"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Monday 2 February 2015

MH370: MAS Maklum Keluarga Sebelum Pengumuman



KUALA LUMPUR,  01 Feb 2015: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa syarikat penerbangan negara itu tidak memaklumkan kepada waris mangsa tragedi pesawat MAS Penerbangan MH370 berhubung pengumuman khas oleh kerajaan mengenai kehilangan pesawat itu. 

MAS berkata, syarikat itu telah menghubungi semua waris di Malaysia dan di seluruh dunia memaklumkan kepada mereka tentang pengumuman oleh kerajaan pada 29 Jan.

"Sebelum pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (pada 29 Jan), semua waris telah dimaklumkan melalui panggilan telefon dan dalam keadaan tertentu menerusi pesanan teks apabila panggilan tidak dijawab.

"Ini dijalankan sendiri oleh Pusat Sokongan Keluarga, penjaga atau wakil dari pejabat serantau penerbangan itu," katanya dalam kenyataan di sini. Ia menambah waris di China dimaklumkan melalui pesanan teks oleh Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga di Beijing.

Kenyataan itu juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat penerbangan itu akan terus menganjurkan sesi perjumpaan dengan anggota keluarga bersama-sama kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkaitan pengisytiharan itu.

"Malaysia Airlines terus komited untuk menyediakan kebajikan kepada anggota keluarga mangsa MH370. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mereka," kata kenyataan itu.

Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban. Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Lapor Bernama

MH370: MAS maklum keluarga sebelum pengumuman

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa syarikat penerbangan negara itu tidak memaklumkan kepada waris mangsa tragedi pesawat MAS Penerbangan MH370 berhubung pengumuman khas oleh kerajaan mengenai kehilangan pesawat itu.
MAS berkata, syarikat itu telah menghubungi semua waris di Malaysia dan di seluruh dunia memaklumkan kepada mereka tentang pengumuman oleh kerajaan pada 29 Jan.
"Sebelum pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (pada 29 Jan), semua waris telah dimaklumkan melalui panggilan telefon dan dalam keadaan tertentu menerusi pesanan teks apabila panggilan tidak dijawab.
"Ini dijalankan sendiri oleh Pusat Sokongan Keluarga, penjaga atau wakil dari pejabat serantau penerbangan itu," katanya dalam kenyataan di sini.
Ia menambah waris di China dimaklumkan melalui pesanan teks oleh Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga di Beijing.
Kenyataan itu juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat penerbangan itu akan terus menganjurkan sesi perjumpaan dengan anggota keluarga bersama-sama kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkaitan pengisytiharan itu.
"Malaysia Airlines terus komited untuk menyediakan kebajikan kepada anggota keluarga mangsa MH370. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mereka," kata kenyataan itu.
Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27853#sthash.eR4MU1RD.dpuf

No comments:

Post a Comment