"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 25 May 2014

Mewarna ke Ni?

Semalam Aunty Nurul belikan Aliff buku mewarna.. gambar haiwan2.. Aliff memang suka kalau dapat buku2 camni.. memang ada belikan dia pensil warna ngan crayon... tp dia belum pandai warna ikut garisan/ ruang.. yg dia tahu contengggg...
"Buu,, cantiknyee..". kata Aliff

Dua dua tangan nak mewarna..

Pertandingan Bot Kawalan Jauh

Sempena Festival Antarabangsa Sg Melaka 2014 yg baru bermula ni, kitorg tak lepaskan peluang tengok pertandingan bot kawalan jauh. Kat Tasik Ayer Keroh.. Bila dengar bunyi bot enjin tu, Aliff takut, tapi bila dah start berlumba, Aliff excited sgt, sampai terjerit2 bila nampak bot2 tu laju..


peserta tengah bersedia nak lepaskan bot masing2.
 
Mula2 takut dgr bunyi bot tu..

Laju.. sampai ada yg berlanggar sesama sendiri..

Adegan kejar mengejar..
Festival Sg Melaka ni acara tahunan.. berlangsung selama sebulan..selain dari pertandingan bot ni.. banyak lagi aktiviti lain yg dirancang..

Saturday 24 May 2014

Sijil Halal 2 Produk Cadbury Ditarik Balik

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.-Lapor Sinar Harian

Sunday 18 May 2014

Pokok Halau Nyamuk

 halau nyamuk
                                                       Nama Botani : Pelargonium radula
                                                       Famili: Geraniaceae


Pokok jeremin atau lebih dikenali dengan nama pokok halau nyamuk ni merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang dan memerlukan siraman air secara berjadual, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari untuk memastikan ianya tidak menjadi layu.

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.

Selain pokok jeremin ni, ada beberapa jenis pokok lagi yang mampu menghalau nyamuk. Contohnya Bunga Lavender, Bunga Rosemary, Citrosa Mosquito, Mintrosa of Lady Diana, Marigold, Bunga Kantan, Zodia, Serai wangi dan Akar Wangi.

Saturday 17 May 2014

Lagu Ilmu Mutu Dan Budi

Satu lagi lagu UKM.. yang ni rancak sikit berbanding lagu 'Varsiti Kita'

Ilmu Mutu dan Budi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah harga diri
Hidup siswa siswi
Harapan ibu pertiwi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah pelita hati
Asas pembina peribadi
Untuk menabur bakti

Itulah pegangan hidup kami
Sumber kekuatan rohani
Mutiara peradaban asli
Titian hidup abadi

Ilmu Mutu dan Budi
Itulah pusaka sejati
Menuju cita-cita murni
Semoga Tuhan memberkati

Komposer : Zubir Ali
Lirik : Salleh Hj. Yusof 


Yuotube

Jemputan Kenduri Atok Melaka..

Salam.. Alhamdulillah, pagi2 lagi pakcik sebelah rumah ni jemput makan kenduri tengah hari ni.. Aliff panggil pakcik tu Atok.. Atok Melaka.. hehe.

Pakcik ni dah pencen.. duk rumah, memang selalu bertegur sapa.. dia rajin berkebun, tanam pokok bunga & bersihkan halaman rumah. So, tengah harini tak payah masak la.. hehe, makan kenduri je..

Belah pagi, pakcik ni jemput anak2 yatim makan kat rumah dia ni.. bagus kan.. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat mencintai dan mengasihi anak-anak, lebih-lebih lagi anak yatim. Bayangkanlah bagaimana perasaan anak-anak ini ketika rakan-rakan sebaya mereka begitu riang kerana mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Malah kelebihan yang besar terdapat pada anak-anak yatim ini adalah doa mereka sangat makbul.

Kitorang pon dah kenyang makan kat rumah pakcik ni.. semoga pakcik sekeluarga diberikan kesihatan dan kebahagiaan dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.. Terima kasih dari kami sekeluarga.

UFO ‘Lawat’ Kebun Sayur?..

Penduduk Yi’an yang mendengar bunyi letupan kuat pada awal pagi semalam tidak menyangka ia sebenarnya mungkin petanda kawasan itu ‘dilawati’ objek dari angkasa lepas.

Pegawai kerajaan tempatan semalam berkata, beberapa penduduk Mengchang mendakwa bunyi itu didengar kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan). “Apabila mendongak, mereka melihat ada bebola api meluncur dan jatuh ke arah kebun sayur-sayuran,” katanya.

Selepas diselidiki, kata pegawai terbabit, penduduk menemui tiga objek aneh di tiga kawasan berasingan di situ. Berdasarkan gambar dirakamkan penduduk, objek berkenaan berbentuk seperti bola besi yang sebahagiannya di ditutupi lapisan bergerigi.

“Dua lagi objek serupa dilihat jatuh dari langit ke arah daerah Baiquan yang bersebelahan,” katanya.
Media tempatan melaporkan, satu daripada objek misteri itu mempunyai diameter 70 sentimeter dan berat kira-kira 40 kilogram. Kedua-dua kawasan itu sudah ditutup dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.-lapor MyMetro

Friday 16 May 2014

Lagu UKM

Mengenang kembali zaman2 belajar kat UKM dulu.. (2002-2006)

ukm

'Varsiti Kita' - Lagu Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lihat kampus ku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah varsiti kita
Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membina
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat ungulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

YuoTube

Tuesday 13 May 2014

Jalan2 Naik 'TAPI TAPI'


Cerita semalam.. Bercuti di KL.. Bawak Aliff naik tren g KLCC.. KLCC dekat je ngan rumah kat Ampang ni, tapi malas nak bawak kereta, leceh nak cari2 parking.. kitorang keluar awal, parking kereta kat stesyen lrt Cempaka. naik tren dari Cempaka, transit lrt Aliran Kelana Jaya kat Stesyen Masjid Jamek sebelum sampai ke KLCC.. Aliff kata "Takuyt" masa dalam lrt tu.. haha, dia gayat agaknya..

Dah lama nak bawa Aliff g KLCC ni.. patutnya nak g Aquaria, tapi tak jadi, kitorang pusing2 je kat dalam tu, singgah Kinokunya, tengok air pancut kat luar KLCC tu.. dah tengah hari tu, kitorang gerak balik.. Aliff excited bila nampak tren, terbeliak bijik mata bila nampak tren lalu.. Aliff panggil 'TAPI TAPI'.. (keretapi).. hehe, maklumla, kat Melaka takde tren macam kat KL ni..

dalam Putra LRT, kerusi penuh, Aliff berdiri pegang tiang..
dalam STAR LRT, tengok pemandangan luar..
 Selalu tengok dalam buku je gambar2 'tapi tapi' ni.. teori je.. harini dapat praktikal.. hehe..

Sunday 4 May 2014

Pengat Pisang Tanduk Atok

Pagi tadi g Tesco cari lampin Pet Pet Aliff.. hari ni ada promosi.. teringat pulak ada pisang tanduk kat rumah..so, beli sagu biji sikit, boleh buat pengat pisang..  pisang tu bawak dari kg aritu, dah masak sangat, tak sempat goreng, jadinya simpan dalam peti sejuk..

Ni la hasilnya.. resepi ambik kat internet.. hehe

Aliff suka sebab ada pisang.. Dappp
Ni kek chiffon.. bukan buat sendiri.. beli kat kedai Kek je

Resepi pengat pisang tanduk ni senang je.. search kat internet mesti jumpa..

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji pisang tanduk | dihiris kecil
  • 1biji santan pekat.. (guna santan sawit, mudah)
  • 3 sudu makan biji sagu
  • Sedikit gula melaka.. (agak2.. jgn manis sgt)
  • 1 helai daun pandan..
  • Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, gula melaka dan daun pandan di dalam periuk. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan garam dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan masak seketika.
4. Tutup apinya dan masukkan biji sagu.
5. Tutup periuk dan kacau sehingga sebati.

Saturday 3 May 2014

Pasar Malam Paya Ikan

Dah lama jugak tak pegi pasar malam paya ikan ni.. Paya Ikan ni nama satu tempat kat Bukit Baru, Melaka. Setiap Sabtu ada pasar malam. Malam ni takde selera nak makan nasi.. cadangnya nak cari laksa penang.. Tengah pusing2 kat pasar tu, terserempak ngan gerai jual putu mayam.. selalu macam tak perasan pulak gerai ni.. maklumla, dah agak lama tak g pasar malam kat sini. Teringin pulak.. belilah sebungkus..
 
putu mayam
sebungkus RM2.. ada warna putih & hijau..
putu mayam
dibuat dari tepung beras. makan ngan kelapa parut & gula merah
Nikmatnya dapat minum air sejuk.. pilih je yg mana satu
OK. Menu malam ni, laksa penang, putu mayam, mi kerinting goreng (untuk Aliff), & Air Soya cincau.. Alhamdulillah..

Lagu 3 Negeri


Sejak zaman sekolah sampailah dah bekerja ni, ada 3 lagu negeri yang pernah aku dengar & nyanyikan.. Bersekolah kat Selangor & Nogori Sembilan, dan sekarang kerja kat Melaka.. kalau perhimpunan bulanan dan program2 kerajaan Negeri, kenalah nyanyi sekali, baru bersemangat sikit kan..


Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lirik Lagu Negeri Sembilan

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Lirik Lagu Negeri Melaka

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpah Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju Dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
Melaka Maju Jaya

Hmmm, masa kerja kat KL dulu, tak pernah pulak nyanyi lagu KL.. hehe

Bersabtu Di Rumah..


Memandangkan hari ni takde plan nak ke mana2, so, duk rumah je la ye.. Aliff sepahkan mainan dia, pastu ibu dia yang tak berapa nak rajin ni biarkan je sambil membebel2.. haha.. nanti Aliff dah penat main, Aliff tido ye.. masa tu nanti baru kemaskan..

Macam tula rutinnye.. seminggu sekali je (hujung minggu), perasaan rajin mengemas tu datang.. biarla Aliff main.. Ada gak ajar dia kemas sikit2, lepas main masukkan dalam bakul mainan, tp tak lama lepas tu sepah balik... yang penting Aliff happy..

Nanti petang ajak Ayah g jalan pasar malam la.. tunggu cuaca redup sikit..

Thursday 1 May 2014

Lempeng Hari Buruh

Pagi ni hujan lebat kat Melaka.. Sebelum subuh lagi dah hujan.. sejuk sikit.. Lepas Subuh, kemas2 dapur.. nampak 5 biji pisang (tak ingat nama pisang ni) dah masak ranum..  aritu dah buat cekodok.. tukar selera plak harini..buat lempeng sedap kot.. sementara Aliff masih tido.


elok je bancuhan yang last sekali letak atas kuali, Aliff on bangun.. OK, jom sarapan..