"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday 21 October 2015

Karnival Kraf SMK Meru 2015

As salam. Ni dua bulan lepas punya cerita.. Klau ikutkan dah basi dah pun.. Huhu.. baru nk share kat sini. Cerita pasal program karnival kraf di SMK Meru, Klang pada 5 Ogos yang lepas.. Sebelum gambar & kenangan tu lesap, bolehlah dicoretkn Kat sini..

Kalau tahun lepas ada robot Wall-e sebagai tarikan kat booth kitorg (booth la sgt.. Meja je kot.. Ok la tu kan..hehe), tahun ni pulak, suami buat model kereta klasik.. Semua berinspirasikan 'recycle art' ataupun bahasa mudahnya, seni daripada barang2 terpakai/ kitar semula..

Gambar sekitar karnival di SMK Meru. Nama booth kami 'Jom Jadi Kreatif (JJK)'.. Yg kat bawah ni, gambar di booth JJK.







Booth JJK paling 'ganaz' sebab kraftangan yg dipamerkan kebanyakannya berkaitan ngan cerita2 star wars, batman, dll.. Cuma ada la selit2 hiasan bentuk cendawan yg dihasilkn oleh sepasang tangan yg tak berapa nk kreatip ni.. Tapi alhamdulillah, cendawan kecik tu habis terjual jugak.. Hihi.






Karnival tahun ni disertai lebih kurang 40 booth/ pempamer.. Tak sebanyak tahun lepas.. Mungkin juga sebab program ni pada hari bekerja (rabu), ramai yang tak dapat join.

Kebanyakan booth berkaitan dengan Produk kraf.. Nama pun karnival kraf, of course la semua pasal kraf. Sempat gak g jalan2 round booth2 lain.. antara yg sempat disnap gambonye yg kat bawah ni.. Maaf, ada yg gambar candid je..












Selain pameran & jualan kraf, ada juga cabutan bertuah & pertandingan2 yang diadakan.. Antaranya pertandingan menghias kotak tisu.. Ramai yg join tu Cikgu cikgi..


Walau apapun, kami tetap bersyukur dan berpuas hati dengan pengajuran karnival ni. Saje nak kongsi idea dengan pelajar terutamanya supaya dapat memanfaatkan barang2 terpakai daripada dibuang begitu saja. Terima kasih guru2 dan pelajar SMK Meru yang menjayakan karnival ni.. Kalau tahun depan ada lagi, jemputla kami lg.. :)

Tuesday 20 October 2015

Bolehkah Hamil Walaupun Tidak Datang Haid

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Lamanya tak bukak n update blog ni.. Huhu.

Sambil2 surf internet ni, terfikir pulak nak search pasal kehamilan walaupun tak datang haid.. Bolehkah seseorang wanita tu Hamil walaupun tidak datang haid?.. Sebabnya sejak bersalin Ammar Disember 2014 sampai Sekarang (10 bulan), masih belum datang haid.. Mungkin sebab Ammar masih menyusu badan walaupun tak fully breastfeed.

Masa anak pertama dulu, si Aliff, lepas ceraikan susu badan, baru datang haid balik.. (Selepas Aliff setahun setengah).. Memang masa tu plan nak anak kedua. Alhamdulillah, rezeki kami, tak lama lepas datang haid tu, disahkan hamil lg.. :)

Bila baca artikel Dr Zubaidi ni, 'Bolehkah Saya Hamil Walaupun Tidak Datang Haid',  tiba2 terfikir pulak, kebarangkalian hamil walaupun tak datang2 haid sejak bersalin tahun lepas. Kalau ikut artikel tu, sekiranya tidak datang haid disebabkan menyusu badan, kebarangkalian untuk hamil adalah sangat tinggi!..

Adakah aku hamil lagi?.. Kalau ikutkan, takde pulak simptom2 hamil tu.. Kalau nak confirmkan boleh je guna kit untuk check yang ada dijual kat farmasi.. Setakat ni, belum check lagi..