"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 31 August 2014

Aliff Tengok Perbarisan..

Hari ni 'first time' bawak Aliff g tengok perbarisan secara 'live' kat Dataran Merdeka.. Ramainye orang.. Kali pertama pergi masa tahun 2007. Masa tu baru2 lagi kerja kat KL. Pergi ngan housemate masa duk bujang kat Sentul.. Selepas 7 tahun, kali ni bawak anak pulak.. Pagi2 dah siapkan Aliff nak g tengok perbarisan ni.. Kitorang naik LRT je dari Ampang...
 




Antara yang mencuri tumpuan semua masa perarakan ni ialah kenderaan2 pasukan keselamatan negara.. macam gambar2 kat bawah ni..



 

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 untuk Malaysiaku yang tercinta.. semoga sentiasa aman dan makmur..


 

Tuesday 26 August 2014

Kuih Yang Tak Dijumpai Pada Raya Kali Ni...

Kuih ape yang spesel sangat tu?.. kuih siput je pun.. ala yg kecik2 tu.. dah pupus ke kuih ni??.. sebab dalam banyak2 rumah yang diziarahi, takde satu pon yg ada kuih ni.. ke aku yang tak abis buat pemantauan..


Bulan syawal pon dah di penghujung.... ada lagi ke kuih ni.. tapi kalau cari betul2 kat kedai kuih/ kerepek, mesti boleh jumpa ni.. kalau nak ikutkan, kedai kerepek kat kampung di Banting tu, memang macam-macam kuih/ kerepek ada dijual walaupon bukan musim perayaan.. Nanti kalau balik kampung, nak kena cari ni.. nak buat sendiri tapi macam susah je.. (cakap je la malas kan.. huhu)

Misi menjejak makanan kali ni : mencari kuih siput... nyum2... harap2 bisa ketemu.. hehe.

Bos Lelaki vs Bos Perempuan

Sepanjang bekerja dalam tempoh 7 tahun lebih ni, bos kat ofis semuanya lelaki,.. next week akan dapat bos baru.. bos perempuan.. nervous gak ni sebab belum kenal lagi bos tu.. and satu lagi dia seorang perempuan.. hehe.. biasa dengar kalau bos perempuan ni, leceh sikit, cerewet, kadang2 tu terlebih emosi.. opps..

Takpela, kita tengok dulu macam mana.. tak semua bos perempuan camtu kan.. kadang2 ada gak bos lelaki yang lebih cerewet & emosinal tak bertempat.. nasibla.. SYMP (Saya Yang Menurut Perintah).. harap2 bos baru ni ok la..

Kadang2 tu, ada baiknya kalau dapat bos yang cerewet sikit.. kerja kita lebih kemas dan kurang kesilapan.. Kita kena biasakanla kalau dah dapat bos macam tu.. nak taknak, kerja kena jalan.. So, kesimpulannya, tak kisah kalau dapat bos lelaki atau bos perempuan. Yang penting, dia tahu peranan dia dan boleh buat keputusan yang terbaik..

SYMP

'Amusing Fish Game' Yang Mengasyikkan

Ada satu mainan Aliff ni.. kalau main, khusyuk betul.. eloklah tu, ibu pon boleh buat kerja lain.. ni ha mainan dia 'Amusing Fish Game'.. Beli kat Jusco.. RM 20.  Pakai bateri.. nanti ikan tu bukak2 mulut dia, masa tu, kita pancingla.. Memang amusing.. hehe..

Tengah khusyuk tu...
Yeahh.. dapat 'fish'
bentuk tayar.. cantik jugak...


Best jugak main ni.. Bolehla Aliff berlatih tangkap ikan... Ibu ngan Ayah pon boleh join Aliff main.. hehe..

Monday 25 August 2014

Transformasi Kotak

Kat Melaka ni ada 2 hari sebagai Hari Tanpa Beg Plastik, hari Jumaat ngan Sabtu.. Kalau nak pegi beli barang kena bawa beg sendiri.. tapi kadang2 tu terlupa.. bukan kadang2, selalu sebenarnya.. haha

Kebanyakan pasaraya ada sediakan kotak2 terpakai untuk isi barang.. Disebabkan selalu lupa bawak beg sindiri, kitorang pon ambikla kotak2 yang disediakan tu.. Bila dah banyak sgt kotak kat rumah, terfikir pulak nak transfomasikan kotak tu.. balut cantik2 sikit, boleh buat letak barang2.. Kalau kat rumah ni, barang mainan Aliff la..

Kertas pembalut kurang kemas.. sebab tak ada gam yang sesuai..
ni satu lagi kotak yg dah siap dibalut
Sebenarnya, memang dari zaman sekolah2 dulu, suka balut2 kotak ni.. kalau ada kotak2 kasut yang cantik/ kertas dia keras, carikan kertas pembalut yang cantik, pastu balut.. jadilah kotak simpan barang yang cantik..

Sunday 24 August 2014

Sengkuang oh Sengkuang

Minggu lepas ada beli 2 biji sengkuang.. rasa nak makan sengkuang pulak.. dulu masa kerja kat Maju Junction Mall (MJ), selalu beli sengkuang potong kat kedai buah food court MJ tu.. Member2 kat ofis pon macam pelik je tengok aku makan sbb sengkuang ni tawar je.. mcam tak ada rasa..

Bila duk melaka ni, tak jumpa plak orang jual mcm tu, tu yg beli je buah, pastu potong2 utk makan sendiri.. Kalau makan dgn kuah rojak memang sedap.
foto dari google.. tq
Cerita pasal sengkuang ni, buah ni dari jenis ubi, pokoknya memanjat atau menjalar, kulitnya coklat kekuningan dan isinya putih atau kekuningan sedikit. Kalau ubi yang muda, rasanya lebih manis dari yang tua.. Kandungan ubinya terdiri dari 80-90% air, 10-17% karbohidrat, 1-2.5% protein, 0.2% lemak, 0.5-1% serabut, vitamin C, kalsium dan zat besi.

Biasanya dimakan mentah sebagai ulam, salad, campuran rojak, inti popia, dibuat sup, dan lain2... sedapnya popia basah... nyum nyum.. sengkuang ni juga salah satu sayur campuran dalam pecal (ala.. salad orang jawa tu.. sedap)

Khasiatnya pon tak kurang hebatnya.. antaranya untuk meredakan demam, mengubati selsema dan batuk, melawaskan buang air kecil, menghaluskan dan memutihkan kulit, mengatasi masalah gout dan lain-lain. Sesuai juga untuk orang yang nak kawal pemakanan.. yg nak diet kot..

MH17: Suasana Sedih, Pilu Sambut 2 Lagi Jenazah

SEPANG, 24 Ogos – Suasana sedih dan pilu menyelubungi pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini apabila keranda diliputi bendera Jalur Gemilang kelihatan, sebaik pintu pesawat dibuka tepat jam 8.32 pagi.

Jenazah kumpulan kedua itu adalah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing yang disambut penuh terhormat pada upacara Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang bermula pada jam 8.26 pagi tadi.

Lapan anggota pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap memakai pakaian seragam putih mengiringi keranda dan bekas abu mayat ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil diperhatikan dengan perasaan sebak oleh ahli keluarga mangsa dari kejauhan. Selesai majlis penghormatan terakhir kepada jenazah, tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.41 pagi dengan tetamu yang berada di landasan Kompleks Bunga Raya juga turut tunduk bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Cuaca cerah yang menerangi langit pagi ini, melancarkan upacara penghormatan di landasan kompleks berkenaan, sebelum jenazah dihantar ke lokasi persemadian terakhir. Difahamkan, jenazah Allahyarham Mohd Ghafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, Selangor manakala abu mayat mendiang Ng akan dibawa ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd, di Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga, dan difahamkan jenazahnya dibawa terus ke kediaman keluarganya.

Dua jenazah berkenaan adalah antara tiga jenazah yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tepat jam 6.53 pagi tadi menerusi penerbangan komersial MH19 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Selepas menurunkan penumpang, pesawat MH19 berkenaan menunggu sementara sebelum bergerak ke Kompleks Bunga Raya pada jam 8.26 pagi bagi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. Di Kompleks Bunga Raya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman antara yang hadir menyambut ketibaan jenazah. Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif kehormat serta keluarga mangsa.

Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air kelmarin dan tiga pada hari ini. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand,-lapor Berita Harian.

Saturday 23 August 2014

'Blackout' Di Petang Hari

Alamak.. tiba2 je blackout petang tadi.. dalam pukul 4 camtu... lepas tu jiran2 sebelah rumah kecoh2 kat luar.. rupa-rupanya ada kebakaran tak jauh dari rumah kitorang ni.. patutla, elektrik tiba2 tak ada.. Panasla kat rumah ni sebab kipas tak pusing..

Kitorang ni pon sibuk nak tau jugak.. apa yg terbakar.. bila g tengok, rupa2nya, ada lori terbakar.. taktau plak macam mana lori tu boleh terbakar.. Bomba datang padamkan api.. tak pegi tengok dekat2 masa bomba padamkan api sbb ramai orang dah berkerumun kat situ.. mcm tengok pertunjukkan pulak.. kebakaran tu dekat dgn tiang elektrik.. tu yg blackout kat kawasan perumahan ni..


Lepas bomba dah selesai padamkan api, tugas TNB pulak nak baiki dan pulihkan elektrik kat sini.. Yang kitorang ni pulak, tak tahan duk kat rumah yg panas ni, so, lari la kejap ke tempat yang sejuk sementara TNB tu buat kerja.. JUSCO, here we go.. hehe. Nasib baiklah tempat2 sejuk ni tak jauh mana..

Tak sampai sejam pon duk pusing2 kat JUSCO tu, sebelum magrib, kitorang dah gerak balik.. dengan harapan elektrik dah ada balik kat rumah.. Alhamdulillah, bila sampai rumah, elektrik pun dah ada.. Terima kasih kepada encik2 TNB yang bertungkus lumus tadi tu..

Baby Girl ke Baby Boy?..

Dah scan ke belum?.. agak2 baby girl ke baby boy?... ni la soalan2 yang orang dah mula tanyakan.. Sebenarnya skarang ni baru 23 minggu.. lebih kurang 5 bulan kandungan.. kalau nak scan tengok jantina boleh je.. tapi kalau boleh, kali ni nak surprise.. masa baby keluar tu nanti baru tengok..

Tak kisah kalau keluar nanti lelaki or perempuan.. yang penting sihat.. dan dipermudahkan proses kelahiran nanti.. Masa mengandungkan Aliff dulu, 5 bulan dah scan, doktor nampak jelas baby boy masa tu... barang2 baby pon kitorang beli yg boy punya...

ni gambar Aliff masa baru lahir..

Ada juga orang kata boleh ramalkan jantina anak ni.. berdasarkan tanda2 semasa mengandung, kadar denyutan jantung bayi, dan gunakan scan... rasanya kaedah scan yang paling tepat walaupon tak seratus peratus tepat.. cerita terperinci berkenaan kaedah ramalan2 tu boleh search kat internet...

Tapi ada satu lagi kaedah yang baru terbaca kat internet ni iaitu menggunakan Jadual Jantina macam kat bawah ni..


Kaedah2 tu ramalan je.. semuanya atas kuasa Allah..

Taman Seribu Bunga

Salah satu tempat yang menarik untuk dilawati kat Melaka ni ialah Taman Seribu Bunga.. Kalau dari tol Ayer Keroh, belok kiri kat simpang 4 MITC... Lokasinya belah kiri jalan sebelum sampai Bulatan Seri Negeri.. Tempat ni cantik tapi tak ramai yang datang, or mungkin sebab tak ramai yang tau tempat ni..

Pagi tadi lepas beli barang kat Mydin MITC, kitorang singgah sini.. sebabnya awal sgt nak balik rumah.. baru pukul 9 lebih.. buang masa jap kat sini.. bawak Aliff ambik udara segar.. lagipun dah agak lama tak datang sini.

seribu bunga
direktori taman
parking kereta pon kosong je...
pokok teh pon ada
tarik nafas ye... mmm segar udara kat sini
taktau pokok bunga ape ni.. lebah suka
nak bagi ikan makan daun..
ada taman herba
Kadang2 belah pagi. ada gak penjoging2 yang joging kat sini.. sambil ambik udara segar.. cuma yang tak berapa best, banyak nyamuk kat sini.. Aliff pon dah kena cium ngan nyamuk2 tu..

rumah mini.. kecik je..

Sesuai dengan namanya, mungkin lebih dari seribu pokok bunga kat sini. Tempat ni juga sesuai untuk sesi fotografi pengantin2 baru.. ok lain kali kalau taktau nak pergi mana, singgahla taman seribu bunga ni.. kalau ada ubat nyamuk, bawak sekali.. huhu

Thursday 21 August 2014

Lori Sampah Isnin & Khamis

Isnin dan Khamis.. itulah harinya, lori sampah akan datang ambil sampah kat taman perumahan kitorang ni.. biasanya sebelum subuh diorang dah datang.Tapi kalau hujan lebat, diorang datang lewat sikit.. So, sebelum hari isninatau khamis, kitorang dah siap2 letak sampah dalam tong yang disediakan untuk setiap rumah.

sumber: sinarharian
Memang Aliff excited kalau nampak lori sampah ni..  Lori2 sampah kat Melaka ni cantik2... Operasi dibawah syarikat Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM). Terima kasih SWM sebab pungut sampah kitorang.. Taman pon nampak bersih je.. sampah sarap takde bersepah2..

Malas Masak

Harini malas nak masak.. kebetulan ada pasar malam kat bukit baru.. so, balik dari ofis, singgah kat pasar malam.. Sebenarnya nak beli Laksa Limbongan tapi harini abang laksa tu tak meniaga pulak..

Bila mengandung kali ni, perasaan malas nak masak tu menjadi2 pulak.. kalau masak sendiri rasa macam tak sedap..  haha.. kalau makan yang orang lain masak, macam sedap2 je.. Sebenarnya masa tak mengandung pon, memang tak berapa rajin nak masak.. haha.. apa nak jadi ni..mmg tak mithali sungguh..

So, Menu malam ni Mee goreng untuk Aliff, Burger untuk Ayah, & Nasi Kerabu untuk Ibu.. nyum nyum..



Wednesday 20 August 2014

Sepupu Sepapat Aliff

Cerita pasal sepupu2 Aliff ni.. Kalau balik kg di Bota. sepupu Aliff semuanya hero2.. haha.. 3 orang, Aqil, Irfan & Hafiz.. Si Aqil ngan Irfan memang ligat.. tapi Aliff ni yg paling pemalu.. mula2 jela, pastu main2 kejo2 tak berenti.. tak tido pon takpe asalkan dapat main.. Mainan pulak memang banyak kat kg tu.. Rambang mata Aliff dibuatnya..

Aqil & Irfan... Aliff ni suka pegang2 telinga, rambut orang..
Dah kena buli.. cebik je muka..
Yang ni plak Aliff dengan 2 pupu...

Bila balik kg di Banting pulak, sepupunya semua pompuan.. baru 2 orang, Hannah & Deeja.. Aliff ngan Hannah beza 2 bulan je.. Deeja yg paling muda.. tp semua lebih kurang sebaya je.. bolehlah buat geng..

2 anak dara ni main kamera.. Aliff mampu tengok je.. Kuasa Wanita.. huhu
 
Gambar2 Aliff ngan anak2 dara kat atas tu dari kamera adikku Fathullah Hakim.. kredit to him..

Aliff memang seronok dapat balik kg, boleh main ngan sepupu2 dia ni.. kat Melaka ni tak ramai kawan yg sebaya.. Asyik main ngan ibu ngan ayah je.. sampai tak terlayan..

Tuesday 19 August 2014

Petua Cerai Susu..

Bila umur Aliff nak masuk 2 tahun, mulalah cari2 petua kat internet macam mana nak cerai susu badan.. Mak kata letakkan getah pokok 'bertowali'. tak taula apa nama melayu or nama saintifiknye.. ni ha batang pokok bertowali tu.. tapi rasa dia pahit, kesian pulak Aliff..

pokok bertowali
Selain letak bertowali, ada gak yang cadangkan letak asam jawa.. haa, yg ni macam ok sikit.. masa mula2 letak tu, kesian kat Aliff, especially bila malam2 dia terbangun, mintak susu, bila dia rasa masam, terus nangis2, kadang2 tu kesian, tak sampai hati and bagi juga.. Dalam 2 minggu jugak la, percubaan letak asam jawa tu, bila dia rasa masam je, terus dia taknak.. boleh pulak dia cakap, 'susu masam... uwekk'.. hehe..

Lepas lepas tu, bila tunjuk and tanya dia nak tak.. terus dia jawab..'taknak, susu masham... uwekkk'.. Ada gak orang kata, biar dia cerai sendiri, maksudnya takyah letak apa2, diorang ngan rela hati taknak sendiri, tapi macam susah je.. Sebenarnya, salah satu sebab nak ceraikan susu ni, sebabnya susu dah tak berapa nak ada, pastu nak prepare untuk adik Aliff nanti..

Kesimpulannya, ada beberapa petua yang biasa orang cuba untuk cerai susu badan ni.. Antaranya:
1. Getah pokok bertowali/ brotowali/ patawali... memang pahit.. tp paling berkesan kot..
2. Asam jawa.. (Aliff kata 'uwekk, mashamm')... haha
3. Gambir.. yg ni pon pahit jugak
4. Ada jugak orang letak serbuk kopi.. tapi takut bertabur je..


Monday 18 August 2014

Memancing Di Sg Duyong

Hujung minggu lepas, bawa Aliff g tepi sungai Duyong.. nama je Sg Duyong, tp takde ikan duyong pon.. kuikui.. Macam mana boleh dapat nama Sg Suyong?.. ntahla, yg tu kena buat kajian lanjut..


Kat tebing2 sg tu, masih nampak kesan air naik masa banjir yg berlaku kat beberapa kawasan di Melaka ni beberapa hari lepas (rumput yg kaler oren2 tu)



Aliff pon sibuk nak pancing ikan jugak.. nampak percik2 air, ikan lompat2 dlm sungai tu, tp diorang taknak mkn umpan.. tak sedap kot.. umpannye roti je pon.. tu je yg ada dlm kereta.. lain kali kita beli umpan sedap2 sikit.. haha..

Friday 15 August 2014

Bersenam Di A-Famosa

A-Famosa.. Aliff pon tak ingat dah berapa banyak kali dia g sini.. Ayahnya rajin bawak ke sini lepas hantar ibu g ofis.. dah tak terkira kot.. Aktiviti Aliff kat sini, main lari2, kejar kucing, tengok pemandangan dari atas tinggalan kota lama tu..
lari2 setempat..
buat senaman taichi..
dah penat.. duduk dulu..
taichi taichi ngan kucing pulak..
pemandangan dari atas kota A-Famosa
termenung pulak dia..

Suasana Pagi Di Tepi Sg Perak

Sebenarnya, gambar2 ni masa cuti raya kat kampung di Bota aritu.. Memang selalu bawak Aliff tengok pemandangan sungai kat sini.. cantik.. Kobau (kerbau) pon ado.. tapi takut tengok dekat2, takut kena tanduk.. huhu
Matahari baru nak naik ni..

Tengok kerbau dari jauh..
Masa ni musim kering, rumput2 pon kuning je..
suka sgt dapat main air sg..
ngikut je ayah dia...

nampak anak ikan agaknye tu ?..

Nanti, bila balik kg lagi, kita jalan2 sini lagi ye..