"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday 4 May 2016

Percubaan Menanam Pokok Tin

Assalamualaikum.. Hari ni terajin pulak nak menaip kat blog ni.. Rasanya saya tak pernah cerita pasal pokok buah tin ni kan..

Dah lama sebenarnya nk tanam pokok tin ni tapi disebabkn harga pokok ni yg agak mahal, asyik tertangguh je nk beli anak pokok ni.. Akhirnya, tak dpt tahan lg & terbeli juga kat nurseri Gemilang Agro.. Masa tu masih duk melaka.. Bulan januari 2016, umur pokok baru 2 bulan masa beli kat nurseri tu.. Harga RM130 sepokok.. Jenis BTM6 kalau x silap.. Jenis biasa2 je..


Bila pindah ke KL, pokok ni pun ikutla sekali.. Cuma kat KL takde tempat nk letak sbb duk rmh yg takde laman, so, tinggalkan kat rumah Mak kat kampung.. Abah yg tolong tengok & jagakan pokok tin ni. Pasu pun tukar yg besar sikit.


Selepas 4 bulan, Alhamdulillah, putik buahnya dah kelihatan.. Byk jugak, dlm 12 putik buah yg keluar.. Memang teruja sgt.. Maklumla ni pokok tin pertama & pertama kali dia berbuah.. Mak ngan Abah pun excited sama.. Hihi.

Cuma, masalah kat kg tu, byk monyet berkeliaran.. Bahaya klau pokok tin tu dibiarkan cmtu.. Sbb tu, Abah dah buatkan pagar keliling pokok biar monyet tak dapat kacau.. Huhu. Tq Abah.


Saya biarkan je pokok ni kena hujan & panas.. Pastu bajakan dgn Baja Ezigrow.. Harap2 pokok ni terus keluarkan buah tin yg sedap.. :) nnti saya update bila buahnya dah masak ye..