"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Friday 2 January 2015

Lelaki Rupanya!.. Alhamdulillah

Salam Jumaat.

Memang dah agak lama tak update blog ni.. Sibuk melayan baby ngan Abang Aliff.. Akhirnya terjawab sudah jantina baby dalam perut ni.. hehe. Sebab sepanjang kehamilan, tak pernah scan baby untuk tgk jantina.. memang nak surprise.. (baca sini untuk entry pasal ramalan jantina baby).. Alhamdulillah. 11.12.2014, lebih kurang jam 4.20 petang, lahirlah anak keduaku.. Seorang bayi lelaki yang comel.. mirip muka abangnya, si Aliff, cuma kulitnya sedikit cerah dan matanya sepet sikit.

Baby Ammar.. Hari ke-24

Pengalaman bersalin nnti aku kongsikan dalam blog ni. Malas pulak nak mengarang sekarang..Hari Rabu 10.12.2014 tu masih lg kat Melaka. Pagi tu ada checkup kat KD Semabok, petangnya lepas asar, gerak balik Banting. ingatkan sempatla weekend tu nak balik rumah kat Ampang nak tengok barang2 ngan baju baby yg Aliff punya dulu, tapi rupanya baby dah tak sabar nak keluar hari Khamis tu.. So, kat Hospital Banting la jawabnya.. Awal 4 hari dari due date 15.12.2014.. Berat sikit je dari abang dia.. 2.86 kg. Nama diberi, Muhammab Ammar Rasydan.. :)

No comments:

Post a Comment