulak nk makan pecal.. Kuah pecal tu memang ada dalam peti sejuk. Ready made.. My mom yang buat.. cuma perlu tambahkan air panas je.. Bahan2 untuk sayur pecal tu guna apa yang ada kat dapur je. Timun, kangkung, tahu dan Tempe..


Makan ngan nasi putih ngan ikan goreng.. Kalau makan camtu je pun sedap.. Mulut orang jowo.. Haha. Nanti aku sharekan resepi kuah ni.. Resepi turun temurun dari arwah nenek..

Saturday 9 May 2015

Puding Mangga Lagi..

Assalam.. Harini takde pergi berjalan ke mana2. Pg2 keluar g sarapan je, pastu singgah tesco jap beli barang sikit. Pukul 9 Lebih dah sampai rumah.

Memandangkan sekarang ni musim buah mangga, apa lagi.. Borongla kat pasar tu. Biasalah, klau tengah musim, murahlah sikit harga buah2 ni kan.. makan sampai jemu.. Huhu.. Panas2 camni, buat puding mangga pun sedap jugak. Makan sejuk2..



Senang je nak buat puding ni. Guna agar2 dan air ikut sukatan, 1/2 cawan gula, 1/2 cawan susu cair & mangga segar yang dah dikisar (3 biji).. Masakkan agar2 tu ngan air hingga larut, tambahan gula ikut citarasa.. Masukkan mangga yang dah dikisar, akhir sekali masukkan susu cair.. Bila dah sebati, tutup api dan tuang dalam bekas/ acuan.. Biarkan sejuk..


Saturday 2 May 2015

Mirror Image..

Penat sangat agaknya budak kecik berdua ni.. Pagi sampai tengah hari pergi jalan2, balik rumah, kepenatan.. Eh, macam bunyi pantun pulak ye.. Masing2 tido. Gaya lebih kurang je.. Adik ammar jadi mirror image abang Aliff..

Yang ni tido petang, balik dari jalan2

Ni plak masa tido malamnya..

Sayang anak2 ibu.. :)

Menikmati ABC Di Tepi Tasik..

Minggu ni balik ampang. Cuaca kat ampang harini redup je. Lepas balik Dari makan tengah hari & beli barang sikit, kitorang singgah Kat tasik ampang hilir. Bawak Aliff main kat playground.

Walaupun dah tengah hari, cuaca tak panas pun. Nampak gaya macam nak ujan petang ni.. Duduk lepak jap Kat kedai makan tepi tasik tu.. Dah duduk tu, kena la order apa2 kan. Perut ni masih kenyang lagi, jadinya kitorang order ABC je.. Menikmati pemandangan di tepi tasik di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur... Huhu.












Kedai makan ni ramai pengunjung waktu pagi ngan petang rasanya. Waktu tu kan ramai orang beriadah Kat taman tasik ni. Selain menu makanan, kedai ni ada jugak jual pokok2 bunga n pokok herba. Ada gak barang2 antik.. Atas meja tempat kitorang duduk tu, diletakkan anak pokok belalai gajah.. Siap dengan tag nama dan tanda harga sekali.. Bagus jugak idea diorang ni ye. Sambil jual makanan, boleh jual pokok sekali.







Tak dapat komen pasal makanan Kat sini sebab kitorang tak makan.. ABC dia OK OK je... Cuma pemandangan Kat sini cantik.. Sejuk mata memandang

Dah boleh Undur..

Assalam..

Ini kisah budak kecik si Ammar. Adik Ammar sekarang ni kalau bangun tido, terus je meniarap.. Masa umur dia 3 bulan setengah haritu, dia dah mula meniarap.. Sekarang ni bila dah meniarap tu, dia undur2 ke belakang. Sampai dah abis undur kat dinding tu barulah dia bising2.. Sama macam abangnya jugak masa kecik dulu.. Undur2 sampai tak boleh undur. Heh