"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday 22 February 2014

Tragedi Sungai Muar-Semua Mangsa Telah Ditemui

Foto
sumber: HMetro

SEGAMAT: Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir, petang tadi.
Dua mayat mangsa lemas ditemui serentak pada jam 2.43 petang sebelum mayat terakhir ditemui kira-kira empat minit selepas itu.

Tiga mayat itu adalah Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.

Sebelum itu, mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah, manakala mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui jam 2.06 petang tadi.-HMetro 



-Takziah kepada semua keluarga mangsa.. Al Fatihah

No comments:

Post a Comment