"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Tuesday 22 July 2014

MH17: Dapat Balik Kotak Hitam

Donetsk (Ukraine): Kumpulan pembeontak pro-Russia menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 kepada pegawai Malaysia di sini, hari ini.

Mereka juga mengisytiharkan gencatan senjata di zon 10 kilometer mengelilingi lokasi nahas umtuk membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu dengan selamat.“Kami membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia,” kata perdana menteri Donetsk People’s Republic Alexander Borodai.

Kumpulan pakar Malasia dan puak pemberontak menandatangani protocol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.  “Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Donetsk Republic kerana menyerahkan dua kotak hitam ini yang hak milik Malaysia,” kata seorang ahli kumpulan Malaysia.

“Kotak hitam ini dalam keadaan baik dan hanya mempunyai sedikit kerosakan sahaja,” katanya. Kotak hitam ini dipercayai dapat membantu dalam siasatan nahas penerbangan MH17 yang dikatakan ditembak jatuh pluru bepandu, Khamis lalu.

Ia mempunyai rakaman perbualan dalam kokpit semasa penerbangan serta maklumat penerbangan lain. - AFP

Sunday 20 July 2014

Resepi Puding Cocktail Yang Mudah & Sedap

puding cocktail
Puding cocktail yang sedap..

Bulan puasa ni memang sedap kalau ada agar2/ puding sebagai pencuci mulut.. Minggu lepas dah buat puding jagung, so, semalam buat puding cocktail pulak.. sedap makan sejuk2.

Bahan-bahan

-Buah cocktail dalam tin
-1 paket agar-agar
-1 tin susu cair
-1/2 cawan gula
-air

1. Basuh agar2, rebus sampai larut. Sukatan air ikut arahan kat paket agar2 tu.
2. Masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
3. Masukkan susu cair. Tunggu hingga mendidih. Kalau kurang manis, boleh tambah gula.
4. Sementara tu, buah-buah dalam tin tu masukkan dalam loyang/ acuan.. baki air dalam tin boleh masukkan dalam larutan agar2 tadi.
5. Tuangkan larutan agar2 tadi dalam loyang yang berisi buah-buahan tu.
6. Sejukkan sebelum dipotong.

inilah hasilnya..








Lagu Raya Balik Kampung

Lagu Balik Kampung-Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


--Bila dengar lagu raya kat radio ni, rasa tak sabar nak balik kampung.. dulu masa bujang, balik 1 kampung je.. lepas dah berfamili ni, haruslah balik 2 kampung kan..Kuih raya?.. hmm, tahun ni tak buat kuih raya.. tahun lepas pon sama.. main tunjuk2 je.. hehe


MH17: MAS Dedah Senarai Nama Penumpang

table
Malaysia Airlines (MAS) merayu ahli keluarga dan rakan mangsa yang berada dalam pesawat MH17 agar segera menghubungi syarikat penerbangaan berkenaan. Dalam tempoh 45 jam yang lalu, syarikat penerbangan ini bersama-sama dengan pelbagai pihak kedutaan asing telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membolehkan waris keluarga mangsa yang terlibat menghubungi mereka. Bagaimanapun, terdapat juga identiti penumpang yang masih belum dapat mengenaplasti oleh waris keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Sementara itu, Malaysia Airlines turut menghantar sebuah lagi pesawat yang membawa 212 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan agensi media ke Kiev dan Amsterdam dalam satu misi khas bagi MH17. Seramai 85 orang ‘Go Team’ Malaysia Airlines turut dihantar termasuk lima ahli yang akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat di tapak nahas di daerah Donestk.

80 orang termasuk pasukan pengurusan akan ditempatkan di Amsterdam untuk menenangkan keluarga penumpang yang terlibat. MH5002 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam dan tiba di Kiev pada pukul 2.58 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai 2014 dan akan transit selama dua jam. Pesawat akan meneruskan penerbangan ke Amsterdam pada pukul 4.50 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Schipol Amsterdam pada hari yang sama.

Antara mereka yang turut serta dalam misi khas ini ialah, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, SMART, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Petugas Udara Khas Malaysia, Pasukan Tentera, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kimia Jabatan Agama Islam Malaysia, pasukan Pengesanan Mangsa dan Bencana serta agensi media yang terlibat.

Akhirnya, MAS memohon kerjasama daripada pihak media agar menghormati privasi keluarga mangsa yang terlibat.Adalah menjadi keutamaan MAS untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan kabin krew yang terlibat dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai insiden tersebut dengan harapan maklumat tersebut tidak didedahkan kepada orang awam, -Dipetik dari  mStar.

Friday 18 July 2014

MH17 Ditembak


Kuala Lumpur, 17 Jul,: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.-:Lapor Berita Harian

Sunday 13 July 2014

Ramadhan Dan Mercun


Media semalam melaporkan sepasang remaja kembar masing-masing terpaksa menerima jahitan di dada dan perut, akibat terkena serpihan botol plastik yang meletup ketika mereka cuba meletakkan sumbu pada mercun buatan sendiri. Dalam kejadian jam 11 pagi di Kampung Bukit Chatak, Dungun, pasangan kembar berkenaan yang berusia 14 tahun, dikatakan sedang mencipta mercun baharu sambil disaksikan dua rakan mereka, yang turut cedera akibat letupan mercun itu.
 
Setiap tahun, bila tiba je bulan puasa, mesti ada yang menjadi mangsa mercun buatan sendiri..  semalam pon, budak2 kat taman perumahan ni main mercun kat depan rumah. Nampak macam paip besi, tak taula apa lagi yang diorang letak dalam tu, bunyi kuat.. yang hairannya, diorang main selamba je, tak takut pun kalau2 terkena kat diorang ni.. Mak bapak pun tolong2 la pantau anak2 yang bijak2 belaka ni..

Pengalaman Mengandungkan Aliff

Salam.

Harini takde plan nak ke mana2. duk rumah je melayan Aliff.. sambil surf internet.. teringat pulak masa mengandungkan Aliff dulu.. sebelum terlupa, bolehlah coretkan kat sini untuk kenangan..

Trimester I (Sept 2011-Dis 2011)
Lepas je nikah bulan 9 tahun 2011, period tak datang2.. so, dah mula pikir pasal pregnant sebab memang jarang period lewat.. lepas 3 minggu tak period, g buat test sendiri.. UPT yang beli kat farmasi tu.. keputusannya positif.. ada 2 line.. terkejut ada, happy pun ada.

3 bulan yang pertama memang sangat2 malas nak buat semua benda.. nak bangun g keje pon malas, tapi tak boleh ikutkan sangat kan.. hehe. loya2 ada gakla sikit2, tapi muntah tu sekali dua je.. satu lagi kalau malam2 rasa macam demam sikit. Lebih kurang 8 minggu hamil, aku buat buku merah kat KK Ampang.

Masa kandungan 12 minggu, aku kene chicken pop.. time ni la pulak nak kena kan.. memang seumur hidup ni, belum pernah kena lagi.. kan masa mengandung ni, antibodi rendah, tu yang mudah berjangkit. Mula2 tu Encik suami yang kena dulu, pastu dah tak boleh nak elak dah, kena jugak.. Bila pegi KK, doktor suruh refer Hospital Ampang sebab tengah mengandung.. petang tu jugak pegi hospital. Doktor bagi ubat sapu dan makan. patu kena datang lagi masa kandungan 20 minggu. Alhamdulillah, lepas check balik kat hospital, doktor scan baby, cemuanya ok.. siap nampak lg baby boy dlm tu..

Trimester  II (Jan 2012-Mac 2012)
Hujung tahun 2011, dapat berita yang agak mengejutkan.. aku ditukarkan bertugas di Melaka. Hmm.. baru je kawin, baru je pregnant, dah kena tukar tempat kerja.. Melaka.. tak pernah terfikir bekerja dan menetap di  Melaka. Dengan hati yang berat, pegila jugak setelah rayuan untuk stay kat KL ditolah oleh Bahagian Korporat.

Awal 2012, bermulalah episod baru kehidupan di negeri orang.. Bila dah tukar Melaka ni, check-up pun kena tukar kat KK Melaka.. Trimester kedua ni takda masalah sangat. nak kata mengidam yang bukan2 pun takde rasanya, cuma asyik nak makan popcorn yang beli kat cinema tu je.. beli yang bekas paling besar.. haha. Waktu ni dan rasa Aliff tendang2 dalama perut..

Trimester III (Apr 2012-Jun 2012)
Perut dah nampak membulat macam bola.. haha.. masih suka makan popcorn, cornflake, jagung kukus.. satu lagi suka makan yang masin2.. Lepas doktor kata tekanan darah dah naik sikit, terus kurangkan yang masin2 tu.. akibatnya minggu2 akhir nak bersalin tu, bacaan tekanan darah agak tinggi, tapi doktor kata tu biasa, nanti hilang sendiri.

Masa ni rasa macam panas sangat.. siang tak rasa sebab duk kat ofis ada aircond, bila malam, panas sangat, kipas pon tak rasa.. (rumah takde aircond).. huhu. Disebabkan dah plan nak bersalin kat Hospital Ampang, aku ambik cuti awal 2 minggu dari tarikh jangka bersalin (ada pekeliling yang benarkan cuti awal).. Anak sulunglah katakan, takde pengalaman lagi, tu yang ambik cuti awal, nak balik Ampang, bersalin kat sana.

Hari Yang Ditunggu2
Dalam 2 minggu nak bersalin tu, nervous je, bilalah baby nak kuar ni.. Tengahhari 10 Jun 2012, ada keluar tompokan darah sikit, orang kata kalau ada darah mcm tu, dlm tempoh 24 jam, baby sedia nak kuar.. ok, masa tu takda rasa sakit2 pun.. so tunggula hari esoknya.. Pagi 11 Jun 2012, sebelum subuh dah rasa contraction yang berkala.. patutnya pagi ni ada check up kat klinik.. so pagi tu dlm pukul 8, ajak en suami g hospital terus.. sebab rasa macam nak keluar dah baby ni..

Terus ke Bahagian Kecemasan Bersalin, doktor check bukaan dah 4 cm, terus suruh tukar baju hospital, pastu duk dlm bilik menunggu nak bersalin..contraction pulak makin lama makin kerap dan makin sakit. Dalam pukul 11 pagi, rasa macam sakit sangat tak tahan, panggil doktor, doktor check dah 6 cm bukaan, nurse suruh tukar baju warna pink pulak kalau tak silap,.. nak masuk dewan bersalin.. Dah tak larat nak bangun masa tu, diorang tolak je katil tu ke dewan bersalin.

Lama jugak tunggu nak bukak sampai baby keluar, sakit memang tak usah cerita la.. masa tu banyak berdoa je, teringat kat emak, sampai 7 orang mak bersalin normal, macam ni rupanya sakit bersalin. kuatkan semangat, nak bersalin secara normal.. bila doktor rasa baby dah sedia nak keluar, baru diorang panggilkan en suami.. Masa tengah push push tu, kelakar pon ada, sebab aku tak reti nak teran walaupon dah belajar masa kat klinik.. Nurse siap jerit2, dah nampak kepala baby, sikit lagi ni.. teran teran.. haha. dia kata awak teran kat muka tu bukan kat perut.. hehe.. entahla, rasa macam dah teran betul...

Akhirnya, nurse gunting sikit, pastu tak lama tu, teran sikit then keluarla baby yang diberi nama Muhammad Aliff. Sebenarnya nurse pon tak berapa pasti pukul berapa baby keluar, diorang agak2 je dalam pukul 1.53 petang camtu.. tak kisahla, yang penting semua dah selamat. Lepas tu, dapat pegang baby sekejap, sebelum kena jahit.. adui ngerinya.. esok petangnya, dah boleh keluar wad. Alhamdulillah. Aliff keluar awal sehari dari tarikh yang dijangkakan..
Masa baru2 keluar dari perut ibu..

Tunggu second baby pulak.. :)

Sunday 6 July 2014

Pindah Rumah Di Bulan Puasa

Dah berabuk dah blog ni tak berupdate.. sibuk akhir2 ni. mengemas rumah.. pindah rumah baru.. bukan rumah sendiri pon, rumah sewa je.. saja tukar angin.. hari pertama puasa tahun ni kitorang pindah rumah..

Sampai harini, tak habis lagi kemas barang kat rumah baru.. kemalasan melanda ditambah lg dengan kelesuan di bulan puasa ni.. Harap2, sebelum raya ni, sempatla habiskan kemas barang2 kat rumah baru ni..