"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 29 March 2015

'Knowledge Domino'..

Salah satu permainan Aliff kat rumah ni.. 'Knowledge Domino'.. Mainan ni beli masa pameran buku kat Dataran Pahlawan tahun lepas.. Dah lama la jugak beli benda ni.. Seronok main susun2, pastu tolak bagi dia jatuh berderet.. haha.. Yang tak seronoknya, kalau Aliff sepah2 kan pastu dia taknak kemas balik.. Ibu dia jugakla yang jadi pengemasnya..





Masa beli tu macam cantik je, macam comel je tengok gambar2 kat domino tu.. bagus untuk vocabulary kanak2 sebenarnya.. Murah je pun sebab tu barang 'clearance stock' kot..

Sedap Sangat Ke Nangka Tu?

Semalam kitorang g shopping kat Mydin MITC.. Masa lalu kat tempat buah-buahan tu, Aliff tunjuk2 kat buah nangka.. 'Nak tu.. nak tu', kata Aliff.. Memang buah kegemaran dia.. Omputih panggil 'jackfruit'.. orang jawa plak panggil 'Gori'.. Tak tahan dah dia tengok buah tu, kat dalam troli tu jugak dia nak makan..


Aliff memang suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran.. Sebab tu dia takde masalah nak buang air besar.. lawas sokmo.. huhu.. Tapi buah2 pon dia pilih2 jugak.. tak semua buah dia nak.. selalu makan pisang je.. sebab mudah nak dapat..

Pasca Banjir Di Sungai Perak

Masa cuti kat kampung di Perak baru2 ni, kitorang ada g tepi sungai perak tu.. Memang kalau balik kampung, suka bawak Aliff tengok pemandangan tepi sungai ni.. biasanya ada kerbau kat situ.. Aliff suka tengok.. (Entry pasal sungai ni sebelum ni, klik sini)

Walaupun banjir dah berlalu 2-3 bulan lepas, kesannya masih boleh dilihat di sepanjang sungai perak. Daerah Perak Tengah antara yang terjejas akibat banjir banjir yang berlaku tu.. Masa kitorang pegi ni masih awal pagi, tak nampak pulak kerbau2 yang selalu bersidai kat sini.. mungkin kerbau-kerbau tu belum bangun lagi, masih dalam kandang... takpun, tuan kerbau tu yang tak bangun lagi, belum buka pintu kandang.. Kandang kerbau tu tak jauh dari sungai tu..

Jom tengok gambar2 kat tepi sungai ni.. Kali ni adik Ammar dapat join sekali.. Yeaahh..

Adik abang

Air surut

Pagi2 pun ngantuk

Pokok hanyut

Tapak kaki kerbau ke?


Tunggul kayu pun cantik

Selfie ngan Ammar

Ambik gambo camni pulak

Tebing sungai tu ada yang dah terhakis akibat banjir dan arus deras. Ada batang pokok yang hanyut..

Saturday 28 March 2015

Majlis Berendoi Adik Ammar..

Majlis Berendoi ni tumpang sekaki Majlis Berendoi anak buah di kampung di Bota hujung minggu lepas.. kira sepupu Aliff ngan Ammar la tu.. Masa umur Ammar sebulan haritu dah buat kenduri doa selamat, akikah dan cukur jambul kat kampung di Banting, so, kali ni berendoi pulak di Bota.. Ammar dah 3 bulan pun, besar dah..



Ammar duk dalam buai tu, kejap2 tido, kejap bangun nangis.. tak selesa kot, lagipun masa tu tengah hari, panas agaknya dalam buai.. Ni sebenarnya first time aku terlibat dengan majlis berendoi orang perak ni.. Selain bacaan Marhaban dan Berzanji, Ada lagu2 yang diorang nyanyikan dalam bahasa Melayu, lagu2 tu lebih kepada pesanan dan nasihat kapada anak2..



Aku ada rakamkan video lagu yang dinyanyikan kumpulan marhaban tu.. jakun sekejap sebab sebelum ni biasa dengar marhaban je, lagu2 tu tak pernah dengar.. Nanti kalau ada masa, aku dengar balik lagu tu, tuliskan lirik dia dalam blog ni.. hehe



Kembali Ke Ofis..

Setelah lebih kurang 3 bulan bercuti, akhirnya aku kembali ke pejabatku.. 3 bulan honeymoon ngan si kecil Ammar.. seronok, rasa mcm tak cukup 3 bulan tu.. huhu..

Dan kepulanganku ke ofis memang dah lama dinantikan oleh orang2 kat ofis tu.. yela, kerja aku yang ditanggung diorang selama aku cuti tu, akan disambung balik oleh aku yang tengah blurrrr ni.. haha.. banyaknye kerja memang tak habis.. dengan mesyuaratnya sana sini..

Ammar pulak dah mula kena biasakan diri dengan ibunya yang bekerja ni.. Nasib baiklah rumah ngan ofis dekat je, so, tengah hari bolehla balik kejap tengok Ammar.. Susu dah pam siap2 simpan dalam peti sejuk, nanti kalau nak minum, panaskan je..

Isnin sampai jumaat kat ofis dengan kerja yang tak sudah2, rasa macam cepat je masa berlalu.. dah hari Sabtu.. habiskan masa berkualiti dengan famili pulak..

Monday 16 March 2015

Barang Hantaran Orang Perak.. Banyak & Kreatif!

Hujung minggu dalam musim cuti sekolah ni memang ramai yang buat kenduri kahwin. Hari sabtu, Adik ipar kahwin.. Majlis belah perempuan kat Kuala Kangsar.. Semalam pulak majlis pertunangan Adik ipar.. Dekat ngan Batu Gajah.

Barang2 hantarannya cantik digubah.. Kebanyakannya makanan. Orang Perak selalunya Ada gubahan halwa, kuih bahulu, tepak sirih, wajik, pulut, kuih bangkit, gula2/ coklat dan lain2.. Biasa jugak dengar kalau orang Perak ni hantarannya sampai berbelas-belas dulang. Yela kan, sedara mara nak bagi.. Tu yang kadang2 bertambah tambah tu.. Ok la tu.. Rezeki dikongsi bersama.. Alhamdulillah.

Jom tengok hantaran majlis pertunangan semalam.. Kreatif & inovatif gitu.. :)

hantaran
Halwa buah

hantaran
Bahulu ikan

hantaran
Kuih bangkit

hantaran
Wajik

hantaran
Jelly sumi

hantaran
Gula2 lollypop

hantaran
Gula2 udang

hantaran
Pulut

Ayam golek

Gambar2 tu sebahagian je.. Kalau tak silap, belah perempuan bagi 13 dulang hantaran..

Sunday 15 March 2015

Kerepek Ubi Pedas Kegemaran Aliff..

Baru2 ni kitorang ada g kedai kerepek Kat banting tu. Beli kerepek untuk dipek kecil2 buat cenderahati majlis kenduri adik ipar nanti. 3 jenis kerepek yang dibeli.. Kerepek ubi pedas kering, kerepek bawang ngan satu lagi tu taktau nama dia.. Panjang2 warna warni.

Kerepek pek besar

Masuk balang sikit untuk Aliff

Sedap sangat agaknya tu..

Waktu membungkus tu tunggu Adik Ammar tido. Aliff memang akan tolong kacau je.. Semua kerepek dia nak rasa tapi yang dia paling suka adalah kerepek ubi pedas tu.. Aliff memang suka makan pedas.. Orang duk melaka la katakan.. Tak best kalau tak pedas. Kalau dia nak kerepek tu, dia akan cakap 'nak pedas.. nak pedas..'

Yang dah siap dibungkus

Bantal Busuk vs Bantal Wangi..

Jangan ambik bantal saya ye.. Adik Ammar dah kuat genggaman tangannya.. Bersungguh2 dia pegang bantal dia tu. Sarung bantal tu ada gambar zirafah.. Ammar suka.. Aliff sebut 'jirapah'.. Ada slang kejawaan di situ.. Hehe. Aunty Nurul yang buatkan sarung bantal tu.. Cantik. Tq aunty




Bantal tu memang selalu dengan Ammar.. Dibawa ke mana2 je Ammar pegi. Jangan jadi 'bantal busuk' sudah.. Hehe. Rajin2 ibu basuh biar wangi..

Ammar @ 3 months old..:)

Friday 6 March 2015

Resepi Tuntuman Pisang

Tak sangka pulak cerita pasal tuntuman dalam entry beberapa bulan lepas ramai yang baca sampaikan masuk list top 5 cerita popular dalam blog yang take seberapa ni. Mungkin ada yang nak cari resepinya.

Semalam, kebetulan Mak tengah nak buat kuih ni.. Aku pun tolong2 la buat sementara budak kecik berdua tu masih tido. Yang ni resepi Mak.. Guna tepung gandum..  Ada jugak orang buat gunakan tepung beras. Tapi kalau tepung beras, adunan tu kena masak dulu bagi pekat sikit sebelum dibungkus.

Bahan2:
-Tepung gandum
-Pisang masak (potong2 kecik)
-Santan
-Gula
-Sedikit kapur masakan
-Sedikit garam
-Air
-Daun pisang untuk bungkus

Cara2:
-Campurkan semua bahan2 dan bungkus dengan daun pisang.. Cara bungkus tu dipanggil 'tum'.. Sebab tu nama kuih ni tuntuman pisang.. Lepas dah dibungkus, bolehlah dikukus lebih kurang 15-20 minit.

Adunan tuntuman

Bungkus macam ni. 

Dah siap dibungkus

Kukuskan

Dah masak. Potong sikit daun tu bagi kemas

Apa lagi.. Bolehla dimakan.. Nyam nyam

Monday 2 March 2015

Cadbury & Siti...


Sejak kes status halal coklat Cadbury ni yang kecoh satu Malaya pada tahun lepas, Cadbury telah cuba memenangi kembali hati masyarakat.. Cadbury dengan iklan terbarunya yang menampilkan penyanyi tersohor tanahair, Dato' Siti Nurhaliza memang catchy..

Aliff suka tengok iklan ni.. terpaku dia sekejap kalau iklan ni keluar kat tv.. Aura Siti.. haha. Tak rugi Cadbury ambik Siti jadi duta.. budak2 kecik macam Aliff pun boleh terpengaruh.

cadbury

Lagu dan lirik asal oleh Leitin Arr, Aubrey Suwito & Rozisangdewi. Untuk iklan cadbury ni, liriknya diubah sikit.. 

Lirik Lagu Warna Dunia (version cadbury)

Hey
Duniaku kan Ceria, Tepat Tafsiranmu
Jika Tak Bersuara, Akal Bersahabat
Zahirnya Bagai Kaca, Cekal Berhadapan
Warna Dunia, Ku Bangkit
Duniaku kan Ceria, Tepat Tafsiranmu
Jika Tak Bersuara, Akal Bersahabat
Zahirnya Bagai Kaca, Cekal Berhadapan
Warna Dunia, Ku Bangkit


Tengok video lagu ni kat youtube...

Walaupun JAKIM dah sahkan produk Cadbury tu Halal, masih ada keraguan pada sesetengah pihak.. takut2 nak makan.. Bagi aku, kalau JAKIM dah kata Halal tu, Halal la.. Tapi bagi sesiapa yang masih ragu2 tu, terpulanglah.. Pilihan di tangan masing2..

Sunday 1 March 2015

Macam Robot!

Adik Ammar punya gaya tido.. Macam robot.. Dua2 tangan lurus je Kat tepi.. Biasanya kalau gaya camtu, tak lama lagi nak bangun la tu.. dah penat tido + dah lapo..


Kalau tengah syok tido, biasanya tangan angkat ke atas camni.. :)


Gaya2 tido yang lain belum pandai lagi.. I masih kecik ok.. haha.. meniarap pon belum boleh..pernah jugak nak tidokan dia mengiring or meniarap tapi kejap je tahannya.. tak lama pastu dia bangun.. Ada sesetengah baby tido lebih lena kalau meniarap.. mungkin tunggu dia besar sikit kot baru boleh tido macam2 gaya.. setakat ni terlentang je la..

Kalau abangnya si Aliff tido macam2 gaya.. meniarap.. tertonggeng.. pusing 360 darjah.. tangan kaki suka hati je kat mana2.. ada sekali tu, kepala dia atas perut adik Ammar.. dia ingat bantal kot.. huhu.. mentang2la perut adik ni bulat macam bantal.. sian adik Ammar.. tapi adik pon elok je tak bangun masa tu.. kepala abang Aliff ringan je kot.. :)