"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Monday 31 March 2014

3R


3R-Reduce, Reuse, Recycle..

Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula Barang2 (reduce, reuse, recycle).. Rasanya kebanyakan org tahu maksud simbol ni, tapi berapa ramai yang betul2 amalkan.. Tong2 sampah yang disediakan khas untuk barang2 yang boleh dikitar semula pon masih ramai yang taknak guna, main masuk je sampah dalam tu..

Kan dalam iklan tu dah bgtau,'fikir dulu sebelum buang'..  so, senangla nanti kalau nak kitar semula barang2 tu bila dah longgok dalam 1 tong.. ok, peringatan untuk diri sendiri dan sesape yg terbaca entry ni.. TQ


Sunday 30 March 2014

Koleksi Pokok Untuk Lanskap



Sambung cerita pasal taman.. Nak tanam pokok apa selain rumput..
Amaran: 5PS (Cerita Pokok Sahaja)…
 
pokok pandan ni ambik kat rumah Mak kat Kanchong Tengah

Dalam salah satu siri kartun Upin Ipin ada cerita pasal pertandingan taman antara kelas2 kat Tadika Upin Ipin.. tak ingat plak tajuk siri tu.. yang dia guna barang2 terbuang untuk deko taman kat Tadika tu.. Ni semua pengaruh daripada Aliff.. ntah berapa kali ulang tayang.

salah satu taman dalam cerita tu (yg cikgu kelas dia lelaki pakal baju sukan tu), diorg tanam KAKTUS.. “senang jaga, tak payah siram!”, kata cikgu tu… haha, betuk gak tu.. Ok.. kalau pokok kaktus, memang dah banyak dah kat rumah mak.. aku biakkan dari zaman sekolah lagi.. Cuma, kalau nak tanam kat taman, agak kurang sesuai.. lagi2 plak ada si budak kecik yg gatal tangan ni..

Selepas mengelilingi rumah mak beberapa kali, dapatla beberapa pokok yg aku ambik untuk tanam kat taman.. kononnya nak buat lanskapla.. hehe. Masa balik rumah mak mentua pon sama, mintak 2-3 pokok bunga bawak balik banting..

Sekarang ni masih lagi dalam proses mencari2 dan menambah koleksi pokok bunga.. Terima kasih kat Mak ngan Abah sebab tolong tanamkan pokok kelapa pandan ngan pokok tebu kat laman tepi rumah..

Layan Aliff Main..



Hari cuti macam ni memang seronok kalau dapat window shopping.. Sebenarnya cik abang ada nak cari barang kat Jusco Bandar Melaka.. so, pucuk dicita, ulam mendatangla.. haha. 

Nasib baik sampai awal, senangla nak cari parking.. kalau tak, jgn harapla, tambahan pulak masa cuti sekolah macam ni.. mula2 pegi food court dulu, cari makanan untuk Aliff sbb pagi tadi dia merajuk tak nak makan masa kitorg sarapan kat kedai makan.. 

Tempat yg dituju ialah kedai buku POPULAR.. Belikan Aliff buku.. lepas tu bawak Aliff g main kat tempat permainan.. Layan dia main sampai puas.. 

"Ibu... Buku pon Aliff nak, lollypop ni pon Aliff nak.."

Pandai masukkan sendiri token.. Ayahla tu yg ajar..


Beria2 Aliff pusing stereng..



Lepas puas main, balik rumah.. On d way, dalam kereta lg, Aliff dan tetido..

Menu Baru

Menu spesel ni..
Dah hari ahad dah ni.. cepatnya cuti 2 hari berlalu.. pagi ni jalan2 cari sarapan kat gerai makan Perhentian Kuih Kampong... Kedai ni pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3 tu.. Sesuai dgn namanya, mmg ada macam2 kuih tradisional kat sini.. Asam pedas pon ada.. malas nk pikir panjang, kitorg mkn mihun goreng dgn telur mata je..

Bila Aliff nampak mihun goreng ngan air suam atas meja, terus dia ambik sikit2 mihun tu masuk dlm air suam aku.. Tu yg jadi menu spesel macam gambar kat atas tu.. lepas dah masukkan bihun tu, dia kacau2 sampai sebati, pastu dia minum sendiri (air mihun goreng suam)... Aku malas nk marah, kang dia buat aksi tunjuk perasaan pulak.. Ayah dia jeling je, terus dia stop, sambil buat muka.. 

Aliff kene marah ngan ayah sbb masukkan mihun dlm air..



Kreatif sebenarnya Aliff ni.. dia nak 'combine' kan makan ngan minum serentak... huhu.. lepas dah kene jeling tu, apa lg, merajukla dia taknak makan..

Saturday 29 March 2014

Kenapa Tetibe Rajin Berblog?


 
Soalan : Kenapa tetibe (tiba-tiba) aku rajin menulis dalam blog?

Jawapannya sebab TV rosak.. hehe..biasanya masa terluang tengok TV.. tp bila dah rosak, boring pulak takde bende nak buat.

Rutin harian sebelum TV rosak - siang keje, malam buat kerja rumah sambil layan Aliff sambil tengok TV.
Rutin baru selepas TV rosak - siang keje, malam buat kerja rumah sambil layan Aliff sambil melayari internet sambil berblog..(Banyaknya 'sambil')

Bila terbaca blog2 orang lain, terpikir pulak, kalaula aku ada blog sendiri.. lepas tu semuanya bermula.. mula2 taktau nak tulis ape. suka hati akula nak tulis apa kan.. sapa sudi baca, silakan, sapa taknak baca sudah.. blog ni untuk megabadikan peristiwa2 yg berlaku dalam hidup aku sekeluarga, sebagai diari, panduan, pengajaran, utk aku.. mungkin blog syok sendiri.. haha

Tula ceritanya.. Sekian.


Macam Mana Nak Tanam Rumput

Sebenarnya masa tanam rumput karpet kat laman depan rumah tahun lepas, main redah je, tak rujuk mana-mana.. guna logik2 akal je.. Alhamdulillah, tumbuh subur macam gambar kat bawah ni.. tapi yang rumput liar pon sama subur... aduhaii.


Minggu lepas baru mula tanam rumput 'cowgrass' kat laman tepi rumah pulak.. (guna kaedah plug).. harap2, tumbuh dengan jayanya..

Amaran: 5PS (Cerita Pokok Sahaja)… sape tak minat pasal rumput2/ berkebun ni takyah baca cerita seterusnya kat bawah ni.. kang boring pulak..

Nota pasal rumput kat bawah ni untuk panduan aku sendiri. (Ditulis berdasarkan analisis maklumat2 tentang rumput yg aku baca dlm laman2 web dan majalah, sape nak ikut boleh, tapi tanggung sendirila hasilnya).. hehe

Fasa 1:  Penyediaan Tapak

Fasa 2:  Penanaman Rumput

Ada 3 jenis kaedah penanaman rumput:
1. Biji benih
2. Sod atau plug
3. Sprig atau stolon

http://mynormas.files.wordpress.com/2010/12/gambar-utk-penanaman-sod1.jpg
Penanaman cara sod

http://mynormas.files.wordpress.com/2010/12/gambar-utk-penanaman-stolon.jpg
Penanaman cara stolon
http://mynormas.files.wordpress.com/2010/12/planting-by-sprig-001.jpg
Penanaman cara plug
Stolon ialah sebahagian dari akar rumput yang masih boleh tumbuh.
Sprig boleh dikatakan bahagian yang lebih kecil dari sod. Sprig biasanya tiada tanah.
Sod ialah sekeping tanah yang mempunyai rumput. Biasanya di beli dengan keluasan 1- 2 kaki persegi dari nursery.

Cara sod kebaikan nya ialah rumput lebih tahan kalau lambat siram, dan bila hujan lebat tak lah dia senang sangat hanyut. Cara ini juga kadang2 dipanggil sebagai “close turfing”. Sod boleh dibeli dari nursery dan mencerai-ceraikannya dgn parang (atau tangan), membasuh-buang tanah dengan air untuk menjadikan sprig yang digunakan untuk tanam.

Cara bijibenih jarang digunakan di Malaysia.  Bijibenih rumput biasanya diimport, dan lazimnya segala tanaman dari bijibenih belum tentu terjamin perwatakan “anak” sama seperti apa yang kita inginkan.

Fasa 3: Penyenggaraan


Penyenggaran rumput termasuklah:
1. Membaja. Baja sikit tapi selalu.
2. Potong.  Potong sebaik saja rumput tersebut cukup tinggi untuk dipotong.  Biasanya dalam 10mm. Lebih kerap rumput dipotong, lebih rapat ia tumbuh.
3. Merumpai (weeding). Selalu lah merumpai rumput liar.  Jangan guna racun hingga tahun kedua.

Sumber rujukan :  Majalah Impiana LAMAN, Pakar Rumput (http://mynormas.com).. TQVM

Warung Pak Enal

 
ni la dia warung pak enal..
Dah lama sebenarnya nak buat entry ni.. sbb selalu sarapan kat sini.. kalau dalam seminggu, mesti tak sah kalau tak ke sini.. biasanya hujung minggu la.. Warung Pak Enal ni terletak kat Bukit Katil.. tepi jalan besar Bukit Katil-Duyong.. Kalau hujung minggu/ cuti sekolah, memang banyak bas2 pelancong dtg makan kat sini.. Parking pon luas..

Suasana hujung minggu/ cuti sekolah..
Ada banyak menu kat sini.. Ada nasi lemak, lontong, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, nasi campur.. Kenapa kitorg suka makan kat sini?..
1. Nasi lemak kukus dia memang sedap. (ada sayur kangkung).. oppss
2. Lauk pauk kat sini pon sedap..
3. Tak jauh dari rumah.
4. Senang nak parking kereta.
5. Kalau hari cuti, dpt air minum free (lunch hour.. tp sekarang ni xtau la ada lg tak sebab jarang lunch kat situ).
6. Yang paling penting, harga berpatutan.. murah dari kedai2 makan lain (aku rasa la..)
Aliff tunggu nasik lemak, tak sampai2.. roti canai ibu jadi mangsa..

'Teh tarik satu'.. kata Aliff..

Nasi lemak kukus kegemaran Aliff.. (RM2 je kalau tak silap)
So, kalau taktau nak makan kat mana kat Melaka ni, cuba la singgah Warung Pak Enal..

Dah Pegi Pet Expo..



Ok.. Semalam kan kata nak g Pet Expo kat MITC.. elok lepas g HTC (Hang Tuah Center).. dalam pukul 10.30 kitorg sampai kat Pusat Bowling MITC.. bukan nak main bowling, tp nak tengok Ekspo Haiwan Peliharaan (Pet Expo).. pelik, selalunya pameran camni diorang buat kat Dewan Pameran MITC.. tp yg ni buat kat Pusat Bowling.. sebab event ni tak berapa besar kot..

Kat bawah ni seekor kucing milik seorang peserta ekspo.. dari cerita tuan kucing ni, dia jumpa kat kedai cuci kereta, bawak g klinik vet pastu dia bela sampai sekarang.. yg menariknya kucing ni, mata kanan dia warna oren, mata kiri plak warna biru.. lain dari yg lain.. pastu kat bahagian leher, tuan dia letak inai supaya mudah nak kenal (kalau2 hilang ke ape kot)..

Yg ni plak, kucing garang katanya.. "MOODY.. PLEASE DON'T TOUCH!.. GGGGRRRRRR".. hehe, macam2 la..
Ada satu ruang pameran tu, dia promote/ jual rumput.. rumput ni special untuk kucing makan.. aik, kucing pun makan rumput.. mcm lembu ke?.. rupa2nya, kucing makan rumput ada sebab..
1. Sbg agen untuk memuntahkan semula kandungan yang tak dikehendaki spt tulang ikan, bola bulu, dll.
2. Untuk mendapatkan serat yg mencukupi bg tubuh badan dan penghadaman... oo gitu rupenya.

Selain kucing, ada jugak haiwan lain spt burung, hamster, skunk (yg bau busuk tu), ular, iguana.. tp x byk mcm kucing..


HTC (Hang Tuah Center)

Selamat Datang ke HTC

Awal2 pagi lagi Aliff dah bangun.. Alang2 dah bangun tu, mandikan terus dan siap2 nak berjalan.. Cadangnya nak g Pet Expo tp memandangkan masih awal (baru jam 7.30 am), kitorang g cari sarapan dulu kat Warung Pak Enal.
Lepak kat tepi sg duyong. Aliff main cak cak

Pukul 8.30.. mana nak pegi ek?. Abang ajak g Hang Tuah Center (HTC) @ Perkampungan Hang Tuah kat Duyong.. ok gak tu.. x jauh pon dari Warung Pak Enal.. Sampai HTC baru 8.40 am.. So, kenela tunggu pukul 9 baru dapat masuk.. Lepak dulu kat tepi Sg Duyong tu sementara nak tunggu pukul 9.

Tugu 5 bersaudara

Keris JAWA DEMAM..

Apa yang menarik kat HTC ni?
1. Menempatkan enam bangunan iaitu Pusat Hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat.
2.  Pusat Hang Tuah berfungsi sebagai pusat informasi pahlawan Hang Tuah dan para sahabatnya manakala rumah lima sahabat pula mempamerkan semua barang milik Hang Tuah dan sahabatnya serta barang- barang antik semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
3.  Kat sini ada gelanggang silat terbesar di dunia.
4.  Kawasan ni cantik dan ramai orang buat sesi fotografi kat sini. biasanya pengantin baru la..
5. Boleh belajar silat secara interaktif.. (guna video).. baju silat disediakan..

Siapa yg minat sejarah, sesuaila dtg tempat ni.. tiket RM5 je utk dewasa..

Friday 28 March 2014

Melaka Pet Expo 2014


Ehh.. Ada pet expo kat Melaka ni.. macam best jer..

Semalam, terbaca iklan dalam surat khabar Melaka Hari Ini, ada pet expo hujung minggu ni.. so, dengan tak semenemene (bahasa ape ni).. terus bgtau cik abang, nak bawak Aliff g tengok haiwan kegemaran dia tu... miaow miow..

Harap, banyakla kucing kucing comel and haiwan2 peliharan kat sana nanti.. mesti Aliff suka.. Tunggu esok.. 

Pasangan Malaysia Didapati Bersalah



28 Mac 2014 - Pasangan Malaysia yang didakwa mendera anak-anak mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden hari ini dan dihukum penjara selain diperintah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka.

Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji dihukum penjara 14 bulan sementara suaminya, Azizul Raheem Awaludin, Pengarah Tourism Malaysia di Sweden, dihukum penjara 10 bulan. Shalwati didapati bersalah mencabul integriti anak perempuan mereka, Aishah, 15, dan anak sulung lelaki pasangan itu, Ammar, 13, serta memukul dua lagi anak mereka.

Azizul Raheem pula didapati bersalah mencabul integriti Ammar selain memukul Aishah dan Adam, 12, tetapi dibebaskan daripada sebarang pertuduhan yang membabitkan anak bongsu mereka, Ariff, 8. - lapor UTUSAN ONLINE

Thursday 27 March 2014

Adab Memotong Kuku

 
Untuk peringatan sendiri.. Esok jangan lupa potong kuku..

1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah amalan sunah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”

2. Cara Dan Alat Untuk Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya dan dimulai dari jari kelingking lalu sampai pada ibu jari, kemudian tangan kiri dari jari kelingking ke ibu jari. Sementara alat untuk memotong kukunya dapat menggunakan gunting, pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari seperti alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan dengan air. Ini karena jika seseorang itu menggaruk anggota badan, dikahawatirkan akan menyebabkan penyakit kusta. Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit kusta.

3. Waktu Memotong Kuku
Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”
“Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersiwak, memakai wewangian, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan shalat Juma’at,” (Hadis riwayat Muslim)

4. Menanam Potongan Kuku
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.

5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihhi wasallam, karena beliau menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat dari benda najis karena akan menghalang daripada masuknya air saat berwudhu.

sumber:  http://www.islampos.com