"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Friday 16 December 2016

Bercuti Di Pulau Pangkor

Minggu lepas sempena birthday Ammar yg ke 2 tahun, me & family bercuti mandi manda kat Pulau Pangkor.. Sekali ngan famili Adik ipar & mak mertua.. Seronok layan budak2 kat pantai..


Ammar memang suka sangat mandi kat laut tu.. 'Nang nang' katanya.. Dia nk sebut berenang la tu.. Aliff pulak takut nk masuk dalam air tu.. Dia main pasir je kat tepi pantai.. Apala Aliff ni..

Ammar seronok sangat dapat 'nang.. nang'..
Aliff takut air laut.. Main kat tepi2 je

Hari pertama sampai tu, tengahari.. Lepas mkn2, kitorang pusing2 naik bot.. Tengok pulau2 sekitar teluk nipah tu.. Si Ammar naik bot je, mata dah tak tahan ngantuk, kena plan ngan angin sepoi2.. X dapatla ammar tengok fish kat air yg jernih tu.. Ammar oh Ammar..


Bagi makan fish..
Orang sibuk tengok ikan, dia tido pulak..
Dah turun bot pon, tak sedar2 lg Ammar ni..

Kitorang stay 1 malam je kat chalet dekat Teluk Nipah tu.. Malamnya, jalan2 cari makan kat tepi laut.. Makan agak mahal sikit sbb kawasan pelancong kan.. Tapi takpela sekali sekala. Dapat jugak makan kurang bakar.. Nyum nyum..

Ammar sibuk nk cucuk kerang tu.. Tapi dia x mkn pun..

Kesimpulannya, seronok dapat g Pulau pangkor ni.. Airnya bersih, jernih.. Best mandi manda.. Cuma disebabkan kesuntukan masa, kitorang x sempat jalan2 keliling Pulau pangkor tu.. Ada lg tempat2 menarik yg boleh dilawati.. Tapi takpe, in sha Allah ada rezeki nanti kita g lagi.. :)