"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Friday 16 December 2016

Bercuti Di Pulau Pangkor

Minggu lepas sempena birthday Ammar yg ke 2 tahun, me & family bercuti mandi manda kat Pulau Pangkor.. Sekali ngan famili Adik ipar & mak mertua.. Seronok layan budak2 kat pantai..


Ammar memang suka sangat mandi kat laut tu.. 'Nang nang' katanya.. Dia nk sebut berenang la tu.. Aliff pulak takut nk masuk dalam air tu.. Dia main pasir je kat tepi pantai.. Apala Aliff ni..

Ammar seronok sangat dapat 'nang.. nang'..
Aliff takut air laut.. Main kat tepi2 je

Hari pertama sampai tu, tengahari.. Lepas mkn2, kitorang pusing2 naik bot.. Tengok pulau2 sekitar teluk nipah tu.. Si Ammar naik bot je, mata dah tak tahan ngantuk, kena plan ngan angin sepoi2.. X dapatla ammar tengok fish kat air yg jernih tu.. Ammar oh Ammar..


Bagi makan fish..
Orang sibuk tengok ikan, dia tido pulak..
Dah turun bot pon, tak sedar2 lg Ammar ni..

Kitorang stay 1 malam je kat chalet dekat Teluk Nipah tu.. Malamnya, jalan2 cari makan kat tepi laut.. Makan agak mahal sikit sbb kawasan pelancong kan.. Tapi takpela sekali sekala. Dapat jugak makan kurang bakar.. Nyum nyum..

Ammar sibuk nk cucuk kerang tu.. Tapi dia x mkn pun..

Kesimpulannya, seronok dapat g Pulau pangkor ni.. Airnya bersih, jernih.. Best mandi manda.. Cuma disebabkan kesuntukan masa, kitorang x sempat jalan2 keliling Pulau pangkor tu.. Ada lg tempat2 menarik yg boleh dilawati.. Tapi takpe, in sha Allah ada rezeki nanti kita g lagi.. :)

Wednesday 16 November 2016

TB Hari Sukan Negara 8.10.16

HARI SUKAN NEGARA.. kenapa sebelum ni x pernah dengar ek?. Maksud saya kenapa tahun2 sudah macam tak berapa havoc je event ni.. X mcm yg dipromosikan pd tahun ni.. Rasanya tahun ni agak meriah sambutannya.. Atau mungkin saya yg x ambik port pasal benda2 cenggini dulu.. Ntahla, lgpun umor dah meningkat ni, mudah terlupa & cepat je hilang memori tu.. So, sebelum hilang semua dari memori, baik kita sharekan kat sini.. Utk kenangan di kemudian hari.. Huhu.



8.10.2016 yang lalu bersamaan dengan hari sukan negara, saya, suami & 2 org hero kecik pergi ke taman rekreasi kat area ampang.. Mulanya, nk duk rehat2 kat rumah je tapi keboringan la pulak.. Jomla p taman kita beriadah sempena hari sukan negara ni.. Hehe.. Si Abg & Adik seronokla sgt sebab dpt jalan2 main kat taman.. Walaupun waktu tu matahari dah panas memancar.. Biar ayahnya layan.. Huhu. Ibunya ni udah kepanasan.. Nk cepat beredar je.. Mana semangat kesukanan ibu ni.. Dapat jln2 shopping mall seronok gak ni.. Hihi..






Cerita pasal hari sukan negara, acara ni dah dimulakan secara rasmi pada tahun 2015.. So, tahun 2016 ni kiranya yg kali ke2 la sambutannya.. Diadakan pada setiap sabtu kedua pada bulan Oktober.. Serentak di seluruh Malaysia.. Di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan.. Syabas kepada KBS atas penganjuran acara ni. Banyak aktiviti2 yg dijalankan. Meriah sungguh bila tengok laporan media2 di TV tu..

Akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara!!.. Macam ucapan menteri la pulak ye.. Hihi

Tuesday 15 November 2016

Hampir Setahun Di Ofis Baru..

Assalam.. Dah lama x buka blog sendiri.. Sibuk sangat ke wei.. Hihi.. Semenjak tukar kerja di tempat baru ni, kebiziannya takdela macam kat tempat kerja lama kat melaka.. Tapi ntah kenapa semacam malas nak online.. Haha..

Dah dekat setahun duk ofis baru ni.. Jauh sikit (1 jam drive) dari rumah tapi kerja tak sebizi dan tak sepening kerja di ofis lama dulu.. Kalau dulu jarak ofis dgn rumah cuma 5 minit drive je, tapi kerjanya mmg teramat bizi dan stressful.. Kerja tempat lama vs tempat baru, masing2 ada kelebihan & kekurangannya.. Apa2 pun kena tetap bersyukur sebab masih dipanjangkan rezeki untuk famili. Alhamdulillah..


Dan hampir setahun jugalah aku drive sendiri ke tempat kerja.. Pelik ke drive sendiri ni.. Hehe.. Sebenarnya dah 4 tahun yakni sepanjang kerja kat melaka, ada driver yang hantar dan ambik dari tempat kerja.. Siapa lg kalau bukan my husband.. Hihi. Mentang2 rumah dekat masa tu, bolehlah bermanja2 mintak hantar bagai.. Haha.. Mula2 tu kekok jugak nk drive balik sebab dah lama x drive sampai lesen expired pon x perasan.. Tapi lama2 dah ok.. Tulah, nasihat aku utk diriku dan sesiapa shj, jgn lama2 tinggalkan driving ni nanti hilang skill & confident.. Hehe.

K, taktau apa lg nk dicoretkan.. Kering idea.. Nanti sambung lg.. :)

Wednesday 20 July 2016

Syoknya Dapat Petik Buah Tin

Sejak saya tanam Pokok tin awal tahun ni, mmg bercita2 nk petik & merasa sendiri keenakan buah tin yg diperkatakan orang ni.. Alhamdulillah bulan puasa baru2 ni, buah tin mula masak ranum & dah boleh dipetik.. Happy sangat.. Haha

Pokok tin sebelum pindah dalam pasu besar

Tempoh masa dari buah mula berputik sehingga buah masak lebih kurang 3 bulan.. Rasa macam lama pulak ek.. Sbb x sabar nak rasa buah yg masak. Hihi.. Akhirnya penantian tu berbaloi bila dapat petik sendiri & rasa buahnya yg lemak manis..

Pokok dah dipindahkan dalam pasu besar (culvert)
& buah dah masak.. :)

Pokok tin tu dari jenis BTM6.. Tu Pokok tin pertama yg saya beli.. Sekarang dah mula tambah koleksi Pokok tin variati lain.. Antara yg saya dah ada sekarang ni jenis Conadria, TGF jumbo, Chinese Purple, IBG.. In Sha Allah akan tambah lagi nanti..

Wednesday 4 May 2016

Percubaan Menanam Pokok Tin

Assalamualaikum.. Hari ni terajin pulak nak menaip kat blog ni.. Rasanya saya tak pernah cerita pasal pokok buah tin ni kan..

Dah lama sebenarnya nk tanam pokok tin ni tapi disebabkn harga pokok ni yg agak mahal, asyik tertangguh je nk beli anak pokok ni.. Akhirnya, tak dpt tahan lg & terbeli juga kat nurseri Gemilang Agro.. Masa tu masih duk melaka.. Bulan januari 2016, umur pokok baru 2 bulan masa beli kat nurseri tu.. Harga RM130 sepokok.. Jenis BTM6 kalau x silap.. Jenis biasa2 je..


Bila pindah ke KL, pokok ni pun ikutla sekali.. Cuma kat KL takde tempat nk letak sbb duk rmh yg takde laman, so, tinggalkan kat rumah Mak kat kampung.. Abah yg tolong tengok & jagakan pokok tin ni. Pasu pun tukar yg besar sikit.


Selepas 4 bulan, Alhamdulillah, putik buahnya dah kelihatan.. Byk jugak, dlm 12 putik buah yg keluar.. Memang teruja sgt.. Maklumla ni pokok tin pertama & pertama kali dia berbuah.. Mak ngan Abah pun excited sama.. Hihi.

Cuma, masalah kat kg tu, byk monyet berkeliaran.. Bahaya klau pokok tin tu dibiarkan cmtu.. Sbb tu, Abah dah buatkan pagar keliling pokok biar monyet tak dapat kacau.. Huhu. Tq Abah.


Saya biarkan je pokok ni kena hujan & panas.. Pastu bajakan dgn Baja Ezigrow.. Harap2 pokok ni terus keluarkan buah tin yg sedap.. :) nnti saya update bila buahnya dah masak ye..

Tuesday 22 March 2016

Belon Udara Panas & Taman Botani Putrajaya

Ini cerita minggu lepas.. On the way balik ke KL daripada Banting, singgah putrajaya jap.. Dengarnya ada karnival belon udara panas.. Pagi dalam pukul 9 kitorg sampai putrajaya..



Agak kecewa sebab cuma nampak 1 belon je di udara.. Ada 2 belon lg baru nak naik.. Kitorang tengok dari jauh je sebab kereta dah banyak, macam takde parking yang berdekatan.. Mungkin waktu kitorg datang tu bukan waktu belon tu naik.. Atau mungkin masa tu, cuaca kat luar panas sangat, jadi belon tu tak dapat nak terbang dengan jayanya..

Apa2 pun, dapat tengok dua tiga biji belon pun jadila.. Daripada takde langsung kan... Tengok pun free je.. Takyah bayar.. Klau nak masuk tempat piknik yang dikhaskan kat dalam tu baru kena bayar sikit kot..


Disebabkan masih awal, kitorang tersinggah Taman Botani Putrajaya pagi Ahad tu.. Itupun tak plan, ternampak papan tanda Taman Botani tu mcm menarik pulak.. Singgah jalan2 sambil sarapan.. First time ni g Taman Botani Putrajaya.. Almaklumlah, baru pindah balik duk KL daripada Melaka.


Menarik jugak taman botani ni.. Tempatnya besar, sesuai untuk beriadah seisi keluarga.. Boleh joging, berbasikal, bersenam dll. Ramai juga yang datang berkelah kat tepi tasik.. Ammar ngan Aliff seronok sangat dapat bagi makan ikan dalam tasik tu.. Kebetulan ada bawak roti gardenia, boleh bagi ikan makan.. Ikan tu pulak mcm dah biasa je ngan orang, tak takut pun, semua datang dekat..




Walaupun takde berjoging & jalan slow2 je, tapi disebabkan cuaca yg panas sgt, berpeluh2 Aliff ngan Ammar.. Tak pusing habis pun taman botani tu sbb besar sgt, cuaca pun panas.. Lain kali kita datang lagi ye.

Tuesday 15 March 2016

Lagi Bunga Orkid Mak..

Salam ceria.. Nak share kat sini bunga2 orkid kat rumah Mak di kampung.. Orang kata susah nk tanam & jaga pokok orkid ni.. Ada betulnya sebab cubaan aku nk tanam sepokok orkid masa kat melaka dulu tak berjaya.. Mungkin kurang belaian & kasih saying daripada aku ni.. Huhu.

Tapi tengok Mak ngan Abah tanam orkid elok je.. Sihat & berbunga cantik.. K la, takyah citer banyak.. Mom cuci mata tgk bunga orkid ni.. :)













Cantik kan.. Selain orkid, banyak lagi pokok2 lain.. Pokok bunga ros, kaktus, sayur2an dan mcm2 lg.. Hobi Mak ngan Abah.. Seronok dpt tengok bunga yg cantik 2 dapat tuai hasil sayur2an, selain dapat oksigen dan udara segar dari pokok2 ni. Alhamdulillah..

Monday 14 March 2016

Selamat Tinggal Melaka

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Lama sangat tak update blog ni ye.. Ni post pertama untuk tahun 2016.. Mak ai.. Giler malas nk update blog..

Pertengahan januari 2016, aku dikejutkan dengan surat pertukaran tempat kerja. Daripada Melaka tukar ke Putrajaya.. Tu yg tajuk post ni cenggitu.. Sedih ada, suka pun ada..


Sedih sbb terpaksa tinggalkan negeri melaka yg aman damai, cantik & bersih, kawan2 yg best.. Dari pandangan mata & hati aku la ye, taktaula org lain pandang melaka camne.. Kerja kat melaka mmg super bizi.. Suka sbb mmg dah lama mintak balik kl/ Selangor, dpt dekat sikit ngan Mak Abah..


So, lepas ni, mmg dah takde la lg kisah2 & gambar2 aku sefamili berjalan2 kat melaka. Pindah KL je pun, bukannya jauh mana pun.. Huhu. Lepas ni bawak anak2 jalan putrajaya ngan KL la gamaknye.. Gambar atas tu gambar terakhir kitorang kat melaka.. Sempat naik menara taming sari seminggu sebelum pindah KL.. Dah lama berhajat nk naik tapi asyik cakap 'nanti2 la..' sbb dekat je masa tu.



Cerita pasal pindah ni, satu Lori jugakla barang masa nk pindah melaka-kl tu.. Sewa Lori RM700 dgn pekerja. Itupun cari kat mudah.my.. Ok la, sekali jalan & dah ada org angkat barang.. Kita tinggal kemas2 je masuk kotak..