"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday 17 May 2014

Jemputan Kenduri Atok Melaka..

Salam.. Alhamdulillah, pagi2 lagi pakcik sebelah rumah ni jemput makan kenduri tengah hari ni.. Aliff panggil pakcik tu Atok.. Atok Melaka.. hehe.

Pakcik ni dah pencen.. duk rumah, memang selalu bertegur sapa.. dia rajin berkebun, tanam pokok bunga & bersihkan halaman rumah. So, tengah harini tak payah masak la.. hehe, makan kenduri je..

Belah pagi, pakcik ni jemput anak2 yatim makan kat rumah dia ni.. bagus kan.. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat mencintai dan mengasihi anak-anak, lebih-lebih lagi anak yatim. Bayangkanlah bagaimana perasaan anak-anak ini ketika rakan-rakan sebaya mereka begitu riang kerana mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka. Malah kelebihan yang besar terdapat pada anak-anak yatim ini adalah doa mereka sangat makbul.

Kitorang pon dah kenyang makan kat rumah pakcik ni.. semoga pakcik sekeluarga diberikan kesihatan dan kebahagiaan dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.. Terima kasih dari kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment