"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 20 July 2014

MH17: MAS Dedah Senarai Nama Penumpang

table
Malaysia Airlines (MAS) merayu ahli keluarga dan rakan mangsa yang berada dalam pesawat MH17 agar segera menghubungi syarikat penerbangaan berkenaan. Dalam tempoh 45 jam yang lalu, syarikat penerbangan ini bersama-sama dengan pelbagai pihak kedutaan asing telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membolehkan waris keluarga mangsa yang terlibat menghubungi mereka. Bagaimanapun, terdapat juga identiti penumpang yang masih belum dapat mengenaplasti oleh waris keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Sementara itu, Malaysia Airlines turut menghantar sebuah lagi pesawat yang membawa 212 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan agensi media ke Kiev dan Amsterdam dalam satu misi khas bagi MH17. Seramai 85 orang ‘Go Team’ Malaysia Airlines turut dihantar termasuk lima ahli yang akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat di tapak nahas di daerah Donestk.

80 orang termasuk pasukan pengurusan akan ditempatkan di Amsterdam untuk menenangkan keluarga penumpang yang terlibat. MH5002 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam dan tiba di Kiev pada pukul 2.58 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai 2014 dan akan transit selama dua jam. Pesawat akan meneruskan penerbangan ke Amsterdam pada pukul 4.50 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Schipol Amsterdam pada hari yang sama.

Antara mereka yang turut serta dalam misi khas ini ialah, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, SMART, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Petugas Udara Khas Malaysia, Pasukan Tentera, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kimia Jabatan Agama Islam Malaysia, pasukan Pengesanan Mangsa dan Bencana serta agensi media yang terlibat.

Akhirnya, MAS memohon kerjasama daripada pihak media agar menghormati privasi keluarga mangsa yang terlibat.Adalah menjadi keutamaan MAS untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan kabin krew yang terlibat dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai insiden tersebut dengan harapan maklumat tersebut tidak didedahkan kepada orang awam, -Dipetik dari  mStar.

No comments:

Post a Comment