"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Monday 23 February 2015

Perginya Seorang Sahabat..

Hari Sabtu lepas, aku terima berita yang menyedihkan.. seorang sahabat di MRSM dan UKM dulu telah meninggal dunia akibat kanser hati.. Selepas 4 bulan didiagnosis menghidap penyakit itu, selepas beliau melahirkan anak ketiganya.. Dalam tempoh yang singkat sel2 kanser merebak ke organ2 lain.

Umurnya masih muda.. baru 32 tahun dan meninggalkan 3 orang anak.. 6 tahun, 3 tahun dan 6 bulan.. sedih mengenangkan anak2 yang masih kecil. Yang pergi takkan kembali, yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.. Ya Allah, Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..

Sepanjang perkenalanku dengan Arwah, beliau seorang yang baik, seingat aku, tak pernah dia menyakiti sesiapa.. cakap pun lembut je.. selalu ada senyuman di bibirnya.. Al-Fatihah untuk Arwah sahabatku.. Moga tenang di Sana..  'Dari Allah Kita Datang, Dan KepadaNya Jua Kita Kembali'..

Tak siapa dapat menduga bila ajal akan tiba.. sebab itu, kita kena sentiasa bersedia..ni peringatan untuk aku sendiri sebenarnya dan orang-orang yang masih hidup ni.. huhu.. perbanyakkan ibadah.. amal makruf nahi mungkar.. ajal tak mengenal usia.. bayi, remaja, orang tua, orang sihat... sesiapa saja.




No comments:

Post a Comment