"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 22 September 2019

Pengalaman Bersalin Anak ke-3

Assalam..

Dah 2 tahun bersawang blog ni rupanya. Tetiba teringat nk tengok balik.  Cari kenangan mengandungkan Aliff  & ammar dulu. Huhu..

Sementara masih ingat lg, baik kucoretkan sikit cerita masa bersalinkn puteriku. Adik pd Aliff  & ammar. Walaupun dah 2 tahun,  masih segar lg dlm ingatan. .Hehe

Alkisahnya aku diarahkn bertukar pejabat dr putrajaya ke Kuala Lumpur pd awal Mei 2017. Masa tu baru lebih kurang setahun pindah dr melaka ke putrajaya.. Mmg dasar jabatan tmpt kerja pegawai perlu ditukarkn ke cawangan/ pejabat lain apabila cukup tempoh bertugas/ dpt kenaikan pangkat. Syukur sgt masa tu sbb bila dpt tukar KL,  dekat sikitla nk berulang dr rumah ke pej baru di KL. Rezeki Baby dlm kandungan. Alhamdulillah.

Masa lapor diri di pej baru, kandungan dah Masuk 30 minggu Klau x silap. Masih menjalani rutin ke klinik seminggu sekali ambil bacaan tekanan darah (BP) sbb masa buka buku Pink bacaan BP tinggi & ada history BP tinggi masa mengandungkan anak no. 2 dulu. So, mmg kena pantau sampai ke tarikh bersalin. Ubat mmg Dr xde bg sbb bacaan BP tu masih terkawal. Risau juga masa tu takut kena paksa bersalin awal sbb darah tinggi ni.

Hujung mei 2017, mulalah bulan ramadhan. Walaupun dah sarat masa tu, larat lg nk berpuasa dgn harapan dpt puasa penuhla kan.. EDD 2/7/17, lebih kurang seminggu selepas Hari Raya. Bersalin Kali ni mmg xnk ambil cuti awal. Cuma kebetulan dekat dgn Hari Raya, so, ambikla 1 hari cuti Hari jumaat 23/6/17. Klau x silap Raya jatuh pd 25/6/17.

Hari khamis 22/6/17, Hari last kat ofis sebelum cuti nk Raya.. Sempat bergambar raya dan bermaaf2an dgn kawan2 kat ofis.. Semangat nk beraya la katakan. Haha. Siang tu kat ofis dah rasa sakit2 pinggang x senang duduk.. Tp buat xtau je. Magrib tu buka puasa mkn roti canai sekeping.. Xde selera pulak.. Tetiba dlm pukul 9 mlm camtu, eh knapa tiba2 rasa mcm contraction ni.. Baby nk kuar ke ni.. Huhu. Makin lama makin sakit & kerap. Bgtahu kat husben suruh ready.. Haha. Mmg terkojut la dia sbb due date 10 hari lg ni.. Semua org dah sibuk nk beraya plak tu.

Terus telepon kakak Kat serdang, minta tolong ambil Aliff n ammar sebab nk kena pegi hospital ampang time tu jugak. Dlm pukul 12 tgh mlm, kakak sampai & ambil diorang. Aku & husben terus pecut ke hospital. Nasib baik jln lengang dah tgh mlm.  Pukul 12.10 sampai hospital. Pegi tempat saringan bersalin tu, tukar baju hospital. Nurse suruh baring dulu tunggu Dr dtg cek bukaan. OK. Tp masa tu mcm baby dah nk kuar je rasanya. Panggil Dr,  bgtahu sakit sgt ni. Dr pon dtg & cek. Tiba2 dia jerit dah full ni.. Terkejut jugak. Terus jadi kelam kabut semua. X sempat pasang2 mesin kat perut.. Terus kena tolak Katil tu  laju2 ke labour room.

On d way tu, Nurse suruh tahan, jgn teran dulu.. Aku dah sakit sgt ni tp thn2 jugakla tak teran. Nurse suruh mengiring aku pon mengiring sambil kena tolak ke labour room. Masa tu husben tgh cari parking dgn ambil beg kat kereta lepas turunkn kat tempat screening td tu. Sampai2 je kat labour room, air ketuban pecah sendiri. Terus bgtahu nurse. Nurse kata jgn teran dulu, pindah katil dulu baru teran. Alamak kena tukar Katil la pulak.. Elok je tukar katil labor room tu,  aku terus teran. Sekali Teran, baby keluar. Cepat sgt semuanya. Dlm pukul 12.30 pagi 23/6/17. Husben x sempat naik ke labour room pon. Nurse tegur.. Dia kata mudahnya awak bersalin.. Syukur alhamdulillah. Baby 2.45 kg je sbb tu senang keluarnya kot.

Alya Husna @2 yrs old

Alya husna nama diberi. Now dah 2 tahun lebih dan akan jadi kakak tak lama lg. Walaupun dilahirkan kecik sikit tp dialah yg paling kuat makan n bambam berbanding abg2nya. Semoga terus membesar sihat dah jadi anak solehah penyejuk hati ibu ayah..

Thursday 23 March 2017

CTFKL2017.. Terjebak sama

Memandangkan suami den ni peminat kartun & toys, aku pon kadang2 turut sama terjebak.. Ala kartun2 superhero tu la. Macam ironman, star wars dan yg seumpamanya... Dan anak2 aku pon terikut2 jugak ngan hobi ayah diorg tu.. Walaupon aku ni jenis yg x berapa minat benda2 tu, tapi aku tetap bagi sokongan moral gakla.. Huhu.


Ceritanya, 5 Mac baru ni ada event kat istana budaya.. Collectors Toy Fair Kuala Lumpur.. And suami den ni menggayakan costume ironman... Yang kutahu ironman ni baju dia warna merah kan.. Rupanya ada baju ironman yg warna kelabu, ala2 besi gitu.. Memangla tak masuk dalam silibus otak aku yg cetek ilmu kartun ni.. Hihi..

Dalam event tu ramai peminat2 superhero yang pakai kostum superhero yg diorg minat.. Macam spiderman, hero2 starwars, ironman, ultraman dan macam2 lg yang aku pon x kenal.. Haha.. Doraemon ngan pokemon pon ada.. Tapi yang paling menakutkan so aliff ngan ammar ni, kostum raksasa kot, kalau x salah aku la.. Berlari nyorok belakang aku bila mahkluk tu keluar berjalan dekat ngan kitorang..




Selain acara cosplay (org gayakan kostum) tu, banyak booth2 toy collector yang join.. Antaranya pengumpul kereta mainan hotwheel.. Aliff ngan ammar pon dapatla beberapa biji hotwheel ihsan ibu dia ni.. Tapi beli yang secondhand je.. Terperanjat tengok ada yg harganya beratus2.. Maybe yg tu special edition kot, yg rare punya.. Memang tak kan ku beli untuk diorang kalau mahal cenggitu.. Sorry ye anak2.. Beli yg murah2 sudah ye.. Nanti balik rumah buat baling2, abis rosak kan..



Yang paling tak sangka, suami den menang best cosplay pada hari tu.. Taktaula dapat hadiah ape.. Siap masuk surat kabar lagi.. Glamer la kejap kan.. Haha..Tapi berbaloi jugakla hobi & kesungguhan dia terhadap seni2 arca ni.. Ntah akupun taktau nak describe ape hobi laki aku ni.. Asalkan bahagia sudah..


Kitorang balik awal haritu.. Dalam pukul 12 lebih tengahhari sebab nk g kenduri kawen sepupu kat kajang.. Tak tunggu sampai petang pon.. Penganjuran event ni antaranya untuk kumpul dana bagi penganjuran event yg lebih besar pads tahun depan.. So, tunggula tahun depan, suami den nak pakai kostum ape pulak.. :)

Friday 3 March 2017

Bekerja Sendiri atau Makan Gaji?

Bekerja sendiri atau makan gaji?.. Apa pilihan anda?.. Kalau ditanya soalan camni, memangla aku prefer kerja sendiri.. Sebab tak terikat dengan mana2 pihak. Yg paling penting dapat luangkan lebih masa dengan famili.. & aku pun yakin ramai yang kalau boleh nak kerja sendiri. Lagi2 yang wanita mcm aku ni.. Nak jadi suri rumah, uruskan rumah tangga.. Jadi isteri mithali gitu.. Huhu.

Foto ihsan Google.

Tapi untuk kes aku yg masih makan gaji ni, keluar awal pagi balik petang, buat masa ni, aku rasa ini yg terbaik untuk aku & familiku.. Di zaman kegawatan ekonomi, duduk di tengah kota, harga minyak naik, gula naik, semua pon naik naik.. Bertahanla.

Memang ada niat nak pencen awal.. Buat biz, kerja dari rumah.. Tapi sebelum nk berenti kerja tu, kena prepare dari segi mental, ilmu & kewangan juga.. Ramai yang cakap, tempat isteri tu di rumah, uruskan rumahtangga kan.. Itu memang cita2 aku.. Hihi.. Bilala agaknya nak tercapai.. :)

Aku target dalam tempoh 10 tahun, cita2 aku ni dapat direalisasikan.. Haha.. Lama betul time frame nya nih.. Tunggu ekonomi stabil dulu.. Haha

Thursday 2 March 2017

Tambah Seorang Lagi.. Alhamdulillah..

2017. Tahun ni famili kecilku akan bertambah lagi seorang ahli. In sya Allah.. Aliff pon dah mula bersekolah.. Kat tadika dekat2 ngan rumah.. Si ammar pulak dah banyak vocabulary.. Dah banyak cakap tapi sepatah sepatah bila bercakap.. X macam abangnya, aliff yg bukan main laju pot pet pot pet masa seusia ammar dulu.

Dan 2 orang hero ni tak lama lagi akan dapat seorang Adik.. Bila ditanya aliff ngan ammar nak adik laki ke adik pompuan... Kejap2 jawab nak laki, kejap2 nak pompuan.. Memangla teringin nak baby girl pulak Kali ni.. Tapi semuanya dengan izin Allah. Kalau lelaki lagi pun OK..

Kalau ikutkan tarikh jangka bersalin lebih kurang seminggu raya puasa.. Harap2 sempatla beraya hari pertama tu sebelum baby ni keluar.. Kalau tak, mmg berpantangla tak dapat makan juadah raya yg sodap2 tu.. Haha..

Taktau la macam mana penerimaan ammar terhadap adik baru dia nanti, sebab selamatni dia mmg Adik kan.. Lepas ni dah nk jadi abang pulak.. Aliff rasanya takda masalah.. Dah besar sikit & boleh diharap tolong2 buat keje rumah.. Tolong2 kemas rumah.. Ammar yang buat sepah, abang aliff yang rajin kemaskan..

Terasa cepat masa berlalu. 4 bulan je lagi sebelum menyambut baby baru.. Semoga dipermudahkan segalanya untukku sekeluarga.. Aminn..

Aliff & Ammar di bawah pohon kurma, depan rumah nenek.. :)





Friday 16 December 2016

Bercuti Di Pulau Pangkor

Minggu lepas sempena birthday Ammar yg ke 2 tahun, me & family bercuti mandi manda kat Pulau Pangkor.. Sekali ngan famili Adik ipar & mak mertua.. Seronok layan budak2 kat pantai..


Ammar memang suka sangat mandi kat laut tu.. 'Nang nang' katanya.. Dia nk sebut berenang la tu.. Aliff pulak takut nk masuk dalam air tu.. Dia main pasir je kat tepi pantai.. Apala Aliff ni..

Ammar seronok sangat dapat 'nang.. nang'..
Aliff takut air laut.. Main kat tepi2 je

Hari pertama sampai tu, tengahari.. Lepas mkn2, kitorang pusing2 naik bot.. Tengok pulau2 sekitar teluk nipah tu.. Si Ammar naik bot je, mata dah tak tahan ngantuk, kena plan ngan angin sepoi2.. X dapatla ammar tengok fish kat air yg jernih tu.. Ammar oh Ammar..


Bagi makan fish..
Orang sibuk tengok ikan, dia tido pulak..
Dah turun bot pon, tak sedar2 lg Ammar ni..

Kitorang stay 1 malam je kat chalet dekat Teluk Nipah tu.. Malamnya, jalan2 cari makan kat tepi laut.. Makan agak mahal sikit sbb kawasan pelancong kan.. Tapi takpela sekali sekala. Dapat jugak makan kurang bakar.. Nyum nyum..

Ammar sibuk nk cucuk kerang tu.. Tapi dia x mkn pun..

Kesimpulannya, seronok dapat g Pulau pangkor ni.. Airnya bersih, jernih.. Best mandi manda.. Cuma disebabkan kesuntukan masa, kitorang x sempat jalan2 keliling Pulau pangkor tu.. Ada lg tempat2 menarik yg boleh dilawati.. Tapi takpe, in sha Allah ada rezeki nanti kita g lagi.. :)

Wednesday 16 November 2016

TB Hari Sukan Negara 8.10.16

HARI SUKAN NEGARA.. kenapa sebelum ni x pernah dengar ek?. Maksud saya kenapa tahun2 sudah macam tak berapa havoc je event ni.. X mcm yg dipromosikan pd tahun ni.. Rasanya tahun ni agak meriah sambutannya.. Atau mungkin saya yg x ambik port pasal benda2 cenggini dulu.. Ntahla, lgpun umor dah meningkat ni, mudah terlupa & cepat je hilang memori tu.. So, sebelum hilang semua dari memori, baik kita sharekan kat sini.. Utk kenangan di kemudian hari.. Huhu.



8.10.2016 yang lalu bersamaan dengan hari sukan negara, saya, suami & 2 org hero kecik pergi ke taman rekreasi kat area ampang.. Mulanya, nk duk rehat2 kat rumah je tapi keboringan la pulak.. Jomla p taman kita beriadah sempena hari sukan negara ni.. Hehe.. Si Abg & Adik seronokla sgt sebab dpt jalan2 main kat taman.. Walaupun waktu tu matahari dah panas memancar.. Biar ayahnya layan.. Huhu. Ibunya ni udah kepanasan.. Nk cepat beredar je.. Mana semangat kesukanan ibu ni.. Dapat jln2 shopping mall seronok gak ni.. Hihi..






Cerita pasal hari sukan negara, acara ni dah dimulakan secara rasmi pada tahun 2015.. So, tahun 2016 ni kiranya yg kali ke2 la sambutannya.. Diadakan pada setiap sabtu kedua pada bulan Oktober.. Serentak di seluruh Malaysia.. Di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan.. Syabas kepada KBS atas penganjuran acara ni. Banyak aktiviti2 yg dijalankan. Meriah sungguh bila tengok laporan media2 di TV tu..

Akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara!!.. Macam ucapan menteri la pulak ye.. Hihi

Tuesday 15 November 2016

Hampir Setahun Di Ofis Baru..

Assalam.. Dah lama x buka blog sendiri.. Sibuk sangat ke wei.. Hihi.. Semenjak tukar kerja di tempat baru ni, kebiziannya takdela macam kat tempat kerja lama kat melaka.. Tapi ntah kenapa semacam malas nak online.. Haha..

Dah dekat setahun duk ofis baru ni.. Jauh sikit (1 jam drive) dari rumah tapi kerja tak sebizi dan tak sepening kerja di ofis lama dulu.. Kalau dulu jarak ofis dgn rumah cuma 5 minit drive je, tapi kerjanya mmg teramat bizi dan stressful.. Kerja tempat lama vs tempat baru, masing2 ada kelebihan & kekurangannya.. Apa2 pun kena tetap bersyukur sebab masih dipanjangkan rezeki untuk famili. Alhamdulillah..


Dan hampir setahun jugalah aku drive sendiri ke tempat kerja.. Pelik ke drive sendiri ni.. Hehe.. Sebenarnya dah 4 tahun yakni sepanjang kerja kat melaka, ada driver yang hantar dan ambik dari tempat kerja.. Siapa lg kalau bukan my husband.. Hihi. Mentang2 rumah dekat masa tu, bolehlah bermanja2 mintak hantar bagai.. Haha.. Mula2 tu kekok jugak nk drive balik sebab dah lama x drive sampai lesen expired pon x perasan.. Tapi lama2 dah ok.. Tulah, nasihat aku utk diriku dan sesiapa shj, jgn lama2 tinggalkan driving ni nanti hilang skill & confident.. Hehe.

K, taktau apa lg nk dicoretkan.. Kering idea.. Nanti sambung lg.. :)