"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Tuesday 25 February 2014

Resepi Puding Jagung Sedap




Bahan2
-1 cawan tepung kastard..(saya tambah 2 sudu lg)
-3/4 cawan gula
-1 cawan susu cair
-3 cawan air kosong
-1 tin jagung manis

Cara2
1. Campur semua bahan dalam periuk. Masak dengan api sederhana, Gaul sampai pekat dan likat.
2. Masukkan dalam dulang/ loyang/ acuan dan sejukkan. Sedia untuk dimakan..

Senang je kan.. 'Dapp' kata aliff..

Sunday 23 February 2014

Pantai Di Melaka

Ni masa aliff kecik lg, first time g pantai klebang..

Harini g jalan2 kat Pantai Puteri.. Tak jauh dari Bandar Melaka.. Pagi2 dah ramai orang. Ada yg mandi manda, memancing.. Ada gerai2 jual ikan2 segar... ok la tempat ni kalau nak bawak famili berkelah... tp org kata byk obor2 kat sini.. takut kene sengat pulak.

Selain Pantai Puteri, ada lagi pantai yg jadi tumpuan kat Melaka ni.. antaranya, Pantai Tanjung Bidara ngan Pengkalan Balak kat Masjid Tanah (jauh sikit dari Bandar Melaka tp mmg sesuai kalau nk bwk famili berkelah), Pantai Klebang kat Klebang (dkt ngan bandar Melaka tp tak sesuai utk mandi, kawasan tambakan, agak dlm sikit.. kat sini boleh naik kuda jalan2 tepi pantai).

Boleh naik kuda kat Pantai Klebang..
Pantai ape ntah nama dia ni.. kat Pengkalan Balak


Aliff mandi kat Pengkalan Balak.. 3 jam berendam.. sampai menggigil2



Saturday 22 February 2014

Tragedi Sungai Muar-Semua Mangsa Telah Ditemui

Foto
sumber: HMetro

SEGAMAT: Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir, petang tadi.
Dua mayat mangsa lemas ditemui serentak pada jam 2.43 petang sebelum mayat terakhir ditemui kira-kira empat minit selepas itu.

Tiga mayat itu adalah Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.

Sebelum itu, mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah, manakala mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui jam 2.06 petang tadi.-HMetro 



-Takziah kepada semua keluarga mangsa.. Al Fatihah

Taman Tasik Taiping



 

Taman Tasik Taiping..mmg cantik tempat ni.. kebetulan ada mesyuarat kat taiping tahun lepas, sempatlah singgah kat Taman Tasik yang dah berusia lebih dari 100 tahun.. Sejarahnya, dulu tasik ni bekas lombong bijih timah yang kemudiannya ditambahbaik (tanam pokok2 bunga, rumput dll) untuk dijadikan taman awam..Sekitar tahun 1880-an.. Lame tu..

Berlatarbelakangkan Bukit Larut dan bersebelahan dengan Zoo Taiping, taman ni merupakan Taman Awam pertama kat Malaysia... Sejuk je pemandangan kat sini, aman damai...


Sejuk mata memandang

Ada gak playground untu budak2 main... ape lg, Aliff pon nak main jugak


Aliff tengah tengok org kayuh sampan kat Tasik.. tak pandang kamera pon.. huhu

Friday 21 February 2014

lanskap

Angan-angan masa muda2 dulu (skarg pon muda lg, cuma x berape nak muda kot..),  nak ada rumah sendiri, pastu nak tanam pokok2 bunga, buat lanskap cantik2..

skarg, rumah dah ada, tanah kat laman pon ada sikit, cuma tengah berusaha nak bina lanskap sikit demi sikit.. masalahnya rumah tu jauh dr Melaka ni (nak wat camne, dah kene trasfer ke Melaka).. so, sekali sekala je la dpt upgrade taman tu, tambah pokok2 bunga, buangkan rumput2 jahat..

Cari punya cari dalam tenet ni, dapatla idea sikit.. antara contoh2 lanskap yang boleh jadi inspirasi macam gambar2 kat bawah ni.. Thanks to blogger/ pemilik asal gambar2 ni ye.. Kalau boleh nak buat lanskap simple2 je.. yg mudah nak selenggara.. and kalau ada peruntukan lebih sikit, nak jugak mini gazebo.. haih, berangan je lebih..  .



sumber: belatukwoodwork.blogspot.com

sumber: isuzane.blogspot.com

sumber: rumahku88syurgaku.blogspot.com

sumber: rumahminimalish.com


sumber: rumahminimalish.com

sumber: rumahminimalish.com

sumber: rumahminimalish.com

sumber: rumahminimalish.com



 



Mercun.... Bunga Api

Geram ngan jiran2 yang takde sensitiviti ni.. tgh2 malam main mercun ngan bunga api...bising banget... Aliff nak tido pon terganggu... adoii.. ... kalau rmh ni kedap bunyi kan bagus... sian aliff nak tido.. sabau je la....

sekadar hiasan..


Wednesday 19 February 2014

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Aliff


Masa duk kat KL dulu, selalu makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Kasturi. Gerai nasi kukus ni kat depan stesen Petronas Taman Cempaka, Ampang.. Tak pernah terpikir nak masak sendiri sebab macam leceh sikit.. tu yg beli tapau je on the way balik dari ofis.. hehe.

Satu lagi tempat nasi kukus yang boleh tahan sedap kat Medan MARA, KL.. yg tu Nasi Kukus Ayam Dara... mana diorg tau ayam tu dara lagi... ntahle.. hehe.
nasi kukus

ni nasi kukus ayam dara Medan MARA...

Tp bila duk Melaka, teringin plak nak makan nasi kukus mcm kat Ampang tu, so, saya cuba buat sendiri.. Setelah menggoogle internet ni, dapatlah beberapa resepi yang kemudiannya diolah ikut citarasa kami sekeluarga.. ‘Dapppp’.. Kata Aliff

sumber : http://hanieliza.blogspot.com & http://linapg.blogspot.com (tq...)

NASI KUKUS
 
Bahan
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

 
Cara
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak. (lebih kurang 30 minit)

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan Perap
6 ketul ayam (perasakan dgn garam kunyit)
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk cili

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
3 batang serai
6 cm halia

Cara

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak.
2.  Kemudian masukkan bahan kisar.Gaul sebati. Perap ayam lagi lama lagi sedap.
3.  Goreng dengan api sederhana.

SAMBAL BELACAN
 
Bahan
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam, gula
2 biji limau nipis (ambil jusnya)

 
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali jus limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.



GULAI KAWAH DAGING
 

Bahan
500gm daging lembu (potong nipis kecil,basuh & toskan)… (pakai kiub daging pon boleh)
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang (saya pakai gula MELAKA..almaklumla, byk gula melaka J)
2 keping asam keping
garam, gula

 

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering… (saya pakai 3 s/b cili kisar yg dah ready made)
3 s/b rempah kari daging
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

 

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

 

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Dah siap semua, bolehlah dihidangkan dengan potongan timun atau salad.. Dappp..

Monday 17 February 2014

Pantai Morib

Entry kali ni pasal Pantai Morib.. Pantai Morib ni lebih kurang 10 minit je dr Kampung di Banting.. Dulu masa kecik2, pantai ni bersih, seronok mandi manda.. tp skarang air laut tu dah x berapa bersih... pencemaran dari sisa minyak Kapal2 yg lalu kat Selat Melaka, ada juga air kotor dari longkang2 yang disalurkan ke sistem saliran yg akhirnya masuk ke laut..

Belangkas pon ade... mana ntah pasangan dia ni... solo je
Beberapa tahun kebelakangan ni, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dah naiktaraf fasiliti kat Pantai Morib ni.. Nampak ceria sikit..
antara lokasi menarik kat Morib

kalau tunggu sampai lewat ptg sikit, boleh tengok 'sunset'...

Sunday 16 February 2014

Resepi Kuih Keria

Kuih keria Antarabangsa kat Limbongan memang sedap, Sira dengan gula melaka.. x cukup sebijik... hehe. aliff kata 'Dappp'...


keria gula melaka

Kalau lalu kat Limbongan, jgn lupa singgah ye.. harga keria ni 50 sen sebiji.. tak rasa mahal pun sebab berbaloi dengan rasanya yang sedap menjilat jari.. Kalau nak tengok proses pembikinan keria ni, boleh g webpage EatingAsia ni..

OK.. Jom kita cuba buat kuih keria (keria biasa tau, bukan keria limbongan yg mcm gambo kat atas tu ye).. rujukan resepi ni dari blog kakinkl.com.. tq

Bahan-bahan
250 gm keledek
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air


Cara Menyediakannya
1. Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas.
2. Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan. Bulatkan dan bentukkan lubang bulat di tengah
3. Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
4. Untuk menyalut keria, masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
5. Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali. Segera tutupkan api
6. Terus kacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.


Ni la keria yang dah siap untuk dimakan... bak kata Aliff..'Dappp'

keria

Cerita Melaka

Aliff ngan ayahnya kat depan A-Famosa..
Awal tahun 2012, bermulalah episod baru dalam kisah hidup kami sekeluarga..berhijrah dr KL ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Sepanjang lebih kurang 2 tahun kat Melaka ni, banyak tempat2 menarik yang kami dah pergi.. (byk lagi yg belum sempat pegi sebenarnya).. antaranya peninggalan Kota A-Famosa, Perigi Hang Tuah, Masjid Selat, Taman Botani, Taman Seribu Bunga, Muzium Kapal Selam, Muzium Samudera, River Cruise, dan banyak lg..
dengan mak mertua kat muzium kapal selam

Kincir Air Sungai Melaka.. cantik

 
aliff kat depan Muzium Samudera
Pemandangan Masjid Selat di Pulau Melaka

Kat Tepi Sg Melaka..

Aliff main layang2 kat pantai Klebang.. 




 Pantai Klebang yg sekarang ni sebenarnya dah ditambak.. bukan pantai yg asal... biasa kalau hari cuti memang ramai kat sini.. kat sini x sesuai untuk mandi manda, jalan2 ambik angin, main layang2 bolela.. Saru lagi kalau g Klebang, kene singgah kat Klebang Original Coconut Shake..nyum nyum...  'Dapp' Kata Aliff/
Ni diaa.. Klebang Coconut Shake...

Saturday 15 February 2014

Dappppp.... kata aliff.

Aliff Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuih Keria Gula MELAKA....
(dapppppp...kata Aliff...!!!!)