"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 24 May 2015

Penangan Kuih Keria Limbongan!

Ini kisah semalam.. En Suami kata teringin nak makan kuih keria gula melaka yang terkenal tu.. aik, macam mengidam pulak ye.. layankan jela.. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil kat Limbongan, Melaka.. Limbongan??.. ye, nama tempat kat Melaka ni.. tak jauh dari Pantai Klebang.. Kalau orang Melaka, dah biasala dengar nama tempat ni, tapi kalau orang luar, mungkin macam pelik sikit bunyi nama tempat ni..

Lepas solat zohor, terus gerak g Limbongan. Kenapa kena pergi waktu camni, kan panas kat luar tu.. Sebabnya, kalau tak salah aku, kedai tu start jual keria pukul 2 petang.. So, disebabkan takut terlewat dan takut tak dapat kuih keria tu, kitorang pun sanggup keluar tengah hari camni.. huhu. Tengok budak dua orang tu tengah tido lena.. angkut jugakla.. sebabnya, si ibu ni ngada-ngada nak ikut g skali, huhu. pantang dapat berjalan.. Bukan jauh pun Limbongan ngan rumah kitorang ni.. dalam 15-20 minit dah sampai..

Sampai2 je, terus borong kuih keria tu.. Selain kuih keria gula melaka yang cukup terkenal ni, ada juga kuih2 lain dijual kat sini. Ada pisang goreng, keropok lekor, kuih bom, getuk ubi dan lain2. Laksa pun ada gak.. Laksa kat sini pun boleh tahan sedap jugak.. mujurlah, aku baru lepas makan nasi, kalau tak, mahu aku borong laksa jugak tu.. huhu.. nafsu nafsu..


Alhamdulillah. dapat gak lepas kempunan. Dah lama sangat kot tak makan kuih ni. Beli lebih sikit, makan sampai malam.. hmmm, kalori pun lebih jugak ni.. huhu. Aliff tido daripada pergi sampai balik rumah, masih tido lagi.. Adiknya, Ammar plak, masuk kereta, bukak mata tapi termenung je tak larat.. ngantuk lagi la tu.. Sian dia, balik rumah sambung tido balik.. Si Ibu dan Si Ayah makan kuih tu kat dalam kereta lagi.. tak menyempat sampai ke rumah.. huhu. Dalam kereta dah habis separuh keria yang dibeli.. Inilah penangan kuih keria Limbongan.. siapa pernah makan, mesti akan teringat2 rasa dia yang lembut dan sedap..

>Resepi Keria

No comments:

Post a Comment