"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday 30 April 2014

Go Green!


Isnin dan Selasa lepas, aku dihantar berkursus lagi.. bulan ni je dah kali kedua kene g kursus.. Bos yang letak nama, nak cukupkan 7 hari kursus setahun.. dengan kesibukan kerja di pejabat dan mesyuarat sana sini, sempat juga hadir beberapa sesi ceramah..

Menariknya kursus ni, peserta didedahkan dengan amalan hijau.. Amalan hijau tu apa?.. Amalan hijau ni apa2 je aktiviti atau proses yang membantu mengurangkan pengeluaran Gas Rumah Kaca atau Green House Gases (GHG)..  antara gas2 yg tergolong dalam GHG seperi Karbon Dioksida, metana, nitrogen oksida & ozone..   

peningkatan GHG dalam persekitaran & atmosfera bumi menyebabkan peningkatan suhu global.. dan menjadi antara penyebab perubahan cuaca yang ekstrem akhir2 ni.. makan terjadilah ribut taufan yang dasyat, banjir besar, suhu meningkat/ menurun dengan melampau dan macam2 lagi..

So, antara amalan2 hijau yang boleh dipraktikkan di rumah, pejabat atau di mana2 sahaja:
  • Jimatkan penggunaan elektrik 
  • Jimatkan guna sumber air
  • Guna barang2 kitar semula
  • Kalau shopping, elakkan guna beg plastik.. bawak beg sendiri
  • Guna produk2 yang ada cop eco label/ green certified
  • Tanam pokok dalam rumah/ pejabat untuk bantu serap gas2 GHG. Cari pokok yang sesuai.
  • Buang sampah mengikut tong2 kitar semula supaya mudah diasingkan untuk diproses semula.
  • naik basikal/ jalan kaki kalau nak pergi tempat yang dekat2.. 
  • suhu penghawa dingin perlu dinaikkan.. or kalau tak perlu, tutup je..
Sebenarnya ada banyak lagi, yang disenaraikan tu antara yang mudahi untuk dilaksanakan..

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka sedang dalam usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada semua peringkat masyarakat melalui kursus2 yang dianjurkan. Kursus ni memang sangat baik dan patut diteruskan supaya lebih ramai yang sedar akan kepentingan amalan hijau untuk memulihara alam sekitar bagi manfaat generasi sekarang dan akan datang..

Tuesday 29 April 2014

MH370: Adakah dakwaan wanita balik umrah benar?

nampak pesawat di laut andaman1 

KUALA LUMPUR, 29 April: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebagaian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa Syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman. Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.
Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana pesawat itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut semamngnya tiada sebelum kejadian tersebut. Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini, lapor Astro Awani.

Sunday 27 April 2014

Karnival Kraf Di Meru

Semalam punya cerita.. Karnival Kraftangan di SMK Meru, Klang..


Macam mana boleh join karnival ni?.. Sebenarnya, member pada En Suami yang ajak.. dia kata last minute ada booth kosong.. masa tu ada lagi sebulan nak prepare.. kitorg start cari idea nak pamer ape kat gerai tu nanti.. Aku ni takdela kreatif mana.. tapi En Suami memang minat seni2 macam tu.. so, why not.. just give it a try.. cari pengalaman..

Dan akhirnya, bertemakan 'Recycle Art', terhasillah produk2 seni/ arca guna barang terbuang.. Sambutan menggalakkan daripada pengunjung2 terutamanya pelajar2 sek.. mmg dah plan target pengunjung dalam kalangan budak2 sekolah.. nak educate diorang supaya mengamalkan 3R.

Sekitar Karnival semalam..

Gerai kami..

Lebih kurang 40 buah booth yang terlibat dlm karnival ni..
 
Aliff pon rajin melayan pengunjung yang datang
  
'Recycle Art'..

Robot Wall E jadi daya tarikan pengunjung..

sebahagian barang yang dipamerkan
keris dari barangan terbuang,,
Aliff penat main.. sampai tertido..


Thursday 24 April 2014

Pintu ke Bilik Harta Sudah Ditemui


AYER KEROH, 24 April – Usaha bagi mengenal pasti kewujudan harta karun di Pulau Nangka, semakin menampakkan hasil apabila pintu ke bilik yang menyimpan harta berkenaan disahkan sudah ditemui.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kejayaan itu bakal membuktikan sama ada kewujudan harta karun hanya satu mitos atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa syarikat dilantik, Smart Partnership International Sdn Bhd berjaya menemui pintu berkenaan selepas kajian dijalankan di pulau terbabit. “Sekiranya tiada aral melintang, saya dan wakil kerajaan negeri akan ke pulau berkenaan pada 28 April ini untuk membuka pintu ke bilik itu.

“Berdasarkan perkembangan ini, saya yakin mereka dapat sampai ke bilik itu menjelang 30 April iaitu tarikh akhir yang diberikan kerajaan negeri kepada syarikat ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam. Idris berkata, penemuan pintu ke bilik rahsia itu merupakan satu kejayaan memandangkan usaha mencari harta berkenaan telah dilakukan sejak 1980, bagaimanapun gagal.

Mengikut kajian, katanya, terdapat lebih 20 bilik di sebalik pintu berkenaan yang menyimpan pelbagai harta dipercayai milik Kesultanan Islam Melaka. Menurutnya, kerajaan negeri akan menyerahkan tugas-tugas mengeluarkan harta berkenaan kepada Jabatan Warisan Negara apabila ia berjaya ditemui.

Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan berkongsi harta berkenaan dengan Kerajaan Melaka apabila selesai tugas mengeluarkannya, memandangkan hasil dari harta berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan negeri ini. Malah, katanya, kerajaan negeri telus dalam menyenaraikan setiap barangan yang ditemui di dalam bilik itu kelak dan akan diumumkan kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak kelak membuat tuduhan bahawa kita mengambil barangan di dalam bilik itu untuk diri kita sendiri,” katanya. Beliau berkata, fasa kedua nanti membabitkan usaha mengenal pasti sama ada harta ditemui ini merupakan harta peninggalan Kesultanan Melaka atau sebaliknya, lapor Sinar Harian.

-lagi info di sini

Sunday 20 April 2014

Sedapnya Kentang Jembut..

Mesti ramai yang pelik dengar nama kentang jembut.. 'Kentang Jembut' atau kentang gerembut ni panggilan orang jawa untuk sejenis ubi.. biasanya orang panggil ubi kemili atau ubi keling.. Kat Indonesia pulak, dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng.. pokoknya jenis menjalar, berdaun hijau muda dan sesuai ditanam di kawasan tanah gambut..

kentang jembut
Yang ni Abah tanam kat kebun..fresh lagi..

Kalau nak makan, rebus je, tambah garam sikit.. sesetengah orang kata rasa dia pelik.. tapi aku rasa sedap je.. rasa dia eksotik..hehe.. mulut orang Jawa..

Orang kata kalau mkn kentang ni, nnti terkentut2.. ehh, tak perasanla pulak.. hehe.


Saturday 19 April 2014

Big Bad Wolf Book

Hari yang ditunggu2 dah sampai.. pagi2 lagi Aliff dah bangun & bersiap.. nak pegi mana?..

big bad wolf

 'Big Bad Wolf Book Sale'.. kat MITC.. dekat je..

belum pukul 10 pg, tp org dah beratur panjang nak masuk..
baru bukak je, dah berpusu-pusu orang datang..

Memang sengaja datang awal sebab nak dapatkan 'Early Bird Specials'.. disebabkan terlalu ramai orang pagi ni, kitorang ambik beberapa buku je untuk Aliff.. survey 1 pusingan, lepas tu balik.. banyaknya buku2 yg menarik..rambang mata dibuatnye.. 
 
antara barang untuk 'early bird'.. pilih yg ni untuk Aliff
tak boleh tunggu sampai rumah.. kat situ jugak dia nak baca
  plan nak pegi lagi on weekdays.. senang sikit nak pilih2 buku..

Friday 18 April 2014

Bangku Silinder?


Aksesori laman terbaru.. 3 biji bangku laman yang bulat2 tu. or lebih tepat lagi bentuk silinder. Yang ni Abah yang buat.. daripada bahan terbuang. Cantik.. Abah memang kreatif.. hehe.. susun kat sebelah bangku kayu tu..

Sempat jugak tanam pokok2 bunga baru, masa balik bercuti minggu lepas.. Mak kata nak tengok gambar status terkini taman ni, tu yang masukkan dalam post ni.. Pokok siantan tu (mak kata pokok santan), beli kat nurseri RM 9.. warna kuning ceria gitu..






Nanti kalau balik lagi, bolehlah tambah koleksi bunga.. mamang tak tanam dalam pasu sebab takut pokok cepat kering.. buat masa ni, lebih elok kalau semua tanam terus kat tanah..

Wednesday 16 April 2014

Aliff Kena X-Ray

Hari ni dah masuk 2 hari bengkak kat bahagian bawah leher Aliff tak surut2..dulu memang ada macam jerawat kat situ tapi takde pulak bengkak.. So, pagi tadi bawak Aliff g Klinik.. Doktor suruh x-ray.. takut2 ada ketumbuhan ke ape.. Menjerit2 Aliff masa dia nak kene x-ray.. Aku tak masuk pon bilik x-ray tu sbb nurse yg jaga tak bagi aku masuk...Aliff ngan Ayahnya je dlm tu..


Lepas dah x-ray tu, doktor bagitau, tempat yang bengkak tu bukan dekat bahagian tulang, berasingan dari tulang. Kalau bengkak tu dekat tulang, bahaya jugak.. Doktor kata mungkin ada nanah dalam tu akibat jangkitan kuman.. doktor bagi ubat sapu ngan antibiotik.. kalau lepas seminggu tak surut lagi, datang jumpa doktor balik.. Risau pulak.. harap2 bengkak tu surut.. kesian anak ibu..

Tuesday 15 April 2014

Aliff, Hannah & Buaian

Sempena cuti umum Hari Melaka Bandar Bersejarah pada 15 April, dan ditambah lg sehari cuti hari isnin sebelumnya, dptla cuti 4 hari & balik kg di Banting.. Aliff dapat jumpa sepupu dia, Si comel Iffah Hannah.. Nama manja Hannah, lahir 2 bulan awal dari Aliff, kira sebaya la tu... Tempat mainan kegemaran kalau kat rumah nenek ni semestinya buaian..

Sorang gaya macho.. sorang lagi gaya2 sopan gitu...

nyanyi lagu 'Buai Laju2'...
Hannah malu2 bila makcik dia ni ambik gambar..

rajin anak dara sorang ni.. bersih rumah nenek dia tolong sapu..

Lain kali Aliff balik kampong, kita main sama2 lagi ye Hannah.. hehe

Sunday 13 April 2014

Pagi Di Pantai Kelanang


Pagi Ahad yang indah.. En Suami ajak sarapan kat Pantai Kelanang.. ok gak.. Cuaca pon baik pagi ni.. tak panas sangat.. Singgah beli nasi lemak ngan kuih muih sikit..Sambil2 sarapan tu, boleh tengok orang menjala ikan.. Sampai2 je kat sana, memang dah ramai orang menjala ikan.. diorang siap berkhemah kat tepi pantai.. dari semalam kot..

Pantai Kelanang ni satu lagi pantai yang terkenal kat Banting selain dari Pantai Morib. Mungkin masih belum ramai yang tau kewujudan pantai ni, terutamanya orang2 luar daripada Banting.. Pantai ni sebelah je dengan Pantai Morib.. 
Aliff nampak anak ketam berjalan...

ade ikan sangkut kat jaring tu.. katanya anak ikan parang...

banyak jugak diorg dapat ikan.. tp ikan2 kecik la.. udang pon ade.
Aliff pon dapat ikan jugak.. hehe

obor-obor
Obor-obor pon ada.. ishh, bahaya ni kalau terkena.. bisa


Ros Jepun Yang Comel

ros jepun
(nama saintifiknya: portulaca grandiflora)
Dah lama plan nak ambik gambar bunga ros Jepun ini ni.. kalau hari keje, mmg tak dapatla sbb dia kembang pukul 10-11 pg je, lepas tu kuncup balik.. Pokok ni beli dengan kakak cleaner kat ofis.. cantik sbb dlm satu pasu tu, akak tu dah siap2 campur mcm2 kaler bunga ni.. dan aku dah biakkan dalam pasu yang panjang (beli kat Daiso RM5 je pasu tu).. nanti nak beli pasu lg.. penuhkan kat tepi rumah sewa (tanam bunga ngalahkan tuan rumah gamaknye..hehe)..

Ros Jepun tergolong dalam keluarga Portulacaceae dan berasal dari negara-negara di Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil dan Uruguay. Selain dipanggil ros Jepun, bunga ini juga dikenali sebagai bunga lidah cicak, bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh dan bunga gelang di Malaysia. Kalau kat tempat lain pulak, bunga ni dipanggil moss rose, time flower dan ten-o'clock flower.
ros jepun
Ni tunggu kul 10 pagi, hari cuti baru dapat ambik gambar..

Ros Jepun boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu merah jambu, merah terang, putih kuning, ungu dan oren. Ada juga yang mempunyai dua warna pada satu bunga iaitu merah jambu dan putih.

Pokok bunga ini senang membiak melalui akarnya yang menjalar dan boleh juga dibiakkan melalui keratan batang. Cucuk jer ke tanah, pasti hidup! Boleh juga dibiakkan melalui biji benih. Ros Jepun suka kepada cahaya matahari yang banyak. Pokoknya akan mengeluarkan bunga yang banyak sekiranya mendapat cahaya yang mencukupi.
ros jepun
putih pon comel...

Khasiat perubatan: daunnya boleh digunakan bagi merawat luka-luka kecil. Caranya: hancurkan daunnya dan tampalkan pada luka tu. Beres! Buatlah beberapa kali hingga sembuh.

>>Cerita ros jepun kuning

Saturday 12 April 2014

Perkara Yang Difatwakan Haram Oleh JAKIM

Sumber : Hmetro

Peribahasa (2)


Peribahasa untuk hari ini:

       'A Bird In The Hand Is Worth Two In The Bush'
   
Maksud : Something that you already have is better than something that you might or might be able to get. @ Apa yang telah anda ada sekarang lebih baik daripada apa yang belum pasti anda dapat...

Peribahasa Melayu yang maksudnya lebih kurang :
      
       - 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran' 
       - 'Harapkan Guruh Di Langit, Air di Tempayan Dicurahkan'

15 Sebab Mengapa Haid Datang Lewat

Bulan ni tak datang bulan lagi.. alamak.. risau ke gembira ni?... sejak bersalinkan si Aliff pada Jun 2012 sampailah Aliff genap 1 tahun 5 bulan, memang tak dtg bulan. Lepas tu baru ada balik.. tapi kitarannya dah x macam sebelum kawin dulu.. jadi tak menentu. Mari kita buat researh kat internet.. Kalau lepas 2 bulan tak datang haid juga, kene g buat UPT.. hehe

Kenapa Haid datang lewat

Ia juga boleh dikenali sebagai Amenorea dalam istilah perubatan. Risau haid datang lewat? Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikir apabila tempoh haid anda lewat. Tetapi ini hanya salah satu sebab mengapa haid anda tidak datang. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan haid anda tidak datang. Berikut adalah 15 sebab yang paling biasa mengapa haid datang lewat:

(1) Tekanan

Tekanan mental boleh mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

(2) Masalah kesihatan

Haid datang lewat boleh disebabkan oleh penyakit  seperti  PCOS atau deman panas yang memberikan tekanan fizikal boleh menganggu kedatangan haid anda.

(3) Kelebihan hormone prolaktin


Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur  dan menyebabkan haid anda lewat. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara, kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

(4) Menyusu badan


Sekiranya anda menyusu badan, hormon dalam badan anda mungkin mengganggu dan menyebabkan haid datang lewat.

(5) Masalah kelenjar tiroid


Hormon tiroid juga boleh menganggu haid anda datang lewat dimana anda akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak.

(6) Perubahan dalam jadual

Ini terutamanya anda kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur boleh menganggu sistem badan anda dan seterusnya menganggu kitaran haid anda.

(7) Perubatan

Anda mungkin makan ubat baru dalam tempoh ini juga merupakan punca haid anda tidak datang.

(8) Berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan akan menganggu ketidakseimbangan hormone estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan kembali normal apabila berat badan mereka menurun.

(9) Terlalu kurus

 Jika anda tidak mempunyai lemak badan yang cukup juga boleh menganggu kitaran haid anda. Ini kerap berlaku kepada sukan atlet. Tempoh haid anda boleh kembali normal semula jika berat badan kembali yang sepatutnya.

(10) Membuat senaman berat


Jika anda menyertai sebuah acara yang melakukan senaman berat seperti marathon juga boleh menganggu ovulasi anda. Ini disebabkan tekanan bertambah ke atas badan anda mencegah kehamilan.

(11) Tersilap kira tarikh


Kitaran haid berbeza untuk semua wanita. Purata kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Akan tetapi terdapat sesetengah wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Ramai wanita tidak boleh mengingat tarikh sebenar haid mereka. Oleh itu, anda digalakan mencatat dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan.

(12) Peri-Menopaus

Peri-menopaus adalah tempoh di mana peralihan dari usia reproduktif ke usia tidak reproduktif dimana haid akan berhenti selama-lamanya. Dalam tempoh ini, tempoh haid anda akan berubah ke kurang kerap.

(13) Menopaus

Menopaus adalah apabila anda ovulasi anda tidak berlaku lagi dan haid anda berhenti selama-lamanya.

(14) Ubat pencegahan kehamilan

Pengambilan pil perancang, suntikan ataupun ubat yang boleh menyebabkan perubahan hormon di dalam badan boleh mengganggu kitaran haid anda. Apabila anda berhenti penggunaan ubat pencegah kehamilan, badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam perubahan hormone sebelum tempoh kitaran haid anda menjadi stabil.

(15) Kehamilan


Akhirnya! Ya, tempoh haid anda lewat mungkin kerana anda sedang hamil. Ujian kehamilan air kencing ataupun darah boleh menentukan bahawa anda hamil atau tidak..

Sumber:  http://isyadkisya.blogspot.com

Friday 11 April 2014

Terowong Aliff


Ni la dia terowong Aliff.. Bersusun kenderaan nak masuk terowong tu.. huhu

Thursday 10 April 2014

Kepentingan Bermain


'Hak Bermain Hak Aliff'... Ok Ok.. layan je la..
Kepentingan bermain kepada anak

Sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina menyarankan supaya kanak-kanak kecil semestinya dibiarkan belajar berjalan dengan sendiri tanpa dipaksa kerana paksaan akan menjejaskan kekuatan tulang kaki. Apabila seorang anak bangun dari tidur dia mestilah dimandikan kemudiannya dibiarkan bermain untuk seketika kemudiannya diberikan sedikit makanan, kemudiannya bermain kemudiannya mandi dan selepas daripada itu diberikan makanan.

Imam al-Ghazali berpendapat kanak-kanak perlu dibenarkan bermain selepas belajar untuk menghilangkan penat.Mencegah mereka dari bermain dan memaksa mereka belajar sepanjang hari akan mematikan hati dan menganggu kecerdasan. Sebaik sahaja boleh bercakap dan memahami arahan anak-anak perlu diajar adab dan akhlaq seperti adab makan dan minum.-Sumber: FB Bayi Bijak

-----------

Peribahasa (1)

Peribahasa untuk hari ini:

       'Every Cloud has a Silver Lining'
   
Maksud : Dalam buruk ada baik..Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Wednesday 9 April 2014

Nama-Nama Tempat Yang Unik Di Melaka

Kat Malaysia ni memang banyak nama-nama tempat yang unik dan kadang2 pelik bila kita dengar.. Kalau kat Melaka ni, antara nama tempat yang unik:

1. Duyong : Mungkin sejarahnya tempat ni ada orang jumpa ikan duyong kot.
2. Bukit Katil : @ Bed Hill. Best kalau tido kat sini.
3. Bukit Baru : Dalam banyak2 bukit, ni bukit yang paling baru dijumpai.
4. Semabok : Ada kaitan dengan mabuk ke?
5. Kandang : Asalnya banyak kandang kat sini sebelum orang buat penempatan.
6. Ujong Pasir : Pasir paling hujung kat situ?
7. Bukit Godek : Rasanya takde bukit kat sini.
8. Chin Chin : cincin ke? or ni dari bahasa Cina?
9. Paya Datok : Paya tu ada datok yang punya agaknya..
10. Paya Rumput : Dalam Paya banyak rumput..
11. Batu Berendam : Batu duk dlm air?.. airport ada kat sini.
12. Durian Tunggal : Tak banyak pokok durian kat situ masa mula2 org buka tempa ni.
13. Durian Daun : Ada pokok durian, tapi buah xde. ada daun je kot.
14. Tedong : Tempat ni dulu mungkin banyak ular..
15.Ayer Keroh : Airnya keroh?
16. Ayer Limau : Orang sini suka minum air limau ke?
17. Rim : yang pasti takde kene mengena dgn rim kereta..
18. Taman RKSK @ RumahKu SyurgaKu : Siap ada nama singkatan lagi ni..
19. Melaka Pindah : Nak pindah mana pulak ni..
20. Kampungku Sayang : Org kat sini mmg syg kg diorg ni.. (Aku pun sebahagian dr org kg ni)

Ok, ada banyak lg nama yg unik, tak dpt nak senaraikan semua.. kalau ada yang nak tambah, silakan.. TQ

Nak Beli Telefon Baru


lenovo
Sambil2 surf intenet baca berita2 semasa, tetiba ternampak satu video dalam Utusan Online ni. Tajuk ruangan tu 'Buka Kotak'. Menarik jugak ruangan ni.  prebiu pasal Telefon Pintar jenama Lenovo A850..

Sebenarnya dah lama berhajat nak beli hp baru, sejak hp yg lama rosak.. kalau boleh nak cari hp yg harganya murah/ berpatutan... .(Tak nak beli hp yg mahal2 sbb dulu dah beli satu, rosak jugak). Yang penting ada basic function.. tak berapa canggih pon takpe..

Bile tertengok video prebiu tu, rasa macam sesuai plak.. hehe.. OK, mari berangan dan sediakan tabung untuk hp baru.. chaiyok!.

Budak maut dihempap tiang gol

Batu Pahat – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun maut selepas dihempap tiang gol yang tumbang di sebuah padang permainan di Parit Besar di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Ahmad Ilham Fikri Ahmad Zaki dibawa bapanya ke padang permainan itu bersama dua lagi adik beradiknya untuk beriadah.
Budak maut dihempap tiang gol
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa bersama abangnya berusia 10 tahun sedang bermain sementara bapanya membawa adik lelaki mangsa berusia setahun mengelilingi padang menaiki basikal.

Menurutnya, dalam tempoh 10 minit selepas itu mangsa dihempap tiang gol yang secara tiba-tiba tumbang tepat mengenai bahagian lehernya menyebabkan pendarahan di kedua-dua telinga dan mangsa tidak sedarkan diri.

“Kejadian itu disaksikan abang mangsa yang sedang bermain dengannya sebelum segera memberitahu kepada bapanya yang berada di padang itu juga. “Mangsa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro di sini, sebentar tadi, lapor myMetro.

Poster

Poster2 ni beli kat Mydin MITC tahun lepas.. kalau tak silap, 3 keping RM10.. Tampal kat dinding untuk Aliff baca.. yg ABC dia tak berapa minat, tp yg kenderaan tu, boleh kata semua dia dah boleh sebut..

 


Aliff2.. memang obses kenderaan..belum khatam ABC ngan Alif Ba Ta.. tengah berusaha nk ajar sikit2..

Monday 7 April 2014

Melaka Maju Negeriku Sayang

bendera melaka



Rasanya dah lebih kurang setahun tak pergi Perhimpunan Bulanan negeri Melaka. Pagi tadi kena pegi.. giliran dah sampai.. hehe. Macam biasa, lepas nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka, lepas tu lagu Melaka Maju Negeriku Sayang.. Walaupun bukan anak Melaka, aku sama2 bersemangat nyanyikan lagu2 tu.. gaya macam orang Melaka la kan..

A Famosa

Lirik Lagu "Melaka Maju Negeriku Sayang"

Melaka maju negeriku sayang
gagah berani
negeri indah, tak terperi
nilai murni kualiti tinggi
 
Hulubalangnya terbilang
negeri hebat cemerlang
pokok melaka lambang rakyat gemilang
daulat dijulang

Melaka maju warisan dunia
marilah kita raikannya
negeri bandar teknologi hijau
impian satu malaysia

Melaka negeri bersejarah
dimana semuanya bermula
rakyatnya taat dan setia
melaka maju dan jaya

Melaka maju warisan dunia
marilah kita raikannya
negeri bandar teknologi hijau
impian satu malaysia

Melaka maju warisan dunia
marilah kita raikannya
negeri bandar teknologi hijau
impian satu malaysia

melaka maju negeriku sayang
melaka maju negeriku sayang
melaka maju negeriku sayang

Untuk dihayati oleh sesape yang duk kat Melaka ni ye.. TQ

"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG"
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
GAGAH BERANI
NEGERI INDAH, TAK TERPERI
NILAI MURNI KUALITI TINGGI
HULUBALANGNYA TERBILANG
NEGERI HEBAT CEMERLANG
POKOK MELAKA LAMBANG RAKYAT GEMILANG
DAULAT DIJULANG
MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA
MELAKA NEGERI BERSEJARAH
DIMANA SEMUANYA BERMULA
RAKYATNYA TAAT DAN SETIA
MELAKA MAJU DAN JAYA
MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA
MELAKA MAJU WARISAN DUNIA
MARILAH KITA RAIKANNYA
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
IMPIAN SATU MALAYSIA
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
- See more at: http://www.melaka.gov.my/my/tentang-kami/lagu-negeri#sthash.9sSZ4Mor.dpuf