"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Monday 29 September 2014

Jambatan 'Old Bus Station'


Cerita petang semalam.. jalan2 kat tepi sungai melaka. kali ni kitorang lepak dekat dengan Jambatan 'Old Bus Station'.. dulu kat sini ada stesen bas lama ngan panggung wayang.. sekarang dah takde lagi stesen bas tu.

ni la jambatan 'old bus station' tu

ni 'name tag' dia

Pemandangan dari atas jambatan..

Aliff tengok pemandangan dr atas jambatan


Kat kiri kanan jambatan tu disediakan laluan pejalan kaki.. boleh duduk2 ambik angin petang sambil menikmati pemandangan sungai.

Aliff tengah tunggu bot 'river cruise' lalu

'haa. tu bot'.. kata Aliff


Dekat dengan jambatan ni, ada 'Pirate Park', tapi macam lengang je takde orang.. taktaula, mungkin malam baru dia beroperasi kot.. ada rumah hantu, 'pirate ship', 'merry go round' kat dalam tu..

Aliff yg ambik gambar ni.. sibuk je dia nak pegang kamera

Pemandangan tepi sungai pon dah cantik.. bangunan2 yang dulunya membelakangkan sungai, diorang lukiskan mural cerita sejarah negeri Melaka.




Pegi sekejap je sebab dah lewat petang.. 'babai jambatan'.. kata Aliff..

Saturday 27 September 2014

Pokok Kemboja Dah Berbunga..

Satu-satunya pokok yang ada masa kitorang mula menyewa kat rumah ni ialah pokok bunga kemboja.. Mungkin tuan rumah ni tak berapa sempat nak tengok2 pokok sebab dia pon jarang2 duk rumah ni sebelum kitorang sewa. tu yang cuma ada satu pokok je kot..


Mula2 duk rumah ni, takdela nampak pokok tu berbunga, tapi sejak 2 minggu kebelakangan ni, banyak pulak bunganya. Minggu lepas pon sempatla membaja sikit.. kesian dia mungkin dulu tak cukup nutrien & kasih sayang, pokok pon nak kasih sayang ek.. hehe. sebelum ni dia sorang2 je kat laman rumah ni.. macam sebatang kara pulak, tapi sekarang ni, dah ada banyak pokok kat sebelah dia..mungkin dia dah rasa seronok, dah ada kawan..

bunga kemboja


Pokok bunga ni sebenarnya mudah dibiakkan. Boleh guna biji benih atau keratan batang. Yang ada kat rumah ni warna pink je.. memang selalu orang tanam jenis ni. Banyak lagi variasi pokok bunga kemboja.. & bermacam2 warna bunga dia.. memang cantik. Kat kubur pon selalu ada pokok bunga kemboja, tapi biasanya jenis yang berbunga putih atau pink, & pokoknya bersaiz besar.

Tuesday 23 September 2014

Bocor Bocor 2014...

Bocor jugak.. kali ni kertas Bahasa Tamil & Matematik..  2 je lagi kertas yang tak dikhabarkan bocor.. kertas BM & B. Cina..harap2 takdela.. Kalau bocor jugak taktaulah apa nak kata.. perlu ke UPSR ni dikaji semula atau dimansuhkan??.. 

Sebenarnya masa zaman aku sekolah dulu pon ada jugak dengar2 pasal soalan bocor ni tapi untuk SPM la.. untuk UPSR takdela pulak.. tapi dulu kita belajar pon suka2 je. takde nak stress pasal exam.. maklumlah budak lagi.. pikir main je.. datang exam pon macam datang kelas biasa. Mak Abah pon takde nak tekan2 untuk dapat result cemerlang.

Mungkin ke sebab zaman sekarang ni, persaingan terlalu sengit nak dapatkan keputusan cemerlang sebab nak masuk asrama penuh.. atau ada sesetengah pihak/individu yang nak pastikan keputusan cemerlang untuk reputasi sekolah.. taktau la nak kata.. kita pon taktau setakat mana darjah keterukan kebocoran soalan2 UPSR ni (apa punya ayat ni, patutla, BM dulu tak dapat A.. huhu).

Tapi yang pasti, kecanggihan teknologi masa kini yang membolehkan maklumat tersebar dengan cepat seperti telefon pintar/tablet+internet+aplikasi2 yang macam2 sekarang ni.. Yang kesian tu, budak2 yang kena ambik exam tu balik.. sabo je ye dik.. Ada hikmah di sebalik semua ni..  

Tarikh baru untuk ulang semula UPSR 2014 ni pon dah ditentukan macam kat bawah ni.. 
  • Bahasa Inggeris – 30 September 2014
  • Sains – 30 September 2014
  • Matematik – 9 Oktober 2014
  • Bahasa Tamil – 9 Oktober 2014

Untuk SPM nanti harap2 la tak jadi camni lagi.. yang tu kalau kena repeat memang menangisla.. huhu. Aku rasa dalam hidup ni, exam yang paling susah masa SPM la.. sebab tak cukup rajin nak study.. hehe. Nasib baikla dah lepas..

Monday 22 September 2014

Azmin Ali MB Selangor Yang Baharu..


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin. 


Akhirnya tamatlah teka-teki siapa yang akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebagai anak Selangor, aku ada juga ikut perkembangan politik kat Selangor sikit2 walaupon tak duduk kat Selangor. Apa-apa pun, semoga Selangor terus maju.

Sunday 21 September 2014

Cantiknya Orkid Harimau Mak!..

Bunga orkid harimau ni salah satu daripada banyak bunga orkid yang mak tanam kat kampung.. dah bertahun jugakla tanam pokok tu.. akhirnya tahun lepas, dia mula berbunga.. bunganya besar dah tahan lama (lambat layu)... sejak daripada tu, rajinla pokok orkid tu berbunga..

orkid harimau


Nak tanam pokok orkid harimau ni paling elok kalau ada laman/ tanah yang luas sebab pokoknya agak besar berbanding jenis2 pokok orkid yang lain... Pokok dalam gambar ni, mak tanam kat tanah je.. dulu dalam pasu tapi dah tak muat, kena keluarkan dan tanam kat tanah..



Memang cantik.. dan dek kerana kecantikannya tu la yang bunga ni jadi profile picture blog ni.. hehe.

Saturday 20 September 2014

Bingka Labu Pemanggang Ajaib


Dah lama plan nak masak bingka labu ni.. resepi asal dapat dari http://yatiememories.blogspot.com..tq.. tapi aku masak guna pemanggang ajaib je.. sambil masak lauk tengah hari tadi, sempatla membuat bingka labu ni.. sementara Aliff masih tido..

Masak guna pemanggang ajaib

Bahan-bahan

2 biji telur
2 cawan santan (aku guna santan sawit macam biasa..)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla 
2 sudu besar butter/minyak sapi (takde plak kat rumah.. so guna margerin je..)     
2 cawan tepung gandum
2 cawan labu direbus dan dilecek 
Sedikit bijan  

Cara-caranya

1. Campur semua bahan kecuali labu lenyek dalam blender dan blend sampai sebati. 
2. Tapiskan ke dalam labu lenyek. Kacau sekata.
3. Dah sebati, tuang dalam pemanggang ajaib yang dah disapu margerin. Taburkan bijan atas tu. 
4. Tutup dan masak dengan api kecil selama lebih kurang 20 minit. Boleh terbalikkan pemanggang ajaib tu kalau takut yg atas tak masak sekata.
5. Cucuk dengan lidi untuk tengok dah masak ke belum. 
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

 
bingka labu
Inila hasilnya.. ''Dappp'', kata Aliff..

Friday 19 September 2014

Imaginasi Aliff.. Lebuhraya 8 Lorong..

Ni memang hobi Aliff.. main susun2 kenderaan mainan dia.. semua jenis kenderaan boleh lalu kat highway ni.. lori, tractor, bot, kapal terbang, kereta kebal.... sarung kayu golf pon ade..


Imaginasi Aliff.. tapi memang budak2 baya Aliff ni suka susun2 mainan kot sebab ada anak2 member yg sama baya ngan Aliff pon sama gak.. suka susun2 kenderaan sampai jemmm camtu..

MH17: RM97.1 Juta Cari Dalang

Kuala Lumpur: Seorang individu tidak dikenali mendepositkan sejumlah AS$30 juta (RM97.1 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian di Jerman untuk diberi kepada mana-mana pihak yang dapat memberi bukti dalang yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MAS penerbangan MH17 pada 17 Julai lalu.

Menurut laporan portal berita The Local edisi Jerman, wang tawaran itu diserahkan kepada sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman iaitu Wifka.

Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya, kelmarin menyatakan penderma itu mahukan kepastian siapa yang bertanggungjawab dalam memberikan arahan untuk menembak jatuh pesawat itu dan senjata yang digunakan.

Wifka turut memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan kebenaran itu akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.

“Sesiapa yang memberikan bukti dalam mengenal pasti dalang kejadian itu akan diberikan ganjaran sebanyak AS$30 juta. Wang hadiah itu kini disimpan di Zurich, Switzerland,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sejak kejadian di Timur Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu semua mangsa memerlukan pembelaan dan masyarakat antarabangsa mahukan jawapan mengenai pihak yang bertanggungjawab.-Lapor Harian Metro

Wednesday 17 September 2014

Biarkan Dia Makan 'Aislaa'..!

'Aislaa' ni sebutan Aliff untuk aiskrim.. knape dia sebut cmtu?, tak pasti plak.. kalau nak sebut polis pon sama, dia akan sebut 'polislaa', ada tambah 'laa' kat hujungnya..


Nyam nyam.. Sedapnye aiskrim.. sape yang taknak kan.. orang tua pon suka makan benda2 sejuk & manis berkrim camni, apetah lagi budak2 macam Aliff ni.. Malam ni je dah 2 kon aiskrim.. padahal baru je lepas makan nasik ngan minum susu, boleh pulak tetiba dia mintak 'aislaa'.. pukul berapela nak tido mlm ni..

Makan aiskrim boleh, tapi jgn lupa gosok gigi ye..

Sunday 14 September 2014

Festival Layang-Layang..

Sepatutnya pagi tadi nak pergi tengok layang-layang kat Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.. tapi hujan lebat pulak pagi tadi.. tengah hari pulak ada undangan makan2 jiran sebelah. Alhamdulilah, rezeki jangan ditolak.. hehe.. Lepas makan2 tu, siap2 solat zuhur pastu gerak g Pantai Klebang... Cuaca panas,  angin ada tapi tak cukup kuat untuk naikkan layang2 yang bersaiz besar..


layang2 ape ni?..
Ada layang2 yang taknak terbang..
Layang2 cicak
Layang2 sotong
Layang2 ikan pari kot..
lagi layang2.. ada peserta dari Macau agaknya ni..

Yang paling menarik perhatian, layang2 berirama ni.. pemainnya ramai, dan ada seorang ketua yang beri arahan.. layang2 tu terbang menari sambil ikut lagu yang dipasang.. hebat diorang ni..

gelagat pemain layang2 berkumpulan, berirama..
Ini lah layang2 berirama tu..
layang2 bendera Malaysia..
Ikan Paus.. yang ni pon tak tinggi.. sebab berat kot..
Ni mungkin layang2 berantai... panjangggg

Sekejap je tengok layang2 ni sebab Aliff takde mood.. dia ngantuk nak tido.. OK la, jomla kita balik tido kat rumah..

muka budak nak tido..



Saturday 13 September 2014

Bunga Kesidang, Bunga Negeri Melaka..

Bunga Kesidang ni Bunga Negeri Melaka?.. Oooo. baru den tahu.. almaklumlah, den ni ni baru nak konal Melaka ni.. Macam Bunga Raya la sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.. sebelum ni taktahu pon Melaka ada bunga kebangsaan jugak.. Orang2 Melaka mesti tahu kan..

kesidang

Bunga kesidang ni kecik je.. warnanya putih.. Yang paling istimewa sekali, baunya yang harum semerbak. Bunga ni sesuai dijadikan hiasan pada pergola, pada majlis2 keraian, dan selalu ada kat kuil dan gereja.. Masyarakat Tradisional Melaka dulu2 gunakan bunga ni untuk dandanan rambut, hiasan pengantin, bunga rampai dan lain2..

Walaupun bunganya kecil, tapi kecantikan dan keharumannya mampu memikat semua.. Sebagaimana Negeri Melaka.. Inilah antara sebabnya, bunga kesidang ni dijadikan lambang Negeri Melaka.. Kat Melaka pon ada satu tempat dinamakan Kesidang..

Negeri lain pon ada bunga rasmi jugak ke?.. tak tahu plak.. huhu

Kawasan Ini Diancam Denggi!

Satu hari tu, petang balik dari kerja.. ada satu notis ni tergantung kat pintu pagar rumah.. Bila baca, rupanya makluman pasal denggi.. Mungkin masa tak ada orang kat rumah, ada orang pejabat kesihatan datang nak bagi maklumat pasal denggi ni kot.. kat kertas tu tulis macam gambar kat bawah ni..



Kalau ikutkan statistik kes demam denggi, negeri Melaka antara negeri yang peratus kes demam denggi agak tinggi.. Mungkin juga kaedah datang dari rumah ke rumah dan beri notis makluman macam ni antara inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat yang tak sedar2 ni..



Marilah sama2 hapuskan nyamuk aedes.. bak kata pantun sekerat ni..'Tiada Aedes, Tiada Denggi' (pantun ke ni?.. macam je).. Ada satu artikel menarik berkenaan demam denggi ni.. Tajuknya "Denggi; Berhenti Salahkan Nyamuk" yang ditulis dalam Akhbar Utusan Malaysia... boleh klik kat tajuk tu untuk baca..

Negeri Yang Belum Dijejaki Lagi?


malaysia map

Negeri yang belum dijejaki lagi.. bukan negara ye... Dalam Malaysia ni ada 14 buah Negeri.. Budak sekolah rendah pon tau kan.. Sebenarnya, masa tulis entry ni, tengah pikir negeri mana dalam Malaysia ni yang aku tak jejak lagi..

Dan jawapannya, semua dah pegi.. Negeri Selangor dah pastila, sebab tu tempat lahir..  Negeri Sembilan pulak, memang selalu pegi sebab ada Makcik duk kat Port Dickson.. pastu sekolah asrama dulu pon kat Serting, N. Sembilan.. Perak, Perlis, Kedah ngan Penang ni secara pakejla.. sebabnya, masa kerja kat JKR KL dulu, dok unit pendidikan zon utara.. memang kerjanya, berterbangan outstation ke negeri2 zon utara ni.. Pahang dah, Terengganu dah.. Kakak ipar orang Dungun.. dapatla jalan g Terengganu.. hehe. Kelantan pulak, pernah buat audit ke JKR Tumpat.. siap terbabas g Takbai lagi masa tu.. Johor, ada bebrapa kali g kenduri kawen member kat Johor..

Kalau Sabah ngan Sarawak pulak.. haa, yang ni special sikit.. masa zaman2 'tanam anggur' dulu (zaman lepas habis belajar, belum ada mood nak kerja betul2 masa tu)..ada buat kerja part time ngan Anlene.. susu Anlene tu.. Ikut Roadshow Anlene, satu Malaysia tu.. tak sangka I.. hehe. tupon lepas Abah kata kata pegila, peluang ni untuk orang2 terpilih je..

Abah suruh aku ngan Akim (adik yang sama2 tanam anggur masa tu) pegi ikut roadshow tu.. sebenarnya ikutkan hati masa mula2 tu tanak pegi tp bila Abah dah cakap camtu, ehh betul gak ni, tak semua orang dapat peluang ni.. Kitorang ni antara yang terpilih.. Kerja pon sminggu 4 hari je, makan, hotel, pengangkutan semua ditanggung.. Akhir bulan dapatla gaji.. Terima kasih kat Abah, kata2 Abah tu jadi pendorong, kitorang dapat g bekerja sambil berjalan jauh.. muda lagi.. masa tu umur pon baru 22 tahun camtu.. dah merasa g tengok tempat orang..

Eh, tertinggal plak cerita pasal Melaka.. Melaka ni, memang masa kecik2 dulu pernah ikut rombongan sekolah.. tak sangka pulak bila dah besar dan bekerja ni kena bermastautin kat Melaka..

Mungkin ramai yang kecik2 lagi dah habis pusing satu malaysia.. tapi kitorang ni masa zaman kecik2 dulu bukan dari keluarga ada-ada.. so, memang payah sikitla kalau nak berjalan suka2 ni.. bila dah besar sikit baru dapat merasa berjalan2.. Tapi ada satu tempat ni yang dah pergi banyak kali, tapi still nak pegi lagi.. iaitu Pulau Langkawi..  haha..



Wednesday 10 September 2014

MH17: Berkecai Di Udara

Kuala Lumpur: Pesawat MH17 Penerbangan Malaysia berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena objek bertenaga tinggi dalam jumlah yang banyak menembusi dari luar ketika nahas pada 17 Julai lalu.

Lembaga Keselamatan Belanda yang mengeluarkan laporan 34 muka surat semalam menyatakan nahas di timur Ukraine itu juga bukan berpunca daripada kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal.

Cebisan pesawat yang ditemui menunjukkan bahawa ia berkecai sewaktu berada di ruang udara.

"Kesan kemusnahan pada bahagian kokpit dan fiuslaj konsisten dengan gambaran kemusnahan yang diakibatkan oleh hentaman objek berkuasa tinggi pada skala yang besar," kata pengerusi lembaga itu, Tjibee Joustra.-Lapor Berita Harian

Tuesday 9 September 2014

Nak Tanam Pokok Apa Lagi?..

Memandangkan hobiku menanam pokok, tak sah kalau takde pokok kat rumah.. Rumah sewa kat Melaka ni, setakat ni, baru ada beberapa pasu pokok bunga, pokok daun kari ngan pokok kunyit.. nnti nak tanam pokok2 lain jugak..

En Abang pon dok bising2, dia suruh tanam pokok yang ada hasil.. hasil tu bukanlah untuk dijual dapat duit.. tapi yg boleh guna untuk masak2 la tu.. mcm pokok cili, daun pandan, serai dll.. haha.. bunga pon ada hasil ape.. hasilnya, oksigen kat rumah makin bertambah, lagi hasilnya, sejuk mata memandang.. takdelah, nampak batu2 konkrit keras je.. huhu

Ok la.. memang ada plan nak tanam pokok2 herba yang berguna ni.. cuma belum berkesempatan nak buat, nak cari pasu, tanah, anak pokok.. kalau balik kampung lagi nanti, bolehla, ambik anak2 pokok lagi.. aritu sempat ambik pokok daun kari ngan pokok kunyit je sebab dah kalang kabut.. haha.. Senaraikan dulu, nak tanam pokok apa nanti..:

  • Pokok cili
  • Pokok limau (yang biasa guna tu limau kasturi kot.. hehe..nama limau pon taktau ek)
  • Pokok serai
  • Pokok pandan
  • Lain2 pokok yang terpikir nanti..
Ada jugak member ofis yang ada tanam2 pokok ni.. nanti nak mintak barang sepokok dua..   

Misi bulan ni : berkebun tanam pokok2 yg boleh keluarkan hasil selain oksigen (bak kata en suami)..

Monday 8 September 2014

Kebaikan Habbatus Sauda

Sebelum ni ada cerita berkenaan pengambilan Habbatus Sauda yang berjaya meningkatkan pengeluaran susu badan.. Sebenarnya banyak lagi manfaat yang dah dibuktikan dari kajian2 perubatan dan saintifik di serata dunia.

pokok habbatus sauda
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya. "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut"-Riwayat Imam Bukhari.

biji habbatus sauda.

Dikenali dengan nama saintifiknya, Nigella Sativa, ia mempunyai nilai pemakanan yang sangat tinggi. Antaranya:
  • Mengandungi monosaccharides dalam bentuk glucose, xylose dan arabinose
  • Mengandungi komponen non-starch polysaccharide, sumber yang sangat berguna dalam keperluan pemakanan berserat.
  • kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (asid linoleic). Asid lemak essential tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, jadi tubuh perlukannya dari makanan seperti habbatussauda.
  • Mengandungi 15 asid amino yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk dari 9 asid amino essential.
  • Mengandungi Arginine yang sangat penting bagi pembesaran bayi.
  • Mengandungi karotene.
  • Merupakan sumber kalsium, sodium, pottasium dan zat besi.
Antara kebaikan habbatus sauda:
  • Membantu dalam mengeluarkan asid urik dalam badan
  • Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
  • Membantu menyembuhkan selsema.
  • Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Mengurangkan alahan.
  • Membantu merawat penyakit kencing manis.
  • Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
  • Melancarkan pengeluaran susu badan.
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan badan.
  • Memperbaiki sistem pencernaan.
Masa buat kajian pasal habbatus sauda ni dulu sebab nak banyakkan susu untuk Aliff. Memang tak tunggu lama untuk cuba dan hasilnya memang tak mengecewakan.. bab turunkan tekanan darah tinggi ngan banyakkan susu badan tu memang betul.. tapi tak tahulah untuk orang lain.. belum cuba belum tahu kan..

Sunday 7 September 2014

Lawatan Ke Muzium Rakyat

Muzium Rakyat?.. banyak betul muzium kat melaka ni.. salah satunya Muzium Rakyat.. Dekat je dengan Taman Bunga Merdeka sebelah Dataran Pahlawan tu.. Isi masa lapang kat sini lepas jalan2 kat Taman Bunga tu semalam.. Bangunan muzium ni sekali ngan Muzium Layang2, Muzium kecantikan & Galeri 3D..

muzium

Ada dinosour kat depan bangunan muzium ni...
berposing kat dalam muzium..
ni gambar ilustrasi kapal pedagang kat melaka kot..

Selain muzium rakyat, layang2, muzium kecantikan, & galeri 3D, kat sini juga ada Galeri Meteor.. ala yang batu2 angkasa tu.. Batu ni memang berat berbanding batu2 biasa kat bumi ni sebab kandungan logam spt besi sgt tinggi..

Angkasawan NASA pon ada..
cenderahati untuk Aliff.. ada batu meteor tu..
Tiket nak masuk bangunan muzium ni pon murah je.. 3 ringgit.. muzium memang tiket dia murah, sbb kalau mahal, nnti orang taknak masuk.. hehe