"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday 21 October 2015

Karnival Kraf SMK Meru 2015

As salam. Ni dua bulan lepas punya cerita.. Klau ikutkan dah basi dah pun.. Huhu.. baru nk share kat sini. Cerita pasal program karnival kraf di SMK Meru, Klang pada 5 Ogos yang lepas.. Sebelum gambar & kenangan tu lesap, bolehlah dicoretkn Kat sini..

Kalau tahun lepas ada robot Wall-e sebagai tarikan kat booth kitorg (booth la sgt.. Meja je kot.. Ok la tu kan..hehe), tahun ni pulak, suami buat model kereta klasik.. Semua berinspirasikan 'recycle art' ataupun bahasa mudahnya, seni daripada barang2 terpakai/ kitar semula..

Gambar sekitar karnival di SMK Meru. Nama booth kami 'Jom Jadi Kreatif (JJK)'.. Yg kat bawah ni, gambar di booth JJK.







Booth JJK paling 'ganaz' sebab kraftangan yg dipamerkan kebanyakannya berkaitan ngan cerita2 star wars, batman, dll.. Cuma ada la selit2 hiasan bentuk cendawan yg dihasilkn oleh sepasang tangan yg tak berapa nk kreatip ni.. Tapi alhamdulillah, cendawan kecik tu habis terjual jugak.. Hihi.






Karnival tahun ni disertai lebih kurang 40 booth/ pempamer.. Tak sebanyak tahun lepas.. Mungkin juga sebab program ni pada hari bekerja (rabu), ramai yang tak dapat join.

Kebanyakan booth berkaitan dengan Produk kraf.. Nama pun karnival kraf, of course la semua pasal kraf. Sempat gak g jalan2 round booth2 lain.. antara yg sempat disnap gambonye yg kat bawah ni.. Maaf, ada yg gambar candid je..












Selain pameran & jualan kraf, ada juga cabutan bertuah & pertandingan2 yang diadakan.. Antaranya pertandingan menghias kotak tisu.. Ramai yg join tu Cikgu cikgi..


Walau apapun, kami tetap bersyukur dan berpuas hati dengan pengajuran karnival ni. Saje nak kongsi idea dengan pelajar terutamanya supaya dapat memanfaatkan barang2 terpakai daripada dibuang begitu saja. Terima kasih guru2 dan pelajar SMK Meru yang menjayakan karnival ni.. Kalau tahun depan ada lagi, jemputla kami lg.. :)

No comments:

Post a Comment